Untung Dan Rugi Adalah Asam Garam Dalam Pasaran Saham

Ada pepatah mengatakan kebanyakan pedagang runcit akan untung pada pembelian pertama mereka. Situasi ini lebih dikenali dengan nama “Beginner’s Luck’. Malah saya sendiri mendapat keuntungan dalam perdagangan pertama saya.

Tidak keberatan jika saya katakan bahawa, seorang pedagang yang berjaya sebenarnya mempunyai dua ciri-ciri yang penting:

1. Keuntungan yang konsisten atau keuntungan lebih tinggi daripada kerugian
2. Mampu menjana keuntungan dalam apa-apa waktu tidak kira sama ada trend saham sedang menaik atau menurun

“The Bull make money & The Bear make money, only the greedy boar that get slaughtered”

Kenapa Bullish digunakan sebagai terma ketika pasaran sedang menaik? Lagenda mengatakan ia diambil daripada tindakan & cara seekor seladang itu menyerang atau menanduk, iaitu dari atas ke bawah.

Begitu juga sebaliknya Bearish yang memberi maksud pasaran sedang ke bawah kerana cara seekor beruang itu menyerang dari atas ke bawah.

Tipu jika kita katakan seseorang yang telah lama berdagang dalam dunia pelaburan saham tidak pernah rugi.

Orang yang berpengalaman akan punyai pengurusan risiko masing-masing dan berdisplin dengan “Trading Plan” mereka.

Dalam artikel kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi 4+1 tips dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai ‘HACK’!

Bagaimana anda boleh menjana keuntungan secara konsisten dalam pasaran Bursa Saham.

Oh ya sebelum itu, anda dijemput untuk ‘subscribe’ Channel Telegram SmartSaham.com untuk dapatan info terkini dan ilmu percuma berkenaan pasaran saham Bursa Malaysia dan Global. https://t.me/smartsahamcom

Tips Pertama

“Jika anda menggunakan modal 5 angka dan ke bawah contohnya RM10,000 sebaiknya jangan beli lebih daripada 2-3 kaunter pada masa yang sama”

Boleh saya katakan kebanyakan mereka yang ingin melabur akan mula dengan modal tidak lebih dari 5 angka.

Anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan duit kecemasan untuk berdagang di pasaran saham. Sekali lagi, ia bergantung kepada pendapatan dan kekuatan kewangan masing-masing.

Tips pertama ini sangat penting kerana antara kesilapan ‘trader’ yang baru berkecimpung dalam dunia pelaburan saham adalah terkadang teruja untuk beli banyak saham.

Selain daripada menghilangkan fokus, ini juga mengakibatkan kos transaksi bertambah kerana ia dikenakan bagi setiap kaunter yang berbeza.

Di samping itu, jika anda membeli 2 atau 3 kaunter pada waktu yang sama, saya sangat sarankan untuk beli kaunter yang berbeza sektor.

Contoh anda membeli satu kaunter di dalam sektor kewangan. Anda tidak perlu membeli kaunter yang kedua di dalam sektor yang sama. Pelbagaikan pelaburan ke dalam sektor yang berbeza, contohnya kaunter dalam sektor teknologi.

‘Trader” baru juga kebiasaannya sangat teruja untuk membeli kaunter yang terlalu murah kerana merasa dengan memiliki unit yang banyak bermakna keuntungan akan bertambah.

Harga yang terlalu penny seperti bawah 1 sen tidak terlalu digalakkan untuk didagangkan. Lagi-lagi untuk jangka masa yang panjang.

Harga saham sedikit sebanyak memberi gambaran kualiti sesebuah syarikat. Harga yang terlalu murah mempunyai risiko untuk dinyahsenaraikan di samping tahap kecairan yang agak rendah.

Jadi secara umum, saya nasihatkan mulakan dengan pembelian saham di atas RM0.50 terlebih dahulu.

Ingat keuntungan yang tinggi datang dengan risiko yang tinggi juga, iaitu erti kata yang lain ada risiko untuk rugi yang tinggi juga.

Tips Kedua

“Beli kaunter yang berada hampir pada perubahan bid harga sebagai contoh RM0.98 dan RM9.9”

Seperti diterangkan sebelum ini, harga memain peranan penting dalam pemilihan saham.

Dan peringatan, anda sangat digalakkan untuk membuat analisa dan penilaian harga patut bagi sesebuah kaunter saham.

Secara kasar, saya tidak galakkan untuk melabur ke dalam kaunter yang di bawah RM0.50 apatah lagi bawah RM0.01.

Kaunter ini umumnya dikenali sebagai ‘penny stock’ manakala kaunter yang lebih dari RM5 atau di dalam senarai KLCI dikenali sebagai “blue chip”.

Dan di Bursa Malaysia telah ditetapkan untuk pergerakan harga/bid saham akan berbeza mengikut harga kaunter. Ia mudah difahami seperti yang tertera dalam jadual di bawah.

Justeru, kita boleh faham jika kaunter di bawah RM1, pergerakan bid harga adalah setengah sen (RM0.005).

Dan ia akan naik sekali ganda apabila harga kaunter itu di atas RM1, iaitu daripada setengah sen menjadi satu sen (RM0.01).

Maka, jika anda berjaya membeli kaunter yang menghampiri RM1 sebagai contoh RM0.98 dan ia berjaya meningkat naik sehingga RM1, anda memperoleh margin keuntungan yang lebih bagi setiap pergerakan bid harga.

Sebagai contoh jika anda memperoleh keuntungan RM50 bagi setiap bid ketika di bawah RM1, maka anda kini memperoleh keuntungan RM100 bagi setiap bid apabila ia naik ke atas paras RM1.

Ingat! Anda juga terdedah dengan margin risiko yang lebih tinggi. Jadi berhati dan pastikan Analisa dan trading plan anda effektif mengikut strategi dan situasi pasaran.

Bak kata pepatah:

“Understanding The Bigger Picture, Trade The Current”

Tips Ketiga

Cuba utamakan dan beli kaunter yang mendapat pengecualian stamp duty atau duti setem dari Bursa.

Tahukah anda terdapat lebih dari 200 kaunter dalam senarai pasaran Bursa mendapat pelepasan duti setem ini?

Kita serba maklum kos-kos yang teribat dalam satu-satu perdagangan adalah seperti berikut:

1. Purchase Value ( stock price X total lot )

2. Brokerage fee (mengikut syarikat broker masing-masing, sebagai contoh minimum RM8 untuk MPLUS)

3. Clearing fee (0.03% daripada total Value)

4. SST

5. Stamp Duty ( RM1 bagi setiap RM1000 purchase value)

Jadi jika anda melabur sebanyak RM100,000 dan anda berjaya membeli kaunter saham yang mendapat pengecualian stamp duty, maka anda beroleh penjimatan sebanyak RM100+RM100 = RM200 (beli & jual)

Kebiasaannya, kos stamp duty terhad sebanyak RM200 bagi belian dan jualan. Link ini disertakan senarai syarikat di pasaran Bursa yang mendapat pengecualian stamp duty.

Tips Keempat

“Buy on weakness & Selling on strength”

Tahukan anda dengan menggunakan platfrom MPLUS (eforce) terdapat pilihan untuk melihat kaunter yang berpotensi untuk dibeli.

Ia tidak selalunya menjadi, berbalik kepada analisa anda masing-masing, faktor ini hanya menambahkan kadar keberjayaan anda.

‘Buy on weakness’ bermaksud walaupun harga sesuatu kaunter itu sedang jatuh, akan tetapi terdapat ‘demand’ ataupun buyer yang terus membeli pada harga rendah dan mengelak daripada harga untuk terus jatuh.

Manakalah ‘selling on strength’ pula sebaliknya. Kaunter sedang naik dan demand membeli juga meningkat.

Gambar di bawah adalah bagaimana anda boleh mendapat tapisan yang saya kongsikan.

