Ilmu Technical Analysis: V Top dan V Bottom

Sejak kebelakangan ini, telah berlakunya kenaikan dan penurunan harga saham yang agak drastik. Kalau kita perasan, kejatuhan harga saham akibat dari tekanan jualan biasanya berterusan untuk beberapa minggu, sebelum harga kembali meningkat apabila minat pelabur dan pedagang mula bertambah pada harga yang rendah.

Pada masa kini, kita dapat melihat pembentukan V bottom, di mana ianya adalah salah satu contoh reversal chart pattern yang terbentuk hampir pada semua saham yang kini aktif didagangkan. Satu lagi bentuk yang bertentangan pula digelar V top.

Reversal pattern ini akan terjadi apabila momentum belian berkurangan dan berubah kepada momentum jualan yang akhirnya menyebabkan berlakunya penurunan harga ataupun sebaliknya.

Contoh V Bottom bagi jangka masa singkat dapat dilihat bermula pada bulan lepas di mana hampir semua saham di Bursa Malaysia mengalami tekanan jualan dan mengakibatkan harga saham menjunam. Harga saham akhirnya akan mencecah satu tahap yang bakal menarik minat pembeli apabila dianggap sebagai terlebih jualan.

Momentum belian semakin bertambah dan harga saham kembali meningkat. Pembentukan ini biasanya ditemani dengan indicator lain yang juga menandakan bakal berlakunya perubahan trend seperti Japanese candlestick reversal pattern.

Gambar di atas menunjukkan contoh pembentukan V bottom. Harga saham berada dalam keadaan uptrend sehingga titik A dimana boleh dilihat tekanan jualan dan kejatuhan harga saham mula berlaku.

Pada titik A juga harga saham kelihatan mula jatuh melepasi paras support terdahulu. Keadaan ini berterusan sehingga titik B di mana harga saham telah berada dalam keadaan terlebih jualan dan paras harga pada titik B mula menarik minat pelabur dan pedagang.

Pada masa yang sama, Japanese candlestick menunjukkan bullish indicator pada titik B menjadi petanda sokongan bahawa perubahan trend harga bakal. Momentum belian mula melebihi jualan dan harga saham mula meningkat. Harga saham akhirnya akan kembali menghampiri titik C yang kini menjadi paras resistance.

V Top dan V Bottom mudah dikenalpasti apabila selesai pembentukannya. Namun, V Top merupakan satu bentuk yang banyak memerangkap pedagang disebabkan kenaikan harga saham yang ibarat tiada henti berjaya mengaburi mata pedagang dan pelabur.

Hal ini akhirnya mengakibatkan mereka mula membuat keputusan menggunakan emosi kerana takut terlepas peluang yang ada, fear of missing out.

Baca juga 13 Chart Pattern Yang Wajib Kita Tahu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.