Ini 3 Perkara Yang WeChat Pay Buat Bagi Mengatasi e-Wallet Lain di Malaysia

WeChat Pay yang baru dilancarkan pada Ogos 2018, kelihatan semakin berkembang maju. Siapa yang tak kenal dengan aplikasi WeChat yang berasal daripada negara China ni kan? Kini dengan WeChat Pay, ia memudahkan kita menjalankan transaksi tanpa tunai.

Untuk menjadikan mereka lain daripada yang lain dan mengatasi e-Wallet lain di Malaysia, WeChat Pay telah melakukan 3 perkara tersebut:

1. Mesin Layan Diri Digital

Jenuh nak cari duit kertas nilai kecil seperti RM1 dan RM5? Lagi parah kalau nak cari duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin layan diri atau vending machine ni.

Apa susah, pakai saja WeChat Pay, tak perlu lagi bawa wang kecil.

2. Pesan dan Bayar di Kedai Mamak

Tak hairan kalau restoran atau kafe ada menyediakan aplikasi atau POS untuk pesan makanan dan buat bayaran, tapi kedai mamak?

Lepas ni nak order teh tarik dan roti canai boleh guna WeChat Pay ni. Bayar secara cashless pun boleh.

Katanya peniaga pasar malam dan peniaga tepi jalan pun bakal gunakan WeChat Pay untuk kemudahan semua orang.

3. Isi Minyak

Fungsi WeChat Pay yang paling best, adalah fungsi ini. Pengguna boleh memilih stesen minyak dan jumlah minyak yang ingin dibeli, sampai saja di pam; kamera akan mengesan nombor plat kenderaan dan pam akan diaktifkan. Hebat kan? Semuanya dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Sampai, isi dan keluar sepantas yang mungkin.

Sumber: Fintech News Malaysia

Samada kita bersedia atau tidak, Malaysia sedang menuju ke arah pembayaran digital. Boleh tahan juga promosi WeChat Pay tahun lepas, Kopi Starbucks Hanya RM1. Lepas ni mesti ada promosi menarik lagi kan? Teh Tarik sekupang?

Boleh baca lagi di Gunalah E-Wallet – Jimat dan Nampak Bergaya untuk ketahui pelbagai lagi e-Wallet yang ada di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian