Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2018

Bursa Malaysia pada keseluruhannya bermula dengan baik untuk 2018, di mana FBMKLCI membuat uptrend sepanjang bulan Januari 2018.

Indeks FBMKLCI 2 Januari 2018: 1,782.70 Mata

Indeks FBMKLCI 30 Januari 2018: 1,868.58 Mata

Kenaikan: 85.88 Mata atau 4.81%

Kalau nak tahu, FBM KLCI Penanda Aras Bursa Malaysia terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka. Maka apabila indeks meningkat, banyak saham-saham juga naik.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Untuk Bulan Januari 2018.

Sumber: Screener iSaham

Sumber: Bursa Marketplace

Berhati-hati ya, sebab Perisai ini berstatus PN17 dan tergolong dalam syarikat yang bermasalah. Nak tahu lebih lanjut, Kenali 21 Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia.

2. Spring Gallery Berhad (SGB)

Sumber: Bursa Marketplace

3. Sumatec Resources

Sumber: Bursa Marketplace

4. T7 Global

Sumber: Bursa Marketplace

5. PCCS Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Silver Ridge Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Caely Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Sime Darby

Sumber: Bursa Marketplace

9. XingHe Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Compugates Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Tak Mustahil Untung 133% Untuk Sebulan

Kalau anda perasan sesuatu, kebanyakan saham dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Januari 2018 ini, kebanyakannya adalah penny stock atau saham murah. Dan di tempat pertama pula berstatus PN17 iaitu syarikat yang bermasalah di Bursa Malaysia.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Jangan dengar yang indah-indah belaka saja pasal pelaburan saham, tengok juga Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2018.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.