Marie Kondo, Ratu Yang Mengubah Dunia Pembersihan Dan Susun Atur Di Rumah

Negara Jepun merupakan negara yang paling bersih di dunia. Masyarakat Jepun merupakan yang paling berdisplin dan sangat pentingkan akan kebersihan. Oleh itu, tidak hairanlah negara Matahari Terbit ini mempunyai rakyat yang suka akan kebersihan kerana telah dididik semenjak di bangku sekolah lagi mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan.

Bagi penduduk Jepun, Marie Kondo merupakan seorang ikon yang tidak asing lagi dalam bidang pembersihan dan susun atur barangan untuk rumah kediaman atau pejabat.

Marie Kondo, ratu yang mengubah presepsi masyarakat mengenai konsep minimalist untuk membersih dan susun atur barang di rumah

Marie Kondo dilahirkan pada tahun 1984 di Tokyo Jepun. Beliau merupakan seorang konsultan yang berjaya dalam teknik pembersihan dan susun atur barangan kegunaan harian kita.

Beliau merupakan seorang yang begitu obses dengan menjaga kebersihan dan susun atur barang sejak berusia 5 tahun.

Sejak di bangku tadika lagi, Marie Kondo merupakan seorang yang suka akan kebersihan dan selalu mengemas rak-rak buku dan menyusun buku di kala kawan-kawan sekelasnya bermain di luar kelas. Beliau sangat sensitif dengan kebersihan dan penyusunan barang serta amat peka dengan keadaan sekeliling.

Semasa beliau masih belajar di Universiti Tokyo, beliau telah membuat konsultasi pada usianya 19 tahun. Syarikat konsultasi ini bertujuan untuk membantu orang ramai supaya tahu dengan betul cara untuk membersihkan tempat tinggal atau tempat kerja.

Pada permulaan perniagaan konsultasinya, Marie Kondo mengenakan bayaran sebanyak $100 untuk sesi konsultasi selama 5 jam. Perkhidmatan yang disediakanya mula mendapat tempat di hati pelanggan pada tahun ketiga penubuhan syarikatnya itu.

Oleh kerana perkhidmatan yang disediakan beliau mendapat permintaan yang sangat tinggi, Marie Kondo mempunyai senarai pelanggan yang terpaksa menunggu untuk membuat temujanji denganya selama 6 bulan. Setelah mendapat permintaan lebih daripada penawaran dalam perniagaannya itu, beliau telah mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada syarikatnya.

Marie Kondo telah menulis 4 buah buku yang merupakan best-seller dengan jualan sebanyak 8.5 juta naskhah di seluruh dunia, dan bergelar jutawan dengan mengajar dan memberi konsultasi cara yang betul untuk mengemas rumah.

Beliau telah membangunkan Kaedah KonMari untuk mengemas sesuatu tempat dengan cara yang betul.

Antara barangan yang disimpan yang menggunakan keadah KonMari yang di perkenalkan oleh Marie Kondo

Falsafah teori dan praktikal yang diguna pakai dalam Kaedah KonMari ini terbahagi kepada 6 perkara asas yang patut dilakukan sebelum mengemas kediaman ataupun tempat kerja.

1. Mesti Meyakinkan Diri Sendiri Untuk Mengemas Kediaman

Hal ini berkait rapat dengan mindset. Seseorang yang ingin mengemas rumah perlulah mempunyai keazaman dan matlamat yang jelas untuk melakukan perkara tersebut.

2. Membayangkan Kehidupan Yang Kita Mahu Semasa Melakukan Kerja Mengemas Rumah

Dengan berimiginasi yang jelas,kita akan mempunyai ideal yang jitu untuk melakukan kerja mengemas rumah. Tempat kediaman yang kita miliki itu juga akan mudah dikemaskan berdasarkan keinginan yang terbit dari hati nurani kita.

3. Memulakan Aktiviti Mengemas Dengan Membuang Barangan Yang Tidak Diperlukan

Tidak semua barangan wajib untuk kita kemaskan. Pertama, kita mesti membuang barangan yang betul-betul tidak diperlukan.

Dengan tindakan ini, ia akan menjadikan kerja mengemas dapat dijalankan dengan begitu mudah. Semakin banyak barangan yang dibuang, semakin mudah kerja mengemas boleh dijalankan dengan cepat dan teratur.

4. Mengemas Mengikut Kategori, Bukan Mengikut Lokasi

Dalam Teknik KonMari ini, Marie telah membangunkan satu keadah untuk barangan yang disimpan. Beliau membahagikan barangan yang disimpan kepada 5 bahagian iatu: pakaian, buku, kertas, lain-lain dan barangan yang mempunyai nilai sentimental.

5. Mengemas Mengikut Turutan Kategori

Semasa melakukan proses pengemasan barangan, setiap barang perlu disusun mengikut kategori  tersebut. Ia bagi memudahkan kepada kita semasa untuk memilih barangan yang perlu disimpan dan yang mana perlu dibuang.

6. Tanya Diri Sendiri Samada Gembira Dengan Melakukan Pengemasan

Setelah barangan siap disusun, kita boleh bertanyakan kepada diri kita mengenai barangan yang kita tidak perlu. Jika kita merasa sayang akan barangan tersebut, itu bermakna barangan tersebut boleh disimpan. Jika tidak, sebaliknya.

Setiap barang yang tidak diperlukan, kita mesti ucapkan terima kasih kepada barangan tersebut kerana pernah berbakti kepada kita.

Di antara koleksi buku yang ditulis oleh Marie Kondo yang mencapai jumlah jualan sebanyak 8.5  juta naskhah

Dengan teori dan praktikal yang ditulis di dalam bukunya ini, Marie Kondo telah dapat menarik hati golongan masyarakat dunia dengan kaedah yang diperkenalkannya. Buku yang dikeluarkanya itu telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan disenaraikan di antara buku jualan paling laris di Amerika Syarikat.

Oleh kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat Amerika Syarikat, Marie telah dilamar oleh pihak Netflix iaitu saluran untuk mempunyai rancangan realitinya sendiri. Rancangan realiti yang bertajuk “Tidying Up with Marie Kondo” merupakan rancangan yang mendapat sambutan hebat.

Dengan kejayaan yang dimiliki, beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 ikon yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2015.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Visa: Rakyat Malaysia Melancong Dengan Tujuan Lebih Jelas — Mengimbangkan Keselesaan, Perancangan Digital dan Keyakinan Pembayaran

Kuala Lumpur – Visa, pemimpin global dalam pembayaran, telah mendedahkan hasil penemuan baharu daripada kajian Tujuan Perjalanan Global 2026 edisi Malaysia, yang mendapati bahawa dalam gelombang kenaikan kos dan persekitaran global yang kian berubah, rakyat Malaysia tidak mengurangkan aktiviti perlancongan mereka – tetapi melakukannya dengan tujuan yang lebih nyata, mengutamakan destinasi yang lebih dikenali, merancang secara lebih praktikal dan memberikan lebih penekanan terhadap alat digital dan keyakinan pembayaran sebagai sebahagian daripada perjalanan pelancongan masing-masing.

Kajian  yang menjejak corak dan pilihan perjalanan global selama lebih 20 tahun ini, meninjau selidik lebih  daripada 47,000 responden di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 17,000 responden di Asia Pasifik dan kira-kira seribu responden di Malaysia.

Melancong lebih dekat, berpandukan matlamat dan pengalaman

Rakyat Malaysia kini semakin cenderung melancong di rantau ini, dengan hampir lapan daripada sepuluh responden (78%) memilih Asia Pasifik sebagai rantau utama untuk dikunjungi. Jepun mendahului sebagai destinasi pilihan utama, diikuti oleh Thailand, Indonesia, China, dan Singapura.

Walaupun faktor kebiasaan merupakan pertimbangan utama, keputusan berkaitan pelancongan kini dibuat lebih berdasarkan tujuan. Tujuan bersantai kekal sebagai dorongan utama (48%), di samping meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan (40%) dan meneroka pengalaman baharu (31%). Kemampuan (36%) dan keselamatan (31%) juga memainkan peranan yang semakin penting untuk membentuk pilihan destinasi. Ini mencerminkan trend yang lebih luas, di mana pelancong kini mengimbangkan keselesaan dengan penerokaan, mengutamakan pengalaman yang bermakna dan terurus.

Pelancongan berasaskan minat juga semakin mendapat perhatian, dengan rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk menghadiri acara global dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, seperti menyaksikan temasya sukan antarabangsa secara langsung, konsert dan pesta seperti Piala Dunia FIFA 2026™, Formula 1™ dan K-Pop — dan sekali gus memperlihatkan pengalaman kini semakin menjadi faktor yang menyokong keputusan pelancongan.

