Ilmu Technical Analysis: Reversal Candlestick

Kadangkala, kita sebagai pelabur boleh keliru apabila melihat chart yang penuh dengan indicator dan boleh mengaburi keputusan jika tidak ditafsir dengan betul.

Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, kita boleh menggunakan naked chart atau dalam erti kata lain, tanpa menggunakan sebarang indicator bagi membuat keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.

Tapi kena mahirlah dulu ilmu candlestick, yang boleh menggantikan indicator bagi memberitahu kita berkenaan perubahan pergerakan harga saham yang bakal berlaku.

Bullish/Bearish Engulfing

Engulfing terbentuk apabila candlestick bertukar sama ada dari bullish ke bearish atau sebaliknya. Pada masa yang sama, harga pembukaan dan harga penutup pada hari ini telah melebihi harga pembukaan dan harga penutup pada hari yang sebelumnya.

Bullish engulfing adalah di mana pergerakan harga saham yang berada dalam keadaan downtrend mula bertukar dengan bullish candlestick dengan harga saham dibuka lebih rendah dari harga penutup semalam dan harga penutupnya adalah lebih tinggi dari harga pembukaan semalam.

Ini menandakan pergerakan harga saham akan berubah kepada bullish. Bearish engulfing pula mempunyai pergerakan harga saham yang sebaliknya.

Abandoned Baby

Abandoned baby adalah situasi di mana terdapat pergerakan harga saham pada satu hari terasing daripada harga saham sehari sebelum dan selepasnya.

Dalam erti kata lain, harga saham pada hari tersebut melakukan gap up ataupun gap down sebelum kembali ke harga asal pada keesokan harinya.

Bentuk candlestick ini boleh digunakan sebagai petunjuk bagi menandakan perubahan trend harga bakal berlaku.

Sebagai contoh, satu gap down berlaku kepada harga saham yang sedang bergerak secara downtrend dan harga saham kembali kepada harga sehari sebelumnya menandakan trend harga bakal berubah menjadi uptrend.

Three Black Crows

Three black crows adalah petunjuk perubahan pergerakan bagi harga saham yang sedang bergerak dalam keadaan uptrend.

Tiga bearish candlestick berturut-turut boleh memberi petunjuk bahawa harga saham sudah berada dalam keadaan yang sangat tinggi dan trend harga bakal berubah menjadi downtrend.

One White Soldier

One white soldier terbentuk bagi memberi petunjuk bahawa trend harga saham yang sedang bergerak secara downtrend bakal berubah kepada uptrend.

Bullish candlestick merupakan yang pertama terbentuk dalam pergerakan downtrend harga saham dan ianya menunjukkan momentum yang kuat bagi menyokong perubahan trend.

Harga pembukaan bagi candlestick ini akan lebih tinggi berbanding harga penutup pada hari sebelumnya dan harga penutup bagi candlestick ini pula adalah lebih tinggi dari harga pembukaan pada hari sebelumnya.

Kebanyakan pedagang lebih memilih menggunakan petunjuk three white soldiers sebagai confirmation bagi perubahan trend harga.

Dengan menggunakan contoh-contoh reversal candlestick di atas, pelabur dan pedagang boleh membuat keputusan untuk membeli dan menjual dengan hanya menggunakan naked chart.

Namun, tidak dinafikan bahawa indicator yang lain boleh membantu jika digunakan untuk tujuan pengesahan.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.