Penting Ke Ambil Takaful Untuk Perlindungan Anak Sejak Kecil?

Wujudkah takaful untuk anak? Menjadi satu kerugian sekiranya ibu dan ayah tidak memberikan yang terbaik buat anak.

Beringat dan berjaga-jaga, anak juga perlu perlindungan takaful. Bukan untuk dewasa sahaja.

Amat jarang kita lihat ibu bapa yang mengambil takaful perubatan untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa mementingkan hal keperluan dan kemahuan anak seperti makanan, susu formula, pakaian dan sebagainya lagi. Tidak dinafikan, itu memang keperluan penting.

Namun dengan adanya takaful, kita dapat memberi perlindungan kepada anak-anak dengan lebih baik lagi. Segala kemudahan takaful juga telah disediakan.  Anda boleh terus mendaftar dan menerima faedahnya pada masa yang diperlukan nanti.

Perlukah Takaful Untuk Anak?

Takaful untuk anak sememangnya amat diperlukan untuk memastikan tahap kesihatan, kesejahteraan dan juga keselamatan mereka lebih terjamin. Ia kerana anak-anak ini akan lebih mudah terdedah kepada bahaya terutamanya dari segi kesihatan. Selain kesihatan, terdapat juga takaful pendidikan buat anak-anak.

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda telah mendaftar takaful lengkap buat anak anda. Terdapat banyak faedah dan kelebihan takaful terhadap anak-anak anda.

Sebab Perlu Takaful Untuk Anak?

Walaupun anak masih kecil tetapi mereka berhak untuk mendapat perlindungan. Jom lihat antara kebaikan dan kepentingan takaful buat anak.

  1. Mendapat Pampasan Dengan Harga Yang Kompetitif

Biasanya, anak-anak mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan semua tuntutan pampasan. Dengan adanya perlindungan takaful  anak, perlindungan mereka akan lebih terjamin dan mendapat pampasan dengan harga yang lebih kompetitif.

  1. Mendapat Perlindungan Dan Sokongan

Selain harga yang kompetitif, takaful untuk anak juga diperlukan bagi mendapat perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. Jadi segala penyakit, kegagalan organ dan kelainan pada tubuh badan juga akan diberi jaminan untuk dirawat dengan kadar terbaik dan segera.

Takaful adalah umpama sokongan apabila seseorang itu dilanda kesukaran seperti masuk hospital, disahkan penyakit dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa, anak kecil juga turut boleh dilindungi.

  1. Tak Perlu Risau Kos Rawatan Perubatan Anak

Ketahuilah bahawa kos perubatan kanak-kanak juga amat mahal dan makin meningkat saban tahun. Dengan adanya takaful untuk anak, kita sebagai ibubapa tidak perlu risau lagi akan kos perubatan mereka kerana dilindungi oleh takaful.

Cuba kita bayangkan, jika anak diuji dengan kemerosotan kesihatan pasti memakan kos yang sangat tinggi. Ini salah satu kepentingan takaful untuk anak.

  1. Ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan

Bonus ini bagi anda yang mencarum takaful untuk anak dan tidak membuat tuntutan dalam tempoh masa tertentu. Ganjaran bonus ini biasanya akan diperolehi dalam bentuk rebat tunai.  Pastikan anda memilih syarikat takaful yang memiliki pelan ini sekiranya mahukan ganjaran bonus yang menarik ini. Oleh itu, ganjaran bonus yang diperolehi semakin banyak sekiranya anda bermula lebih awal.

Kesimpulannya, anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Oleh itu, takaful untuk anak dapat mengurangkan kerisauan kita terhadap mereka sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. 

  1. Dana Pendidikan Anak

Mempunyai takaful untuk anak juga banyak kelebihannya. Salah satu kebaikan takaful untuk anak adalah dapat membuat dana pendidikan untuk sambung pelajaran kelak. 

Terdapat banyak jenis pelan takaful, anda boleh memilih takaful yang mempunyai faedah pendidikan ini. Semua yang kita lakukan adalah untuk kepentingan anak, jadi jangan buang masa lagi. Takaful untuk anak sememangnya penting untuk jangka masa yang lama.

Kurangkan kerisauan anda apabila anak-anak dilanda ujian kesihatan dengan mengambil perlindungan takaful sekiranya anda mampu. Ini merupakan antara pilihan perlindungan yang ada buat anak-anak anda.

Previous ArticleNext Article

Takaful vs Insurans Kereta: Adakah Duit Kita ‘Hangus’ Kalau Tak Pernah Kemalangan?

