Pelaburan Saham Tu Syariah Kot, Apa Nak Risau?

Sebut sahaja pelaburan, ramai yang membayangkan skim-skim mengarut, penipuan dan isu yang paling panas; tentang status halal dan haram sesuatu pelaburan. Baguslah tu, itu tanda orang kita mula sedar untuk berhati-hati. Itu mungkin juga bayangan orang yang pernah ditipu oleh skim-skim TIPU.

Tapi kalau Bursa Malaysia pun tak pernah dengar, itu agak over. Bursa Malaysia ni merupakan platform di mana jual beli saham dijalankan. Bursa Malaysia menjadi badan sah, berautoriti dan diiktiraf. Tak ada saham atas angin atau tipu-tipu sebab semua aktiviti ini dipantau dan dijamin selamat.

Ada lebih daripada 900 saham didagangkan, manakala sehingga kini 693 daripadanya merupakan saham patuh syariah. Patuh syariah ini merujuk kepada saham yang disahkan sebagai patuh syariah, mengikut syarat yang ditetapkan dan boleh didagangkan oleh orang Islam.

Jemput baca Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhunjaya Sekuriti

Di Malaysia, kita ada ahli Majlis Penasihat Shariah yang masing-masing mempunyai kelulusan dan memang pakar dalam bidang kewangan Islam.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Lebih meyakinkan, Bursa Malaysia turut memperkenalkan Bursa Malaysia-i pada 2016 yang menjadi platform sama seperti Bursa Malaysia tetapi ditambah dengan ciri pematuhan syariah sepenuhnya.

Ini bermaksud semua produk dan perkhidmatan yang disediakan di bawah Bursa Malaysia-i seperti penyenaraian, perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan lain-lain mematuhi ciri-ciri patuh syariah.

Jadi, pelabur khususnya yang beragama Islam mempunyai pilihan untuk menggunakan produk patuh syariah di samping memilih saham patuh syariah untuk berdagang. Tidak timbul isu atau pertikaian tentang halal atau haram pelaburan yang dilakukan jika anda memilih mana-mana dari 693 saham patuh syariah dan berdagang melalui Bursa Malaysia-i.

Bursa Malaysia-i menyediakan sekuriti patuh syariah kepada para pelabur dengan Organisasi Peserta Islamik (PO Islamik) sama ada secara langsung atau dalam talian. Dengan itu, pelaburan patuh syariah sepenuhnya dapat dilakukan.

Sehingga Januari 2018, ada 14 PO Islamik (Broker) yang menawarkan perkhidmatan patuh syariah ini iaitu:

1) Affin Hwang Investment Bank Berhad
2) AmInvestment Bank Berhad
3) BIMB Securities Sdn Bhd
4) CIMB Investment Bank Berhad
5) Hong Leong Investment Bank Berhad
6) Jupiter Securities Sdn Bhd
7) Kenanga Investment Bank Berhad
8) Malacca Securities Sdn Bhd
9) Maybank Investment Bank Berhad
10) RHB Investment Bank Berhad
11) INTER-PASIFIC Securities Sdn. Bhd.
12) MIDF Investment
13) Public Investment Bank
14) TA Securities

Jadi, apa perbezaan aktiviti perdagangan sedia ada dan PO Islamik sebelum dan selepas wujudnya Bursa Malaysia-i?

1. Instrumen
Instrumen pelaburan yang tersenarai di pasaran utama dan ACE Bursa Malaysia Securities Berhad adalah patuh syariah.

2. Perdagangan
PO Islamic dan Konvensional PO telah mengasingkan saluran perdagangan.

3. Depositori
Sekuriti patuh syariah dalam akaun CDS pelabur ditanda dengan kos ‘SP’ yang menunjukkan sekuriti patuh syariah.

4. Clearing
Clearing selepas perdagangan melalui PO Islamik dibuat dan dijamin Shariah-compliant oleh Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.

5. Penyelesaian
Penyelesaian perdagangan antara PO Islamik dan Bursa Malaysia dilakukan melalui institusi kewangan Islam.

Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja laman web Bursa Malaysia ini. Banyak info menarik yang boleh didapati di sini yang boleh hilangkan keraguan tentang status halal dan haram pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Pameran Pelaburan Syariah 2018

Kalau tak puas hati juga, pada 21 dan 22 Julai ini, Bursa Malaysia-i mengadakan Pameran Pelaburan Syariah 2018 bertempat di Dewan Pameran 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti dan ceramah menarik untuk anda.

Jadi anda boleh ke sana dan dapatkan pelbagai info berguna melalui tapak pameran dan kaunter yang dibuka dan pelbagai ceramah informatif boleh didengar.

Pameran yang bermula dari 9 pagi hingga 7 petang itu menampilkan ramai ikon, tokoh berpengaruh dalam pelaburan dan kewangan seperti Tuan Haji Mohd Asri Ahmad (THMA), Suzardi Maulan (Pak Di), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Dato Dr. Nazri Khan.

Jadi apa anda tunggu, masuk pun percuma. Jom pakat serbu pameran ini pada hari Sabtu 21 Julai dan Ahad 22 Julai.

Nak bawak anak-anak pun boleh, kerana pelbagai acara disediakan untuk si kecil seperti Upin & Ipin, badut, permainan pasir dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.