Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2019

Tahun 2019 bermula dengan baik, dengan indeks FBMKLCI mencatatkan kenaikan hampir 0.92% dalam bulan Januari. Kalau dilihat kepada sejarah, tahun 1989, 1999 dan 2009 mencatatkan kenaikan tertinggi – membuktikan memang wujud kitaran setiap 10 tahun dalam dunia saham.

Tapi itu tidak bermakna bahawa tiada saham yang merudum, tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2019 di bawah:

Sumber: iSaham Screener

1. Sumatec Resources

Sumber: Bursa Marketplace

2. PJBumi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Nationwide Express Courier

Sumber: Bursa Marketplace

4. Pan Malaysia Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. NetX Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. A-Rank Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

7. OCB Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Prestariang Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Stone Master Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. PUC Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Semuanya Penny Stock Yang Rugi Besar

Walaupun indeks FBMKLCI mencatatkan kenaikan, namun semua yang tersenarai di dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2019 adalah saham di bawah RM1. Pelabur runcit macam kita memang suka sangat beli saham-saham penny stock, sebab harganya murah dan cepat naik – tapi cepat juga turun.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2019 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.