Setiap tahun, pemilik kenderaan di Malaysia wajib memperbaharui cukai jalan dan perlindungan kenderaan. Namun, masih ramai yang keliru atau sekadar “ikut kawan” tanpa memahami perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional.

Ramai pemilik kereta sebut “Nak renew insurans kereta lah,” tapi sebenarnya mereka nak renew Takaful. Sebaliknya, ada juga yang ingat semua perlindungan kereta di Malaysia ini automatik patuh syariah atau berkonsepkan Takaful.

Realitinya tidak. Ini cara mudah untuk anda bezakan:

Lihat nama produk: Jika namanya ada perkataan “Takaful” (contoh: Takaful Ikhlas, Syarikat Takaful Malaysia, Etiqa Takaful), maka ia adalah produk patuh syariah. Jika namanya hanya “Insurance” atau “Insurans” (contoh: Allianz Insurance, MSIG Insurance, Lonpac Insurance), itu adalah produk konvensional.

Ini kerisauan paling popular yang bermain di minda pemilik kereta. Ramai yang bertanya:

“Kalau aku bayar Takaful tapi tak pernah kemalangan, bukan ke duit tu hangus macam tu saja? Apa faedah yang aku dapat?”

Jom kita bedah perbezaan ini supaya anda tidak lagi rasa rugi.

1. Niat & Akad: Jual Beli vs Tolong-Menolong

Perbezaan paling besar bukan pada harganya, tetapi pada kontrak (akad) di belakang tabir.

  • Insurans Konvensional: Menggunakan akad Mu’awadah (pertukaran komersial). Anda bayar premium kepada syarikat untuk “membeli” pampasan. Isunya, ia mengandungi unsur Gharar (ketidaktentuan) dan Maysir (seperti perjudian) kerana jika tiada kemalangan, syarikat ambil semua duit anda sebagai untung.
  • Takaful: Menggunakan akad Tabarru’ (derma). Sebahagian wang sumbangan anda dimasukkan ke dalam “Dana Risiko Peserta”. Niat anda adalah untuk menghibahkan (mendermakan) wang tersebut bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

2. Dilema “Duit Hangus”: Benarkah Tiada Langsung Faedahnya?

Jika sepanjang tahun kereta anda selamat dan tiada tuntutan (claim) dibuat, adakah anda rugi? Dari sudut Takaful, jawapannya adalah TIDAK.

Manfaat dari Sudut Rohani (Pahala)

Oleh kerana akadnya adalah derma untuk menolong orang lain (konsep Ta’awun), setiap sen yang anda bayar dikira sebagai amal jariah. Anda mendapat “manfaat ukhrawi” kerana membantu membiayai kos pembaikan kereta orang lain yang ditimpa malang.

Manfaat Perlindungan (Peace of Mind)

Anggaplah Takaful seperti mengupah pengawal keselamatan. Jika rumah anda tidak dirompak sepanjang tahun, adakah gaji pengawal itu dianggap hangus? Tidak, kerana anda telah mendapat manfaat perlindungan dan ketenangan jiwa sepanjang tempoh tersebut.

3. Kelebihan Yang Tiada Pada Insurans

Ini adalah bonus yang ramai orang terlepas pandang. Dalam insurans konvensional, lebihan wang (setelah tolak kos tuntutan) akan menjadi milik pemegang saham syarikat sepenuhnya.

Namun dalam Takaful:

  1. Jika dana risiko mempunyai lebihan (surplus) di akhir tahun, ia adalah milik kolektif peserta.
  2. Bergantung kepada polisi syarikat, lebihan ini boleh diagihkan semula kepada peserta yang tidak membuat tuntutan.
  3. Walaupun jumlahnya tidak menentu, ia merupakan satu pulangan tunai (cashback) yang adil berbanding insurans biasa.

Kesimpulan

Jangan lihat sumbangan Takaful sebagai satu perbelanjaan yang lebur begitu sahaja. Sebaliknya, lihatlah ia sebagai simpanan amal yang memberi anda ketenangan fikiran (peace of mind). Dalam Takaful, kalau tak kena musibah, kita dapat pahala menolong orang; kalau kena musibah, orang lain pula bantu kita. Adil dan berkat, bukan?

Memilih Takaful adalah satu langkah pengurusan risiko yang lebih efisien. Selain daripada perlindungan kenderaan yang komprehensif, anda juga berpeluang menikmati agihan lebihan (surplus) jika dana mencukupi. Ia adalah situasi win-win di mana risiko dikongsi bersama dan keuntungan bukan lagi milik mutlak syarikat semata-mata.