Kupasan Pakar Mengenai Masalah Besar Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia

Umum tahu rakyat Malaysia masih ramai yang belum membeli rumah. Tengok saja statistik di bawah yang membimbangkan kita semua.

24,738 Rumah Siap Tidak Terjual Pada Tahun 2017, Rekod Tertinggi

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menakrifkan unit tidak terjual sebagai unit siap yang berada di pasaran lebih sembilan bulan selepas dilancarkan. Dan jumlah unit rumah siap yang tidak terjual pada 2017 meningkat 67.2% berbanding tahun 2016 – dengan nilai keseluruhan RM15.64 bilion, iaitu kenaikan 82.8% berbanding 2016.

Rumah Tidak Terjual Semakin Meningkat Tahun 2018

Pada suku pertama tahun 2018 pula, bilangan rumah siap tidak terjual mencecah sebanyak 34,532 unit dan dianggarkan bernilai RM 22.6 bilion.

Kira-kira satu pertiga daripada unit berstatus kediaman tidak terjual. Kebanyakan unit ini berharga RM500,000 sehingga RM1 juta. Manakala untuk unit yang berharga RM300,000 hingga RM400,000 pula, sebanyak 33% tidak terjual.

Apa kata kita dengar kupasan daripada Radzi Tajuddin (Mat Rodi) yang juga merupakan CEO Hartabumi.com dan Kapital.my berkenaan situasi hartanah di Malaysia.

ISU PEMILIKAN RUMAH DI MALAYSIA- Bhg 1

Terlebih dahulu, saya memohon maaf jika tulisan ini bakal menyinggung rakan-rakan dari pemaju yang sesetengahnya adalah klien saya.

Berita Harian meminta saya menulis sesuatu berkenaan cadangan polisi bersempena Polisi Rumah Negara 2.0 pada bulan hadapan.

Saya fikir dah alang-alang akan disiarkan di akhbar tersebut, ada baiknya jika saya kongsikan di sini.

Isu pemilikan rumah sememangnya satu masalah yang besar di Malaysia. Masalah ini begitu kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut semata-mata.

Untuk permulaan, kita mempunyai lebih daripada 34,532 unit rumah bernilai RM22.67 bilion yang tidak terjual setakat suku pertama 2018. Angka ini adalah yang tertinggi dalam masa 10 tahun.

Mengapakah perkara ini terjadi? Adakah kerana tidak wujud permintaan? Atau sebenarnya kebanyakan rakyat telah memiliki rumah?

Jawapannya, pastilah tidak.

UNIT RUMAH TIDAK TERJUAL

Situasi ini berlaku kerana rata-rata unit rumah yang tidak terjual itu merupakan produk yang tidak bertepatan dengan kehendak pasaran. Dalam bahasa mudah, tiada siapa yang nak beli rumah tersebut.

Di Malaysia, harga maksimum bagi rumah mampu milik adalah sekitar RM282,000. Ini adalah cadangan Bank Negara Malaysia.

Namun begitu, hanya 21% rumah yang dibina pada 2017 adalah rumah berharga RM250,000 ke bawah.

Ini adalah sebab utama mengapa lebih 70% rumah yang tidak terjual (Walaupun sudah siap lebih dari 9 bulan) adalah yang berharga RM300,000 ke atas.

Jadi di sini kita dapati produk yang ada di pasaran adalah produk yang salah di tempat yang salah dan dijual pada harga yang salah. Noktah.

Kemungkinan besar ramai yang akan terus mentertawakan para pemaju kerana mereka tersalah bina produk.

Nanti dahulu.

PRODUK SALAH DI PASARAN SALAH

Sumber gambar : sales.pr1ma.my

Simptom membina produk yang salah ini nampaknya telah berjangkit kepada agensi perumahan milik kerajaan.

Di Selangor, lebih 100,000 unit rumah kos rendah yang sepatutnya boleh dijual licin serta merta masih tiada pembeli.

PR1MA yang diketahui umum perlu membina sejuta unit rumah mampu milik bagi golongan pertengahan hanya mampu menjual sekitar 20 ribu unit sejak penubuhannya. Ini bersamaan dengan 14% daripada 140 ribu unit yang sedang dibina.

Antara sebab mengapa keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada pembinaan produk yang salah daripada kehendak pasaran.

Jadi, bagaimana perkara ini boleh dibendung dan diatasi? Ada solusinya.

PLATFORM DATA RAYA (BIG DATA)

Solusi pertama adalah dengan melalui pengumpulan dan penggunaan data atau lebih tepat lagi data raya (big data).

Untuk permulaan, langkah Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta atau NAPIC memperkenalkan sistem ‘Unsold Property Enquiry System Malaysia (UPESM)’ dalam memberikan maklumat berkenaan hartanah tidak terjual secara terperinci kepada pemaju adalah tindakan yang tepat.

Dari sini pemaju akan lebih mengetahui maklumat seperti bilangan unit tidak terjual, harga hartanah tersebut dan kawasan yang terlibat. Sekurang-kurangnya pemaju tidak sesuka hati terus membina projek baru tanpa membuat keputusan yang berlandaskan fakta dan data.

