Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Elak Daripada Ditipu Peniaga

Selepas berlakunya peralihan kuasa pemerintahan pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan ketika itu telah mengumumkan untuk memansuhkan GST sebagai satu pelaksanaan dalam salah satu manifesto mereka. Ternyata pengumuman pemansuhan ini mendapat sokongan kebanyakan rakyat Malaysia. Namun, ada juga di antara rakyat Malaysia yang menolak pemansuhan GST ini.

Apa yang lebih mengharukan keadaan lagi apabila ada sesetengah pihak peniaga yang menaikkan harga barang jualan meskipun GST telah dimansuhkan dan kadar cukai telah berubah kepada sifar.

Ramai netizen telah menyuarakan ketidakpuasan hati melalui media sosial mereka berkenaan isu yang berlaku ini. Bukan sahaja pada ketika itu, namun sehingga ke hari ini, isu ini masih wujud dan membelenggu pengguna.

Namun, apakah cara terbaik yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan daripada terus tertindas dengan keadaan ini? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan anda ditipu oleh peniaga yang sama sekali tidak bertanggungjawab ini?

1. Buat Perbandingan Harga Barang

Tangkap layar di Hargapedia

Anda boleh memuat turun aplikasi Hargapedia, di mana aplikasi ini membantu anda untuk membuat semakan harga dengan lebih cepat. Lebih memudahkan lagi apabila aplikasi ini terus menunjukkan tempat-tempat bagi mendapatkan barang-barang yang anda cari dengan harga yang murah.

Penggunaan aplikasi ini sangat mudah. Caranya, anda masuk sahaja ke laman web Hargapedia tanpa perlu sebarang pendaftaran kemudian pilih sahaja carian item mengikut kepada pengkelasan yang telah disenaraikan.

Contohnya, jika anda ingin melihat harga bagi sabun basuh baju, anda boleh terus sahaja klik kepada ‘household’. Mudah bukan?

2. Buat Semakan Pada Resit

Sewaktu membeli barang, anda boleh lihat harga barang yang tertera masih belum ditukar kepada harga yang baru. Semestinya, peniaga memerlukan masa untuk mengemaskini setiap harga barang di pasaraya ataupun di kedai mereka.

Meskipun begitu, harga barang yang sebenar boleh anda lihat pada resit pembelian. Ada barangan yang harganya berada dalam kawalan kerajaan. Justeru, amat penting untuk anda buat semakan ke atas resit pembelian. Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan peniaga, perkara ini dapat diadukan kepada KPDNHEP. Bukti jelas untuk digunakan sebagai lampiran adalah melalui resit.

Dengan ini, KPDNHEP dengan bantuan Jabatan Kastam Malaysia dapat menjalankan pemantauan terperinci bagi memastikan harga barang sentiasa terkawal dan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga dan menindas pengguna.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.