Ilmu Technical Analysis: 2 Reversal Pattern Yang Senang Dikesan Dan Cara Menggunakannya

Analisis teknikal dan pelaburan saham memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana analisis teknikal adalah salah satu tiang asas dalam pelaburan seperti yang dikatakan di dalam buku Dr. Alexander Elder.

Ilmu analisis teknikal adalah sangat luas dan merangkumi banyak perkara. Terdapat banyak jenis reversal pattern dalam ilmu analisis teknikal.

Salah satu reversal pattern yang senang dikesan adalah Double Bottom dan Double Top.

Reversal pattern berlaku selalunya pada penghujung aliran menurun atau penghujung aliran menaik.

Pada penulisan kali ini, kita akan melihat pada pattern yang selalu terjadi dalam carta dan dalam instrumen pelaburan yang lain.

Bullish reversal adalah petanda bahawa pasaran akan bergerak dari aliran menurun kepada aliran meningkat manakala bearish reversal adalah petanda bahawa pasaran akan bergerak dari aliran menaik kepada aliran menurun.

Bullish Reversal Pattern

Pembentukan pattern Double Bottom berlaku setelah pasaran berada dalam aliran menurun untuk beberapa ketika. Double bottom berlaku apabila terdapat dua cubaan harga membuat new low di mana cubaan kedua lebih tinggi dari yang sebelumnya.

Apabila pattern ini berkalu ia memberikan gambaran bahawa sentimen pelabur sudah mula bullish.

Kita boleh bersedia untuk memasuki pasaran apabila berlaku breakout pada harga resistance terdekat.

Bearish Reversal Pattern

Pembentukan pattern Double Top berlaku setelah pasaran berada dalam aliran menaik untuk beberapa ketika. Double top berlaku apabila terdapat dua cubaan harga membuat new high di mana cubaan kedua lebih rendah dari yang sebelumnya.

Pembentukan pattern selalu berlaku di dalam pasaran dan ianya mudah untuk dikesan. Apabila terdapat pattern seperti di atas, anda perlu berhati-hati kerana kebarangkalian harga untuk menjadi aliran menurun itu lebih tinggi.

Selain dari pattern-pattern yang dihuraikan di atas, terdapat banyak lagi jenis pattern yang boleh anda pelajari untuk memahirkan diri anda dengan analisis teknikal.

Untuk menjadi seorang pelabur dan pedagang yang berjaya, kita perlu memahami semua jenis pattern yang ada dan menjadi pakar dalam menggunakan beberapa pattern sahaja.

Pilihlah reversal pattern kesukaan anda yang mampu memberikan pulangan pelaburan yang baik.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

Ilmu Teknikal Analisis: Reversal Bearish Tweezer Top

Kepada pelabur saham, Reversal Candlestick merupakan perkara yang tidak asing lagi untuk mereka gunakan apabila mengkaji dan menganalisis carta sesuatu saham. Antara Reversal Candlestick yang popular adalah seperti:-

  • Bullish/bearish engulfing
  • Morning star/evening star
  • Bullish/bearish harami

Artikel kali ini, kita akan mengulas tentang satu Reversal Candlestick yang jarang didendang. Reversal Candlestick tersebut adalah Tweezer Top dan Tweezer Bottom. 

Reversal Candlestick ini terbentuk daripada dua batang candlestick seperti gambar di atas. Tweezer Top merupakan Bearish Candlestick Pattern manakala Tweezer Bottom merupakan Bullish Candlestick Pattern. 

Bagi Tweezer Top Pattern, candlestick pertama adalah candlestick hijau yang ditutup tinggi pada hari berikut. Candlestick seterusnya dibuka sama tinggi dengan candlestick hijau hari sebelumnya kemudian jatuh lebih rendah berbanding harga pembukaan candlestick hijau pada hari sebelumnya. 

Tweezer Bottom pula merupakan Bullish Candlestick Pattern. Corak candlestick ini terbentuk apabila candlestick pertama berwarna merah panjang dan disusuli dengan candlestick hijau yang dibuka pada harga yang sama dengan harga penutupan hari sebelumnya. 

Untuk artikel kali ini, kita akan melihat contoh carta saham yang ada signal jualan apabila munculnya reversal Tweezer Top.

Tweezer Top Di Carta Time Dotcom

Sumber: TradingView

Jika kita perhatikan carta di atas, harga saham ini mulanya berada dalam bullish dengan kenaikan harga yang terus menerus. 

Apabila munculnya Tweezer Top seperti yang dibulatkan pada carta di atas, harga saham yang sebelumnya naik mula membuat penurunan harga atau pullback

Tweezer Top Di Carta Sedania Innovator

Sumber: TradingView

Sama seperti carta pertama tadi, carta saham Sedania Innovator ini sedang membuat kenaikan harga pada penghujung bulan November 2022, namun selepas munculnya candlestick Tweezer Top ini, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan meneruskan kejatuhan harga pada hari-hari berikutnya. 

Tweezer Top Pada Carta Reservoir Link Energy

Sumber: TradingView

Sama seperti dengan dua carta di atas, harga saham sedang berada di fasa bullish sebelum munculnya reversal Tweezer Top seperti yang dibulatkan di atas. 

Selepas reversal Tweezer Top, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan disambung dengan penurunan harga pada hari-hari berikutnya. 

Kesimpulan Tentang Tweezer Top  Pattern

Tweezer Top dan Tweezer Bottom ini adalah salah satu Reversal Pattern Candlestick yang ada dalam dunia pelaburan saham. 

Kewujudan pattern ini boleh dijadikan signal belian ataupun signal jualan sesuatu saham kepada pedagang saham. 

Signal ini juga tidak semestinya dijamin terjadi kerana pasaran saham ini sangat volatile dan ingat, bahawa “market” ini bukan kita yang punya. Jangan cuba melawan pasaran. 

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda. 

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.