Pada masa yang sama, cara pengumpulan data di antara NAPIC dan KPKT perlu diseragamkan kerana NAPIC mengumpul data daripada maklumat kelulusan merancang manakala KPKT mendapat data berdasarkan lesen pengiklanan pemaju.

Jika punca dan definisi data ini tidak diseragamkan, pasaran akan keliru berkenaan data sebenar berkenaan bagi permintaan, pengeluaran, harga, jenis produk dan demografi di sesuatu lokasi.

Sesuatu perlu dilakukan dari aspek ini.

Namun mempunyai platform dataraya bagi perkara ini masih tidak mencukupi.

HARGA RUMAH MASIH TINGGI

Malaysia mempunyai masalah di mana harga rumah yang amat tidak mampu milik. Bagaimana kita mengukur kadar mampu milik? Formulanya adalah dengan melihat pendapatan tahunan.

Bank Dunia menetapkan harga rumah perlu berada sekitar 3 kali ganda dengan pendapatan tahunan tetapi di Malaysia, nisbah gandaanya adalah sehingga 5 kali ganda.

Oleh itu, tidak dapat tidak kita perlu memikirkan solusi bagaimana harga rumah dapat dikurangkan. Atau lebih tepat lagi, kos membina rumah.

Kita semua tahu tanah merupakan kos terbesar bagi sesuatu projek hartanah iaitu sekitar 20-30%.

TANAH STRATEGIK UNTUK RUMAH RAKYAT

Dalam hal ini adalah perkara yang ideal jika kerajaan boleh memberikan tanah secara percuma atau dijual pada harga yang rendah sebagaimana tanah-tanah yang dibeli oleh 1MDB.

Lebih ideal juga jika tanah yang diberikan kerajaan itu merupakan tanah yang bersebalahan dengan pengangkutan awam seperti di stesen-stesen MRT kerana ia boleh mengurangkan kos pengangkutan rakyat serta meningkatkan kadar mobiliti mereka.

Malangnya, di sebalik kerajaan telah berbelanja RM21 bilion bagi membina jaringan MRT yang moden dari Sungai Buloh ke Kajang, kebanyakan tanah-tanah strategik berdekatan dengan stesen MRT dimiliki atau telah dibeli (baca: dilobi) oleh pemaju-pemaju swasta.

Sila lihat dari stesen Sungai Buloh hingga ke stesen Damansara Height. Tidak ada satu pun tanah bersebelahan stesen MRT dikhususkan bagi projek PR1MA atau yang sewaktu dengannya.

Oleh yang demikian, kerajaan (baru) boleh membuat perancangan segera untuk memperuntukkan tanah-tanah strategik dengan pengangkutan awam bagi projek rumah mampu milik.

Ia boleh dilakukan kerana sebagai kerajaan, anda adalah pembuat dasar dan andalah yang pertama mengetahui maklumat apa-apa projek infrastruktur seperti kedudukan stesen MRT.

DILEMA KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT

Tanah juga adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negerilah yang mempunyai saiz tanah yang luas.

Walaubagaimanapun, tanah juga adalah sumber pendapatan utama bagi setiap negeri.

Kerajaan Selangor mengutip lebih RM 1.73 bilion atau bersamaan 70% daripada bayaran premium tanah dan ‘quit rent’ pada 2016. Negeri Johor sebanyak 51% manakala Pulau Pinang, Pahang dan Kedah adalah sebanyak 48%.

Dalam hal ini, kerajaan negeri mempunyai dilema sekiranya kerajaan pusat mahu membina rumah mampu milik di tanah-tanah kerajaan negeri. Jika mereka memberikan tanah tersebut secara percuma, mereka kehilangan sumber pendapatan.

Jika kerajaan pusat bertindak membayar / membeli tanah kerajaan negeri, kos rumah tersebut akan menjadi tinggi yang mana mengakibatkan wang pembayar cukai digunakan bagi mengsubsidi harga rumah tersebut.

Mengambil kira situasi ini, kemungkinan kerajaan negeri perlu diberikan pegangan ekuiti bagi projek rumah mampu milik.

Hal ini berikutan terdapat aspek komersil seperti pembinaan rumah kedai, pembinaan fasiliti awam seperti dewan, pusat sukan dan taman rekreasi yang berupaya menjana pendapatan. Komponen-komponen ini sekiranya diuruskan dengan baik (REIT misalnya) dapat memberikan pulangan.

Ini sedikit sebanyak menampung ‘kehilangan’ pendapatan kerajaan negeri hasil daripad apemberian tanah mereka bagi projek rumah mampu milik itu tadi.

Selain itu, apakah cara lain untuk menurunkan kos membina rumah? Adakah dengan teknologi? Kos pematuhan dan ‘contribution cost’ pula bagaimana? Wajarkah kita mempunyai satu agensi mega bagi tujuan rumah mampu milik?

Kupasan hal ini bersambung di tulisan seterusnya.

Radzi Tajuddin, CEO Hartabumi.com / Hartabumi.com

Sumber: FB Radzi Tajuddin

Ambil tahu juga berapa harga rumah yang mampu anda beli, Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”. Selain daripada itu, Nak Beli Rumah? Rileks Bro, Fahamkan “Formula 200” Baru Mula Survey Rumah.

Dan bagaimana nak beli rumah, kalau status kewangan sendiri pun tak tahu?

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.