Pengguna Grab Berusia 30 ke atas Selalu Terlepas Benda Ini

Tim Majalah Labur adalah antara pengguna setia aplikasi Grab. Kewujudan Grab memang memudahkan kami untuk bergerak ke mana-mana.

(Teruja nak tulis pasal ni sebab tak sangka dah berjaya kumpul beribu mata ganjaran)

Sekarang Grab dah dilengkapi dengan GrabPay, jadi naik GrabCar menjadi semakin mudah dan selamat. Kalau lupa bawa dompet pun tak ada masalah. Kita hanya perlu masukkan info kad kredit/debit dan segala pembayaran selepas ini akan ditolak secara automatik.

GrabPay ini sama je konsep macam e-wallet lain. Contoh e-wallet yang lain adalah Boost, Razer Pay, Maybank Pay, Samsung Pay, Apple Pay, AliPay dan WeChat Pay.

Kegunaan GrabPay bukan hanya sekadar bayar semasa guna GrabCar atau GrabFood tetapi banyak lagi kelebihan lain.

GrabPay Credits

Kemaskini terbaru GrabPay adalah termasuk tambah nilai GrabPay Credits. Boleh tambah nilai credit yang ada dalam wallet ni dengan online banking, credit/debit atau boleh pergi ke kedai 7-Eleven yang berdekatan untuk topup. Ciri ini membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai servis daripada Grab seperti tempahan perjalanan GrabCar, penghantaran makanan GrabFood dan juga pembayaran di kedai seperti Tealive.

Apa bagusnya GrabPay Credits ni?

Contohlah…Katakan anak anda tiba-tiba tak cukup duit nak bayar GrabCar.
Jangan risau. Transfer sahaja kredit tadi dengan masukkan nombor telefon anak. Mudah bukan?

Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh topup kredit ke dalam telefon sendiri menggunakan GrabPay untuk semua rangkaian termasuklah Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom. 

Paling best siap boleh dapat mata ganjaran (reward points) bagi setiap transaksi tadi. Mata ganjaran ni pula kita tebus balik untuk dapat ganjaran (rewards). 

Rewards GrabPay Sememangnya Tidak Mengecewakan!

Tahukah anda setiap kali anda menggunakan servis yang ada dalam Grab anda dapat kumpul mata ganjaran?

Sebelum ni memang tak perasan, tapi rupa-rupanya dah ada kumpul dekat 6,096 points. Jadi dah godek ke belum rewards apa yang anda dah layak dapat? *Mengikut kajian kami, mereka yang berusia 30 ke atas memang selalu tak perasan ada benda ni.

Fuh, macam-macam ada bro…Dari diskaun sampailah boleh dapat barang-barang free.

Baik hati betul Grab ni.

Tapi kena tolak dari mata ganjaran yang anda dah kumpul bila hari-hari naik GrabCar atau pesan makanan dari GrabFood.

Perlu diingat bahawa mata ganjaran anda yang tidak digunakan akan tamat pada akhir selepas tempoh ganjaran selepas ia diperolehi.

Jom tengok GrabRewards yang boleh kita tebus menggunakan mata ganjaran yang dah dikumpul.

Grab:
Boleh guna untuk dapatkan diskaun semasa guna GrabCar atau GrabFood.

RM5 off untuk GrabCar (590 points)
RM10 off untuk GrabCar (1,150 points)
RM20 off untuk ke Lapangan Terbang (2,370 points)
RM5 off untuk tempahan GrabFood (590 points)

Food & Beverage:

The Coffee Bean & Tea Leaf – RM3 off (250 points)
Llaollao – RM10 off (1,200 points)
Baskin Robbins – RM5 off (800 points), percuma 1 scoop junior (900 points), percuma 10 pints (20,000 points)
Starbucks – RM3 off (500 points)
Texas – percuma Chicken Combo (800 points)

Haritu sempat juga tebus 1 minuman percuma Tealive (900 points). Tapi promosi tu dah habis, tak sempat nak screenshot.

Shopping:

Sephora – RM10 off (1,500 points)
Hermo – RM 5 gift voucher (300 points)
Zalora – RM10 off (1,500 points)

Entertainment:

MBO – 1 movie voucher (1,600 points)
TGV – 1 movie Ticket (1,600 points)
GSC – RM5 off online (800 points)

 

Lagi banyak naik GrabCar dan order GrabFood, lagi banyak dapat rewards point. Maka lagi banyaklah boleh tebus reward dia.

 

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.