Tips Kelima

“Create alert for certain price level”

Kebanyakan daripada kita mempunyai kerja hakiki dan tidak punyai masa dan komitmen sepenuhnya untuk memantau dari 9 pagi sehingga 5 petang apabila pasaran Bursa Malaysia dibuka.

Dengan menggunakan teknologi, kita tidak perlu tunggu di hadapan skrin komputer sehingga harga yang kita ingin akan tercapai.

Tahukah anda, dengan menggunakan platform tradingview.com anda boleh mencipta ‘alert’ pada satu-satu paras harga dan notifikasi akan diberi kepada anda ketika harga melintasi harga tersebut.

Pesanan Terakhir

Untuk trader yang ingin bermula, saya nasihatkan untuk anda mulakan dengan ‘mode swing’ atau termpoh perdagangan secara lebih dari sehari hingga ke 1-2 minggu.

Selain dari mengurankan risiko , margin keuntungan nya juga lebih ‘ranum’ sebelum anda ingin bermula dengan ‘intra day’ atau beli hari ini jual hari ini juga.

Untuk swing, anda boleh gunakan fungsi ‘stop price’ di mana anda hanya perlu letakkan paras ‘cut loss’ anda supaya anda tidak mengalami kerugian yang terlalu tinggi.

Selagi mana ia tidak jatuh hingga ke tahap cut loss anda biarkan ia sehingga notifikasi alert TP (Target price) anda sampai. 😉

Menarik bukan!

Maka dengan 5 tips & hack yang saya kongsikan ini, saya berharap anda akan mendapat manfaat dan sukses dalam perdagangan anda di pasaran Bursa.

Tentu anda tertanya bagaimana saya memperolehi tips yang hebat ini?
Terdapat banyak lagi tips & hack yang anda boleh pelajari dan terokai sepanjang tempoh anda berdagang.

Kebanyakkan ilmu dan skills ini saya pelajari adalah dari seminar pertama yang membawa saya ke dunia saham ini iaitu seminar SmartSaham Wyckoff Trading Blueprint.

Seminar ini di susun sangat sistematik & ‘bertadaruj’ atau bertahap.
Dari Asas hingga ilmu advance mengetahui ‘kisah di sebalik chart di skrin komputer anda tanpa melupakan pemahan yang mendalam berkenaan indicator dan set up umum yang ada.

Kita harmonikan ilmu fundamental dan analisa teknikal. Memahami fasa pergerakan saham dan menyesuaikan selera risiko masing-masing dengan strategi yang sesuai.

Seperti moto seminar ini “Creating A Versatile Traders”, seminar ini mengajar kita untuk menggunakan strategi yang tepat pada masa yang tepat.

Analoginya, jika ingin pergi berperang, kita diberi pilihan untuk menggunakan ‘sniper’ untuk long-range, pistol atau senapang untuk mid-range dan pisau untuk short-range.

Tanpa mengharap semata-mata dari buy call atau analisa orang lain.
Kami di ajar untuk mencari kaunter yang berkualiti sendiri dan menjadi independent trader.

8 hari kelas ini bermula dengan topik:

1. Creating A Winning Stock Watchlist
2. Simplifying Fundamental Analysis For Retail Traders
3. Mastering Stock Valuation For Traders
4. Mastering The Precision Of Technical Analysis
5. Prediciting The Future  Via Advance Technical Analysis
6. The Majestic Of Wyckoff Trading Method Part 1
7. The Majestic of Wyckoff Trading Method Part 2
8. Day Trading, The Art of Tape Reading, & Money Management

Trainer dan tenaga pengajar sangat komited mengajar dan yang paling ‘best’ adalah lifelong support group di telegram yang di beri 24jam.
Kami boleh berdiskusi dan membincangkan berita-berita terkini berkenaan pasaran saham sekali gus mencipta pendapatan tambahan untuk mereka yang tersayang!

Labur Berhemah! Labur Syariah! Salam #SmartSaham

Daftar sekarang di -> eWyckoff

Daftar sekarang di -> eWyckoff

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.