7 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Mengambil Takaful

Mungkin ramai yang tahu apa itu takaful tetapi adakah kita tahu apa yang takaful tawarkan? Atau kita mengambil takaful hanya sebab ejen adalah dari kalangan keluarga dan kenalan rapat.

Pastikan objektif dan sebab kita mengambil takaful supaya kita boleh memanfaatkannya di kemudian hari. Jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen, sebaiknya kita yang memberitahu ejen apa yang kita perlukan sama ada kita perlukan kad perubatan, penggantian pendapatan, atau hibah.

Disenaraikan 7 perkara yang biasanya terkandung dan ditawarkan oleh pengendali takaful bagi memenuhi objektif peserta takaful:

1. Pampasan Kematian / Cacat Kekal

Tujuan pampasan ini adalah sebagai penggantian pendapatan kita apabila berlaku kematian atau cacat kekal terhadap orang yang dilindungi. Sebagai contoh jika seorang suami meninggal dunia, duit pampasan kematian akan diserahkan kepada isteri bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Begitu juga jika seorang ketua keluarga ditimpa kecacatan kekal, sudah tentu beliau tidak boleh bekerja dan dari mana sumber pendapatan seterusnya?

Maka pampasan dari sumbangan takaful boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.

2. Pampasan Penyakit Kritikal

Apabila kita sudah ditimpa penyakit kritikal dan tidak boleh bekerja lagi, di sinilah bergunanya pampasan takaful yang dicarum. Apabila kita sakit pasti memerlukan kos tambahan untuk rawatan perubatan, di sinilah pampasan penyakit kritikal akan memainkan peranan sebagai penyelamat.

Jangan lupa apabila sakit dan tidak boleh bekerja, pembiayaan perumahan, sewa beli dan peribadi masih perlu dijelaskan seperti biasa. Pampasan penyakit kritikal ini pula terbahagi kepada dua iaitu Pampasan Penyakit Kritikal yang hanya melindungi ketika di peringkat akhir dan juga Pampasan Penyakit Kritikal Komprehensif yang melindungi sejak dari peringkat awal lagi.

Contoh penyakit kritikal adalah seperti kerosakan buah pinggang, kanser, dan Parkinson.

3. Waiver

Jika kita disahkan menghidapi penyakit kritikal atau kecacatan kekal, macam mana pulak dengan takaful yang kita ambil? Bila dah tak boleh bekerja, nak kena bayar takaful lagi untuk maintain manfaat yang diambil.

Di sinilah pentingnya, perlindungan waiver di mana kita tidak perlu membayar apa-apa apabila ditimpa musibah penyakit kritikal dan cacat kekal sehinggalah tempoh polisi takaful tersebut matang.

Perlindungan ini amatlah penting dan silalah ambil.

4. Kad Perubatan

Fungsi kad ini adalah bagi kemasukan ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan. Kos rawatan di hospital amat mahal dan di sinilah kad perubatan akan memainkan peranan.

Kadang-kadang kita inginkan sedikit keselesaan untuk mendapatkan rawatan, jadi hospital swasta yang akan menjadi pilihan. Tetapi tidak salah ke hospital kerajaan, cuma mungkin perlu menunggu giliran yang agak panjang untuk berjumpa doktor kerana bilangan pesakit yang ramai.

Jika ada bajet, bolehlah dapatkan manfaat kad perubatan tetapi jika tiada bajet; kita boleh saja ke hospital kerajaan kerana caj perkhidmatannya yang minima.

5. Tempoh Matang Polisi

Kita perlu tahu sampai bila kita akan dilindungi oleh polisi takaful. Sama ada sehingga umur 60 tahun, 70 tahun, atau 80 tahun.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard berkenaan jangka hayat penduduk Malaysia menemukan secara purata, jangka hayat lelaki adalah pada umur 73 tahun manakala perempuan adalah pada umur 79 tahun.

Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

6. Nilai Tunai

Setiap bulan bayar RM200, jadi bila sampai tempoh matang berapa yang kita akan dapat? Ini mungkin di antara pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita apabila ingin mengambil polisi takaful.

Untuk makluman, nilai tunai (cash value) yang akan kita dapat adalah sangat sedikit. Itu pun jika ada, silap-silap kita tak dapat apa-apa. Ianya disebabkan tujuan takaful adalah untuk perlindungan bukannya untuk simpanan atau pelaburan.

Sumbangan bulanan yang kita bayar akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru’ yang akan digunakan untuk membantu peserta takaful lain yang ditimpa musibah. Begitu juga halnya jika kita pula yang ditimpa musibah.

Di sinilah kelebihan takaful di mana setiap peserta akan saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Selain itu juga, nilai tunai mungkin akan digunakan untuk menampung kenaikan bayaran bulanan atau jika kita ‘lapsed’ bayaran bulanan.

7. Hibah / Penama

Apabila membuat polisi, ejen akan bertanya siapa yang akan mendapat manfaat apabila berlaku kematian. Di sini kita perlu jelas berkenaan penama dan hibah.

Penama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir pampasan tersebut mengikut hukum faraid.

Manakala hibah pula adalah hadiah dari pihak yang dilindungi kepada penerima hibah, bermakna penerima hibah adalah pemilik mutlak pampasan tersebut.

Sekarang dah tahu perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum mengambil polisi takaful? Pastikan mengambil polisi atau manfaat yang betul-betul perlu sahaja.

Perkara yang paling penting adalah dengan memastikan ianya sesuai dengan bajet kerana polisi takaful ini adalah bersifat komitmen jangka masa panjang.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.