Kekuatan Seorang Pelabur Saham Terletak Pada Huruf ‘M’?

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Goals boleh ditakrifkan sebagai Matlamat. Bersinonim juga dengan tujuan, objektif, sasaran, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, inspirasi, haluan dan sebagainya.

Manakala daripada segi maksud, matlamat boleh didefinisikan sebagai idea tentang keputusan pada masa hadapan atau perancangan yang ingin dicapai oleh seseorang individu atau kumpulan, atau pun organisasi.

Seseorang yang mempunyai Matlamat kebiasaannya menetapkan tarikh sejajar dengan pandangan asal mereka. Matlamatnya hampir sama dengan sasaran atau tujuan, yang bertindak balas dengan reaksi dan hasil pada pengakhiran sebuah misi.

Di antara teori awal yang dibangunkan bagi mengukuhkan sasaran sebuah Matlamat ialah, Goal-setting theory (Teori penetapan matlamat), telah diperkenalkan oleh Edwin A. Locke dan Gary P. Latham. Berdasarkan penyelidikan mendalam mereka telah merumuskan bahawa, teori tersebut sangat penting dan sesuai digunakan bagi membangunkan sebuah organisasi.

Menurut mereka lagi, berdasarkan teori  yang telah diperkenalkan pada tahun 2002 melalui kajian komprehensif merumuskan; semakin sukar sesebuah matlamat, semakin besar komitmen dan kesukaran yang dihadapi. Seseorang memerlukan pengetahuan tinggi dan matlamat yang jelas, bagi menyempurnakan misi mereka.

Berikut adalah di antara kriteria-kriteria yang ditekankan dalam teori penetapan matlamat, untuk mencapai matlamat yang diinginkan:

  • Matlamat sangat mengutamakan perhatian, fokus dan usaha ke arah aktiviti yang berkaitan dengan sebuah matlamat. Semakin sukar sebuah matlamat, semakin sukar usaha yang perlu diberi. Matlamat perlu seiring dengan peningkatan ketekunan seseorang. Matlamat memerlukan pengetahuan dan pelbagai strategi untuk di sempurnakan.
  • Hubungan positif di antara matlamat dan prestasi bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, matlamat mesti dianggap penting dan individu mesti melakukannya dengan sepenuh hati. Penetapan matlamat seseorang atau organisasi, boleh membantu meningkatkan prestasi, namun semuanya masih bergantung dengan prestasi individu itu sendiri. Bagi meningkatkan prestasi diri mereka dalam mencapai matlamat, mereka memerlukan tindak balas atau maklum balas positif terhadap matlamat mereka.
  • Teori mereka juga sangat mengesyorkan kita menggunakan formula analisa SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time-Bound), dalam mencapai matlamat. Namun bukan semua penyelidik bersetuju untuk menggunakan formula SMART, kerana ianya tidak termasuk mengenalpasti kesukaran atau halangan matlamat seseorang.
  • Locke dan Latham juga ada mengesyorkan bahawa, pemilihan sebuah matlamat tidak perlu terlalu sulit seperti memanjat dinding yang berkecondongan 90 darjah. Ini disebabkan hasil kajian mereka, bukan semua orang mampu menyempurnakan matlamat yang terlalu sulit dan payah untuk disempurnakan.
  • Matlamat boleh dipecah-pecahkan dalam pelbagai kategori jarak sesuatu masa. Mungkin ada matlamat boleh disempurnakan dalam jangka masa yang singkat, contohnya sehari. Mungkin ada matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh masa yang lebih panjang, contohnya lima tahun.

Sebagai seorang pelabur atau pedagang saham, apakah matlamat anda? Adakah anda sudah menyempurnakan matlamat tersebut?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Keuntungan Bersih Keyfield Naik 171 Peratus Kepada RM56.14 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Keyfield International Bhd melonjak sebanyak 171 peratus kepada RM56.13 juta bagi suku pertama 2026, berakhir pada 31 Mac 2026 berbanding RM20.67 juta pada suku pertama 2025.

Bagaimanapun, perolehan bagi suku tersebut susut 45.6 peratus kepada RM 47.18 juta daripada RM 86.74 juta pada suku pertama 2025, disebabkan oleh aktiviti penyewaan yang berkurangan sebanyak 55 peratus kepada RM32.7 juta.

Dalam satu pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini, Keyfield International mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 1.0 sen sesaham pada suku pertama 2026 yang akan dibayar pada 16 Jun, 2026.

Ketua Pegawai Kewangannya, Eugene Kang berkata pendapatan kapal terjejas oleh penggunaan lebih rendah pada suku tersebut kerana kebanyakan kapal disewa pada suku pertama adalah kapal tunda dan bekalan (AH’TS) bagi pengendalian kapal sauh, justeru permintaan dan penggunaan cenderung untuk kekal stabil sepanjang tahun.

“Kumpulan ini juga menghadapi kos operasi lebih tinggi terutamanya perbelanjaan bahan api, susulan kenaikan harga bahan api selepas tercetusnya perang pada awal bulan Mac.

“Harga bahan api meningkat sejurus selepas perang dan kekal tinggi. Sisi positifnya ialah sebaik sahaja kapal-kapal itu disewa dari awal April dan seterusnya, kebanyakan kos bahan api telah ditanggung oleh pelanggan,” katanya.

Sementara itu, kadar penggunaan menurun kepada 36.1 peratus untuk armadanya pada suku pertama 2026 daripada 44.1 peratus sebelumnya.Kang berkata Keyfield menjangkakan penggunaan akan meningkat secara progresif sepanjang suku akan datang, diunjurkan sekitar 70 peratus pada suku kedua dan melebihi 80 peratus pada suku ketiga, dan berpotensi mencapai 90 peratus, walaupun dok kering berjadual untuk satu atau dua kapal mungkin mengehadkan kemungkinan mencapai penggunaan penuh.

Beliau juga menjangkakan prestasi yang lebih baik pada suku keempat kerana projek yang dimulakan lewat tahun ini dijangka terus menyumbang pendapatan menjelang akhir tahun.

Mengenai operasi luar negaranya, Kang berkata Timur Tengah kekal sebagai pasaran utama kumpulan untuk kapal sokongan luar pesisir (OSV), memandangkan peranan dominan rantau ini dalam industri minyak dan gas global.

“Kami kini mempunyai lima kapal di Timur Tengah, dengan empat sudah beroperasi. Sebuah kapal, pada asalnya dijadualkan memulakan operasi pada akhir Mac atau awal April telah ditangguhkan hingga akhir Mei atau awal Jun disebabkan oleh kekangan bekalan.

“Secara keseluruhan, operasi Timur Tengah kami tidak terjejas oleh konflik tersebut kerana kapal-kapal tersebut tidak melalui Selat Hormuz,” katanya.

Walaupun Timur Tengah penting untuk mempelbagaikan asas pendapatannya, Kang berkata pengembangan lebih lanjut ke rantau ini membawa beberapa risiko dalam situasi semasa.

Mengenai momentum peningkatan pemberian tender tempatan, beliau berkata peluang muncul di semua rantau, walaupun Semenanjung Malaysia dan Sabah kini menyaksikan bahagian tender yang lebih besar berbanding dua hingga tiga tahun lepas.

Beliau berkata bahawa walaupun Sarawak terus menyumbang dari segi kontrak, tumpuan aktiviti tender telah beralih lebih kepada Semenanjung Malaysia.

— BERNAMA