Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Merosot – Kata Bank Dunia

Baru-baru ini, Bank Dunia ada mengeluarkan laporan yang bertajuk World Bank East Asia and Pacific Economic Update, October 2018 : Navigating Uncertainty. Boleh muat turun fail PDF tersebut yang setebal 160 mukasurat di sini.

Berikut merupakan ringkasan oleh Bank Dunia terhadap Malaysia.

Malaysia’s economic growth moderated in the first half of 2018. Growth continued to be supported by strong private consumption. While poverty rates are low, the rising cost of living, especially food and housing, remains a challenge for low- and even middle-income households and was a key point of contention leading up to the May 2018 general election. Going forward, the economy is forecast to expand by 4.9 percent in 2018, with lower public spending expected to impinge on growth.

Faham ke tak faham apa yang ingin disampaikan?

Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah steady untuk 6 bulan pertama 2018 ini. Pertumbuhan adalah disokong oleh pihak swasta yang kuat. Walaupun kadar kemiskinan adalah rendah, peningkatan kos sara hidup terutamanya makanan dan perumahan, kekal sebagai suatu cabaran untuk isirumah berpendapatan rendah dan pertengahan yang turut merupakan isu hangat sewaktu Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei yang lalu. Melangkah ke hadapan, ekonomi kita dijangka akan tumbuh pada kadar 4.9% pada tahun 2018, dengan pengurangan perbelanjaan dijangka mengekang pertumbuhan.

Kejap, tahu ke tak apa itu GDP? Untuk refresh memory kita, jom baca Apa Itu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Yang Orang Dok Sebut Tu?

Definisi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

KDNK ialah statistik berkenaan pendapatan negara dan ianya juga berkaitan dengan pertumbuhan atau pembangunan ekonomi.

KDNK mengukur jumlah nilai akhir barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi bagi sesebuah Negara melalui tiga kaedah iaitu:

  1. Kaedah Pengeluaran iaitu penjumlahan nilai ditambah aktiviti ekonomi (Pertanian, Perlombongan & Pengkuarian, Pembuatan, Pembinaan dan Perkhidmatan termasuk Kerajaan)
  2. Kaedah Perbelanjaan iaitu penjumlahan Perbelanjaan Akhir Isi Rumah, Perbelanjaan Akhir Kerajaan, Pelaburan dan Eksport Bersih
  3. Kaedah Pendapatan adalah penjumlahan Pendapatan oleh faktor Pengeluaran (tanah, tenaga buruh, modal dan keusahawanan) iaitu Pampasan pekerja, Lebihan kendalian kasar dan (Cukai – Subsidi)

Pertumbuhan GDP Malaysia Di Belakang Kebanyakan Negara Serantau Lain

Sumber: World Bank East Asia and Pacific Economic Update, October 2018 : Navigating Uncertainty – mukasurat 25 & 26

Malaysia menyaksikan peningkatan yang sangat baik pada tahun 2017 dengan kadar GDP 5.9%, tetapi dijangka turun kepada 4.9% untuk tahun 2018. Ini merupakan kemerosotan sebanyak 0.5% berbanding jangkaan awal Bank Dunia.

Nampaknya negara seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Mongolia dijangka mengalami peningkatan GDP yang lebih tinggi berbanding Malaysia untuk tempoh 2018-2020.

Hutang Isirumah Yang Sangat Tinggi

Sumber: World Bank East Asia and Pacific Economic Update, October 2018 : Navigating Uncertainty – mukasurat 47 & 48

Mengikut laporan Bank Dunia ini, pinjaman isirumah merupakan 57% daripada keseluruhan pinjaman bank-bank di Malaysia. Nampak sangat orang Malaysia ni suka berhutang kan?

Tapi tak apa, memandangkan separuh daripada hutang tersebut adalah untuk rumah, dengan 85% daripadanya adalah untuk pemilik rumah utama.

Bank pula kelihatan berhati-hati dengan pinjaman perumahan disebabkan oleh rumah tidak terjual berada di paras tertinggi, maka bersedialah untuk pelarasan harga yang bakal berlaku.

Boleh baca lebih lanjut di Kupasan Pakar Mengenai Masalah Besar Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia.

Sumber: World Bank East Asia and Pacific Economic Update, October 2018 : Navigating Uncertainty – mukasurat 128 – 130

Banyak maklumat penuh dengan informasi seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia seperti di atas.

Di antara point-point penting adalah seperti berikut:

  • Penurunan pertumbuhan GDP
  • Penurunan pelaburan sektor awam (pembatalan dan semakan semula HSR, ECRL, LRT3, MRT2?)
  • Penurunan perbelanjaan orang ramai (lebih ramai ikat perut?)
  • Peningkatan eksport
  • 20% isirumah Malaysia yang berpendapatan bawah RM3,000 membelanjakan 40% untuk makanan & minuman
  • Kadar inflasi terkawal
  • Perbelanjaan subsidi yang tinggi dan pengurangan pendapatan kerajaan disebabkan GST sifar, bakal diseimbangkan oleh harga minyak yang menaik
  • Bakal mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020-2024

Bersedialah

Akhir kata, kita semua harus buat persiapan untuk berdepan dengan kegawatan ekonomi yang mungkin bakal tiba tidak lama lagi.

Masih ingat lagi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998? Krisis Sub-Prime di Amerika Syarikat pada tahun 2008?

Dijangkakan ekonomi dunia akan gawat setiap 10-12 tahun, jadi adakah anda bersedia? Adakah perang perdagangan Amerika Syarikat dan China bakal menjadi pencetus kegawatan ekonomi?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend