Nestlé Malaysia Semakin Mantap Dengan Pertumbuhan Jualan e-Dagang

KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Bhd berkata jualannya meningkat sekali ganda menerusi e-dagang Shopee Malaysia dalam tempoh setahun usaha samanya dengan pasaran dalam talian itu.

Ketua e-Dagang dan Nescafé Dolce Gusto, Nestle Malaysia, Joshua Zhu, berkata pada Mac 2017, pihaknya menyertai Shopee Malaysia sebagai peluasan berterusannya dalam ruang e-dagang, yang membolehkan kumpulan nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan itu menembusi segmen baharu pengguna dan membangunkan pangkalan asas pembeli setia dalam talian.

“Kami bangga menjadi antara syarikat awal yang mengguna pakai e-dagang dalam kalangan penggiat makanan dan minuman di Malaysia.

“Pendekatan peniagaan kami yang progresif adalah demonstrasi pandangan kehadapan dan fleksibiliti kami dalam mengaplikasikan teknologi bagi merealisasikan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia dalam kalangan individu dan keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yang Berbahagia Datuk Muez bin Abd Aziz, Deputy Secretary General of Consumerism and Management [second from left] together with Mr. Chew Soi Ping, Executive Director, Sales Nestlé Malaysia Berhad [first from left], Mr. Joshua Zhu, Head of E-commerce & NDG Nestlé Malaysia Berhad [third from left] and Mr Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee [fourth from left] taking away the Shopee Seller of the Year Award.
Dengan menyertai semua kempen Shopee, Nestlé dapat mencapai segmen pengguna baharu dan membangunkan asas pembeli dalam talian yang setia.

Sehingga kini, Nestlé mempunyai lebih daripada 700 produk unik yang tawarkan menerusi platform e-dagang, termasuk Milo, Maggi, Nescafe dan Lactogrow yang memenuhi keperluan pengguna setiap kumpulan umur.

Prestasi kukuh itu berjaya menempatkan Nestlé pada kedudukan teratas dalam kategori runcit di Shopee, yang membawa kepada kemenangan kumpulan itu sebagai Penjual Terbaik Tahunan pada Anugerah Penjual Shopee 2018.

Pengurus Kategori Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, berkata 2018 adalah tahun kejayaan bagi Nestle dengan banyak produknya laris di Shopee.

“Kami menyambut baik pendekatan mereka dan yakin bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih besar dan lebih baik untuk Nestlé dan Shopee,” katanya. –BERNAMA

Kredit: BH Online / Bernama

Jualan Meningkat, Harga Saham Meningkat Sama?

Sumber: Bursa Marketplace

Masih ramai ke yang tak tahu bahawa saham Nestle ada disenaraikan di Bursa Malaysia? Dan ianya merupakan saham paling mahal harganya, mencecah RM140 seunit.

Ini bermakna, minima pembelian saham Nestle bersamaan dengan 1 lot, kosnya mencecah RM14,000!

Tengok sendiri bagaimana keuntungan syarikat adalah sebanyak RM668 juta? Apa akan jadi kalau jualan dijangka meningkat pada tahun 2019? Harga saham akan naik lagi atau tidak?

Lumrahnya, apabila permintaan terhadap barang keluaran syarikat meningkat, keuntungan syarikat meningkat, dicampur dengan pemberian dividen yang konsisten setiap tahun. Minat pembelian saham daripada orang ramai juga meningkat.

Bila semakin ramai orang minat nak beli saham syarikat, harga saham pun meningkat naik.

Bagi mereka yang baru nak kenal dengan pelaburan saham ni, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pos Malaysia Lantik 3 ‘Otai’ Baharu Mantapkan Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada 29 April 2026 telah mengumumkan pelantikan Datuk Shazril Imri bin Mokhtar dan Datuk Abdul Halim bin Hamzah sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, serta Encik Mano A/L Verabathran sebagai Pengarah Ganti kepada Datuk Abdul Halim bin Hamzah, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk memperkukuh komposisi Lembaga Pengarah dengan kepimpinan berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, perkhidmatan awam dan transformasi, selaras dengan aspirasi transformasi berterusan Kumpulan.

Datuk Shazril Imri bin Mokhtar membawa lebih 28 tahun pengalaman dalam telekomunikasi, strategi dan transformasi perniagaan, dengan rekod kukuh dalam menerajui perubahan organisasi berskala besar serta pengurusan perniagaan berorientasikan keuntungan. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, di mana beliau memimpin agenda transformasi syarikat, memperkukuh prestasi kewangan, keanjalan organisasi serta inisiatif berfokuskan pelanggan. Sepanjang kerjayanya, beliau turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan utama termasuk Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif unifi, serta peranan strategik lain dalam pengurusan prestasi dan strategi.

Datuk Abdul Halim bin Hamzah pula membawa hampir tiga dekad pengalaman cemerlang dalam sektor awam, dengan kepakaran mendalam dalam tadbir urus, dasar serta pentadbiran di peringkat nasional. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, jawatan yang disandang sejak 24 November 2025. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri. Pengalaman luas beliau merentasi pelbagai agensi kerajaan akan memperkukuh perspektif Lembaga dalam aspek pematuhan regulatori, keutamaan nasional dan penglibatan pemegang taruh.

Encik Mano A/L Verabathran, yang kembali sebagai Pengarah Ganti, mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, dengan kepakaran dalam infrastruktur telekomunikasi, penyelarasan antara agensi serta dasar strategik. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) di Kementerian Komunikasi. Antara jawatan terdahulu beliau termasuk Setiausaha Bahagian (Bahagian Antarabangsa), Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perdana Menteri, serta Timbalan Setiausaha Bahagian di Kementerian Pengangkutan. Pelantikan beliau turut menyumbang kepada kesinambungan dan pemahaman institusi, memandangkan pengalaman beliau sebelum ini bersama Lembaga Pos Malaysia.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan Pos Malaysia dalam membina organisasi yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan, sejajar dengan tujuan kami untuk membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.