
Sub Topik
Kita sudah pun melangkah masuk ke bulan Mac 2021. Pejam celik pejam celik, dua bulan telah pun berlalu. Sebelum kita tengok senarai Top 10, jom kita tengok dulu apa yang terjadi di Bursa Malaysia.

Indeks FBM KLCI 2 Februari 2021: 1,575.00 Mata
Indeks FBM KLCI 24 Februari 2021 Paras Terendah Bulan Februari: 1,557.60 Mata
Indeks FBM KLCI 15 Februari 2021 Paras Tertinggi Bulan Februari: 1,614.90 Mata
Indeks FBM KLCI 29 Februari 2021: 1,577.80 Mata
Kenaikan Sebulan: +2.80 Mata atau +0.18%
Bursa Malaysia bermula dengan kejatuhan pada bulan Januari 2021, disebabkan oleh perlaksanaan PKP 2.0 dan pengisytiharan darurat. Namun, indeks FBM KLCI dapat bertahan dan kini menunjukkan tanda-tanda unuk rebound semula.
Di kala sentimen semakin pulih dengan kemasukan vaksin ke dalam negara, pasti ramai yang dapat meraih keuntungan yang tinggi. Inilah dia senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2021:

1. Dataprep Holdings

2. Industronics Berhad

3. Dagang NeXchange

4. CNI Holdings

5. Xian Leng Holdings

6. Genetec Holdings

7. Pimpinan Ehsan

8. Seni Jaya Corporation

9. MSM Malaysia Holdings

10. Signature International

Hampir Semuanya Saham Penny Stock
Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2021 ini penuh dengan saham-saham di bawah RM1, tetapi ada juga saham Genetec yang berharga ‘mahal’. Kalau kita perasan, banyak syarikat yang mengumumkan Quarter Report mereka pada hujung bulan Februari, oleh itu pastikan kita cari saham-saham yang mempunyai Fundamental yang elok dengan pendapatan dan keuntungan yang semakin meningkat.
Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.