Perancangan digital kini mencorakkan semula cara rakyat Malaysia melancong

Seiring dengan tingkah laku perjalanan yang semakin teliti dan bermatlamat, perancangan perjalanan juga semakin dipacu oleh platform digital.  Rakyat Malaysia menggunakan kaedah yang lebih tersusun — dengan tumpuan utama terhadap penginapan dan pengangkutan, di samping semakan insurans, keperluan visa dan keadaan destinasi sebelum berlepas.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini pantas muncul sebagai sebahagian daripada proses ini, khususnya untuk menentukan keputusan perjalanan di peringkat awal. Dalam kalangan mereka yang menggunakan AI untuk merancang, 58 peratus memanfaatkannya untuk mencari destinasi baharu, manakala 54 peratus bergantung padanya untuk menyediakan jadual perjalanan. Pelancong juga menggunakan AI untuk membaca ulasan dan cadangan, dan juga membandingkan harga, menunjukkan bahawa alat digital bukan sahaja mengoptimumkan perjalanan — tetapi juga merupakan pengaruh yang semakin besar untuk menentukan destinasi pelancong, membantu mereka merancang dengan tahap ketelusan dan keyakinan lebih tinggi.

Selain perancangan, pembayaran juga menjadi sebahagian penting daripada persediaan perjalanan. Pelancong Malaysia secara proaktif menyemak kadar tukaran asing, penerimaan bayaran, keserasian kad dan keselamatan sebelum mereka berlepas — justeru menganggap pembayaran sebagai faktor penentu penting untuk pengalaman pelancongan yang lancar.

Pembayaran digital dan berasaskan kad terus memainkan peranan utama dalam cara rakyat Malaysia membuat pembayaran, dengan dompet mudah alih menjadi kaedah pembayaran yang paling banyak digunakan, manakala kad kekal sebagai alat pembayaran utama. Apabila para pelancong semakin bergantung kepada pilihan ini semasa merentasi sempadan, pembayaran digital yang lancar dan selamat merupakan faktor penting bagi memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk berjalan, berbelanja dan meneroka dengan mudah di mana sahaja mereka pergi.

Merancang keperluan awal, memastikan fleksibiliti di destinasi

Pelancong Malaysia kini lebih strategik daripada segi cara mereka mengatur perjalanan mereka — dengan merancang keperluan lebih awal, sambil meninggalkan ruang untuk keputusan spontan. Penginapan (86%), insurans perjalanan (85%) dan pengangkutan ulang alik ke destinasi (76%) lazimnya ditempah lebih awal, memberikan jaminan sebelum berlepas.

Bagaimanapun, sebaik tiba di destinasi, rancangan pelancong kekal fleksibel. Makan minum, pengangkutan tempatan, dan pengalaman yang ingin dinikmati lazimnya ditentukan lebih hampir atau semasa perjalanan, mencerminkan pilihan mereka untuk menyesuaikan perancangan dalam waktu semasa. Secara keseluruhannya, tingkah laku ini mencerminkan pendekatan terhadap perjalanan yang semakin berubah — perancangan dilakukan untuk membina keyakinan dan sikap fleksibel untuk menambah baik pengalaman pelancongan.

Bagi destinasi pelancongan, perniagaan dan pengeluar, peralihan ini membuka peluang baharu untuk melibatkan pelancong Malaysia dalam seluruh proses perjalanan — daripada inspirasi dan perancangan kepada tempahan dan pengalaman di destinasi. Seiring peralihan yang lebih mengutamakan digital dan berasaskan tujuan, pembayaran lancar dan selamat memainkan peranan semakin penting untuk memudahkan perjalanan — demi mengurangkan kerenah dan memberikan keyakinan kepada pelancong untuk lebih bebas mengembara merentasi sempadan.

“Hasil kajian Tujuan Perjalanan Global terbaharu mengesahkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengurangkan aktiviti pelancongan mereka — sebaliknya mereka merancang dan menikmatinya dengan lebih teliti dan berasaskan tujuan. Kami melihat lebih penekanan terhadap nilai, keselamatan dan pengalaman bermakna, memandangkan pelancong yang mengutamakan digital mengambil pendekatan lebih praktikal terhadap perancangan, dengan sokongan lebih besar daripada alat seperti AI. Apa yang penting sekarang adalah bagaimana kami dapat memudahkan pelancong di sepanjang perjalanan mereka — daripada penemuan dan perancangan kepada tempahan dan perbelanjaan — supaya mereka boleh meneroka, melakukan apa yang diminati dan mengembara dengan lebih yakin. Di sinilah pengalaman pembayaran yang lancar, selamat dan diterima secara meluas memainkan peranan kritikal, untuk membantu rakyat Malaysia bergerak merentasi sempadan dengan mudah di setiap peringkat perjalanan mereka,” kata Jason Phua, Ketua Pelanggan, Visa Malaysia.

Untuk mendapatkan kajian penuh Tujuan Perjalanan Global atau mengetahui lebih lanjut tentangnya, sila hubungi pasukan Strategi, Risikan dan Analitik Visa Asia Pasifik di APInsights&[email protected].

*Formula 1 ialah tanda dagang berdaftar yang dimiliki oleh Formula One Licensing B.V., anak syarikat Formula One Group.