Perbezaan Takaful Dan Insurans

Insurans berkait rapat dengan konsep pemindahan risiko (risk transfer) atau kadang-kala disebut juga sebagai perkongsian risiko (risk sharing). Ini bermakna selepas kita membayar bayaran insurans, risiko kerugian akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Ada sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa insurans ini satu bentuk perlindungan daripada sebarang risiko kerugian.

Contohnya, sekiranya kita mengambil insurans kesihatan, risiko bebanan kewangan sekiranya kesihatan anda terjejas akan ditanggung oleh syarikat insurans. Syarikat insurans akan menanggung kos perubatan dan bebanan kewangan tidak akan ditanggung oleh pemegang insurans.

Konsep insurans difatwakan haram kerana ada unsur gharar atau ketidakpastian apabila pemegang insurans membayar untuk sesuatu yang tidak pasti. Pemegang insurans sendiri tidak tahu samada bayaran insurans itu akan dibalas dengan apa-apa manfaat.

Selain daripada itu, insurans juga seperti judi kerana pemegang insurans membayar bayaran yang kecil dan mengharapkan wang yang lebih besar. Samada peserta hilang wang sekiranya tiada tuntutan atau syarikat insurans hilang wang untuk membayar tuntutan.

Industri insurans sudah lama bertapak kukuh di Malaysia sebelum konsep takaful diperkenalkan. Justeru, industri insurans lebih terkehadapan dalam menawarkan polisi insurans yang menyeluruh.

Tolong-Menolong vs Perkongsian Risiko

Ramai yang menganggap takaful dan insurans menggunapakai konsep yang sama. Namun begitu, takaful pula mempunyai konsep yang berbeza. Konsep takaful lebih kepada tolong-menolong di antara pemegang polisi takaful itu sendiri.

Pemegang polisi takaful akan menyumbang bayaran polisi yang akan dikumpul bersama ke dalam satu tabung kewangan yang besar. Sekiranya ada ahli yang memerlukan bantuan, wang akan disumbangkan dari tabung kewangan itu.

Konsep tolong-menolong ini mempunyai makna yang lebih mendalam dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya pemegang polisi takaful dalam kesusahan insyaAllah bantuan akan sampai. Namun tuntutan hanya terhad bergantung kepada polisi takaful.

Perkembangan industri takaful dilihat mampu untuk melindungi kewangan dan ekonomi umat Islam melalui konsep tolong-menolong yang sangat dituntut dalam Islam. Takaful ini selari dengan kempen #BuyMuslimFirst dalam meningkatkan ekonomi umat Islam.

Disebabkan itu, kita digalakkan untuk menyumbang ke dalam tabung takaful ini. Niatkan sumbangan wang kita untuk tolong-menolong sesama umat Islam. Sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan sekalipun, percayalah sumbangan kita akan dibalas di akhirat kelak.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

http://e-smaf.islam.gov.my

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.