Ketahui 5 Sebab Kenapa Irama @ Residensi, Seremban Merupakan Pilihan Terbaik Anda

Ada yang tengah survey nak beli rumah ke? Tercari-cari kediaman yang eksklusif yang jauh daripada bandar, tetapi berdekatan dengan pelbagai kemudahan?

Dengan hanya 78 unit dibina dan dijangka siap pada bulan April 2020, katanya Irama @ Residensi SIGC ni dah nak sold-out pun. Ketahui 5 sebab kenapa ianya merupakan pilihan yang terbaik bagi anda.

1. Lokasi Yang Strategik

Biasa dengar sifu-sifu hartanah asyik sebut “Lokasi, lokasi, lokasi”? Ya, lokasi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan nilai sesuatu hartanah.

Ada orang mungkin merasakan bahawa Seremban agak jauh daripada pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi sebenarnya Seremban merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun.

Di Negeri Sembilan, ada tiga je tempat tumpuan utama. Port Dickson, sememangnya terkenal dengan tempat percutian; Nilai yang terkenal dengan tempat membeli-belah barangan pengantin; dan Seremban yang menjadi ibu kota Negeri Sembilan.

Sebab itulah, kalau ada sebarang pembangunan baru atau laluan pengangkutan awam; mesti akan utamakan Seremban.

Bagi Irama @ Residensi SIGC, ianya berhampiran dengan:

Penjagaan Kesihatan

  • Senawang Specialist Hospital (6km)
  • Hospital Tuanku Jaafar (10km)
  • Sehat Wellness & Medical Centre (12km)
  • Pusat Perubatan NSCMH (13km)
  • KPJ Specialist Hospitals (15km)
  • Columbia Specialist Hospital (17km)

Pusat Membeli-Belah Dan Rekreasi

  • Stadium Paroi (1km)
  • Kompleks Sukan Paroi (1.5km)
  • Plaza Angsana [Urban Transformation Centre] (3km)
  • KIP Mart Senawang (6km)
  • Giant Senawang (7km)
  • Mydin Senawang (8km)
  • Tesco Seremban Jaya (8km)
  • X-Park Sendayan

Pendidikan

  • Keb. Paroi (1.5km)
  • Men. Keb. Panchor (5km)
  • Men. Keb Warisan Puteri (6km)
  • Perguruan Raja Melewar (6.5km)
  • Kolej MARA Seremban (7km)
  • Men. Sains Tunku Munawir (8km)

Boleh dikatakan, ianya mempunyai lokasi yang amat strategik.

2. Peningkatan Harga Rumah Yang Konsisten Saban Tahun

Nak tahu bagaimana prestasi sektor hartanah di Seremban ni, kita gunakan laman web Brickz sebagai rujukan. Ia mengambil data daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, yang merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia merekodkan segala transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sale and Purchase Agreement telah dibayar.

Sumber: Brickz

Dan kalau dilihat kepada trend bagi rumah yang berharga atas RM500,000, kenaikan harga pasaran adalah memberangsangkan. Kenaikan hampir 10% telah dicatatkan bagi tempoh dua tahun kebelakangan ini.

3. Kemudahan Ala Kelab Golf

Tak perasan eh, ada nama SIGC? Nama panjangnya ialah Seremban International Golf & Country Club. Dan pada kebiasaannya, orang akan kaitkan kelab golf dengan golongan elit.

Memang banyak pun kemudahan yang tersedia di Irama @ Residensi SIGC ni:

  • Kolam Renang
  • Gimnasium
  • Kawasan BBQ
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Amphitheatre
  • Trek Joging
  • Gazebo
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggan Futsal
  • Taman Rekreasi
  • Tasik

Serba-serbi lengkap kemudahan yang ada di sini. Daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua; semuanya dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti di atas.

Tak perlu pergi jauh pun. Ini bermakna anda boleh beriadah tak kira masa, siang mahu pun malam; hari bekerja atau hari minggu.

Barulah ada keseimbangan kerja dan gaya hidup sihat.

4. Rumah Moden Dan Luas, Menepati Citarasa Kini

Dari tadi kita asyik bercerita pasal lokasi, prestasi dan kemudahan yang ada je kan, bila nak masuk bab rumah ni?

Kawasan sekitar itu sendiri dah seluas 41 ekar yang penuh dengan landskap kehijauan yang sejuk mata memandang. Suasana tenang, pasti dapat meredakan sebarang stres setelah sehari suntuk bekerja. Sebaik saja masuk pintu pagar, hilang semua rasa penat lelah.

Lagi best bila Irama @ Residensi SIGC itu berkeluasan tanah 24’ x 80’ kaki persegi. Cukup luas untuk menempatkan beberapa buah kereta di luar, sambil ada lagi ruang kosong untuk bermain bersama anak-anak.

Rumah pula berkeluasan 2,988 kaki persegi dengan menempatkan 4+1 bilik dengan 4 bilik air. Sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga, bolehlah sediakan seorang anak satu bilik. Orang gaji pun ada bilik sendiri yang selesa.

Terdapat juga dapur berasingan, iaitu dapur kering dan dapur basah. Sambil main masak-masak dengan anak, sambil dapat menjalin perhubungan yang mesra bersama seisi keluarga.

5. Promosi Menarik Dan Diskaun Hebat

Bagi mereka yang betul-betul berminat, pelbagai promosi menarik menanti anda. Harga rumah yang pada asalnya berharga RM738,888, kini ada diskaun sebanyak 18% untuk pembeli Bumiputera. Kalau yang Bukan-Bumiputera, layak dapat diskaun 13% pula.

Daripada harga asal tadi, dengan diskaun hebat 18%; kini anda boleh memiliki kediaman Irama @ Residensi SIGC dengan harga yang cukup istimewa – RM605,888 saja!

Bukan itu saja, anda hanya perlu bayar RM1,000 sebagai Bayaran Tempahan jika anda berminat.

Nak lagi best? Semua Bayaran Guaman dn Bayaran Duti Setem ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Masih tak cukup best lagi? Bagi mereka yang membeli hartanah di Residensi SIGC, anda akan dapat kelab keahlian SIGC yang bernilai ribuan ringgit secara percuma.

Yang ni memang kena cepat, sebab tak tau sampai bila promosi dan diskaun yang ditawarkan akan tamat.

Jadi apa tunggu lagi?

Cepat-cepatlah beli sebelum ianya habis terjual, klik sini untuk pendaftaran.

Keterangan Projek

Nama: Irama @ Residensi SIGC

Bilangan Unit: 78 Unit

Status Tanah: Leasehold

Jenis Hartanah: Kediaman

Keluasan Hartanah: 24’ x 80’

Keluasan Binaan: 2,988 Kaki Persegi

Bilik: 4 + 1

Bilik Air: 4

Harga: RM605,888 (Selepas Diskaun Bumiputera 18%)

Tarikh Siap: April 2020

Alamat Projek: Jalan Residensi SIGC 1, Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Aktiviti Jual Beli Hartanah Berkurangan Pada Awal Tahun, Harga Rumah Stabil

Pasaran hartanah Malaysia memulakan tahun 2026 dengan momentum yang lebih sederhana apabila aktiviti transaksi menyusut susulan persekitaran ekonomi global yang lebih perlahan dan sentimen pasaran yang lebih berhati-hati.

Namun begitu, sektor kediaman terus menunjukkan daya tahan disokong oleh pertumbuhan harga rumah yang stabil, permintaan pemilik kediaman yang berterusan serta pelbagai insentif perumahan kerajaan.

Menurut Laporan Pasaran Harta Suku Tahun Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jumlah transaksi hartanah keseluruhan menurun 8.0 peratus tahun ke tahun kepada 89,966 transaksi pada suku pertama 2026.

Nilai transaksi turut mencatat penyusutan marginal sebanyak 0.6 peratus kepada RM51.09 bilion. Walaupun prestasi ini lebih perlahan berbanding tempoh sama tahun lalu, aktiviti pasaran masih dilihat stabil dan trend yang dilihat sekarang merupakan suatu yang selaras dengan jangkaan dalam suasana ekonomi yang lebih mencabar.

Segmen kediaman kekal menjadi tunjang utama pasaran, dengan harga rumah terus meningkat meskipun momentum transaksi lebih perlahan.

Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada 235.2 mata, menjadikan harga purata rumah di Malaysia sekitar RM507,533 seunit.

Pertumbuhan ini mencerminkan permintaan asas terhadap perumahan yang masih kukuh, khususnya di pusat bandar utama dan kawasan pinggir bandar yang berkembang pesat.

Kebanyakan negeri mencatat pertumbuhan harga rumah positif antara 0.3 peratus hingga 7.2 peratus, menandakan keyakinan pasaran yang masih baik walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Dari segi jumlah transaksi kediaman, Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 10.7 peratus dengan 52,936 transaksi bernilai RM22.60 bilion.

Walaupun kebanyakan negeri mencatat penyusutan aktiviti transaksi, empat negeri masih merekodkan pertumbuhan positif iaitu Kuala Lumpur sebanyak 0.2 peratus, Pahang (4.3 peratus), Terengganu (3.1 peratus) dan Sabah (2.4 peratus).

Mengikut jenis kediaman, rumah bertanah terus menjadi pilihan utama pembeli. Rumah teres dan rumah berkembar mendahului pertumbuhan harga dengan peningkatan masing-masing sebanyak 2.2 peratus, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap produk kediaman bertanah.

Unit kediaman bertingkat tinggi turut mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh permintaan di lokasi bandar dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Namun begitu, segmen pembangunan kediaman mula menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan dari segi bekalan. Pelancaran baharu kediaman menurun kepada 9,112 unit berbanding 12,498 unit pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penyusutan sebanyak 27.1 peratus.

Pemaju dilihat lebih berhati-hati dalam memperkenalkan bekalan baharu susulan kos pembinaan yang meningkat dan pembeli yang semakin selektif.

Pada masa sama, isu lambakan unit siap dibina tidak terjual terus menjadi cabaran utama pasaran. Jumlah kediaman siap dibina tidak terjual mencecah 32,801 unit dengan nilai RM16.37 bilion.

Apabila mengambil kira hartanah kediaman berstatus komersil seperti pangsapuri perkhidmatan dan SOHO, jumlah tersebut meningkat kepada 54,795 unit bernilai RM32.12 bilion pada suku pertama 2026.

Secara tahunan, jumlah lambakan meningkat 25.9 peratus dari segi bilangan dan 11.1 peratus dari segi nilai berbanding 43,510 unit bernilai RM30.71 bilion pada suku pertama 2025.

Mengikut julat harga, sebanyak 38.6 peratus unit tidak terjual terdiri daripada kediaman berharga antara RM200,001 hingga RM500,000 yang lazimnya dianggap dalam kategori mampu milik.

Sebanyak 23.4 peratus pula berada dalam julat RM500,001 hingga RM800,000, manakala hanya 13.2 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM1 juta.

Ini menunjukkan isu lambakan bukan semata-mata disebabkan faktor harga, tetapi turut dipengaruhi faktor lokasi, jenis produk dan padanan permintaan pasaran.

Subsektor pangsapuri perkhidmatan terus berdepan tekanan bekalan apabila unit siap dibina tidak terjual meningkat kepada 19,263 unit bernilai RM16.52 bilion berbanding 18,246 unit bernilai RM14.61 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Lambakan pangsapuri perkhidmatan meningkat 5.6 peratus, mencerminkan cabaran berterusan dalam menyerap pembangunan bercampur dan berorientasikan pelaburan, khususnya di kawasan dengan bekalan yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Melihat ke hadapan, prospek pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal berhati-hati tetapi stabil. Walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global boleh mempengaruhi sentimen pelabur, pelbagai inisiatif kerajaan dijangka terus menyokong sektor perumahan.

Antaranya termasuk lanjutan pengecualian penuh duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk rumah berharga sehingga RM500,000 sehingga akhir 2027.

Disokong oleh pembangunan infrastruktur dan inisiatif pembangunan berorientasikan transit di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pasaran kediaman negara dijangka terus berdaya tahan meskipun pertumbuhannya semakin sederhana dan akan bergerak seiring dengan paras kemampumilikan pembeli.

Penulis ialah Pengarah Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian