Cara Kumpul Deposit Rumah Tak Sampai 3 Tahun

Setiap daripada kita pasti inginkan rumah kediaman sendiri. Berjaya dapat sebiji buah rumah pun dah cukup membuatkan hati rasa bahagia dan bangga. Jika dilihat, harga rumah semakin mencanak naik. Jika kita masih lambat untuk membeli rumah, maka semakin sukar untuk membeli.

Apa yang menjadi permasalahn tama adalah rata-ratanya mengeluh tentang duit deposit. Tapi itulah yang menjadi keutamaan setiap kali hendak membeli sebuah rumah iaitu 10% deposit daripada harga sebuah rumah.

Namun, ianya bukanlah satu tanda penghalang untuk kita terus berusaha mengumpul duit deposit rumah. Bak peribahasa melayu, “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’

Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk membantu anda mencapai jumlh simpann deposit rumah yang diperlukan. Semoga tips ini memberikan manfaat yang sangat besar.

1. Rekodkan Perbelanjaan

Dengan cara merekod setiap perbelanjaan yang keluar, secara tidak langsung ianya dapat membantu anda untuk lebih berjimat-cermat ketika berbelanja.

Ada di antara kita yang langsung tak tahu di mana kita belanja, jadi bagaimana nak tahu bahawa perbelanjaan tersebut adalah satu keperluan, kehendak atau pembaziran.

Bila dah tahu ke mana duit dibelanjakan, cuba untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

2. Elak Guna Kad Kredit

Sebaiknya, elakkan penggunan kad kredit. Ini kerana, sifat kad kredit itu sendiri yang mempunyai kadar faedah yang tinggi jika tidak di’clear’kan setiap bulan dan dibiarkan tertunggak.

Baru nak simpan duit sikit, hutang kad kredit semakin meningkat disebabkan ‘snowball effect’.

Kalau nak pakai duit juga, pastikan anda tahu yang mana lebih elok dalam Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi.

3. Menabung

Bagi menarik minat anda untuk lebih aktif menabung, cuba buat tabung dengan menggunakan warna duit. Contohnya apabila anda ada duit lebihan RM5 yang berwarna hijau, masukkan duit tersebut ke dalam tabung hijau. Atau dapat saja duit RM10, masukkan ke dalam tabung merah.

Apabila salah satu daripada tabung warna dah penuh, terus bawa ke bank dan simpan.

Ambil inspirasi dalam kisah berjaya menyimpan RM10,000 dalam masa setahun – Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini.

4. Melabur

Boleh mulakan pelaburan dengan risiko yang rendah seperti ke dalam Tabung Haji atau ASB dimana ianya memberikan pulangan dividen kepada para pelabur.

Kalau rasa pulangan 6-8% setahun macam sikit sangat, bolehlah belajar untuk buat pelaburan saham patuh Syariah di Bursa Malaysia pula.

Baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

5. Guna Wang Dalam KWSP

Bagi anda yang telah bekerja selama beberapa tahun pula, boleh sekiranya gunakan wang yang ada dalam Akaun 2 KWSP untuk beli rumah. Guna cara ini sebagai langkah terakhir saja, kerana matlamat asal simpanan dalam KWSP pun untuk digunakan apabila kita bersara nanti.

Takut-takut nanti asyik withdraw duit daripada KWSP, tak cukup pula duit nak bersara nanti.

Data KWSP sendiri menyatakan bahawa 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.