Cara Melabur Seperti Phil Fisher, The Sherlock Holmes of Investing

Sebelum ini kami ada ceritakan kisah Phil Fisher: The Sherlock Holmes Of Investing. Beliau juga merupakan The Father Of Growth Investing, di mana Warren Buffett telah menjadikan beliau sebagai salah satu inspirasi dalam pelaburan.

Menurut Phil Fisher terdapat 3 elemen utama yang digunapakai oleh beliau ketika menjalankan aktiviti pelaburan:

  1. Pengumpulan maklumat
  2. Menilai maklumat yang telah terkumpul
  3. Mengambil tindakan

1. Pengumpulan Maklumat

Phil Fisher juga membaca penerbitan majalah kewangan, seperti Forbes, Fortune, Barron’s, dan The Wall Street Journal. Namun begitu, beliau lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat utama pelaburannya, melalui bual bicara, dengan pelabur profesional dan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan tersebut.

Beliau turut mengkaji laporan syarikat dan laporan penyelidikan saham yang telah disediakan.

Bagi pelabur biasa, kita boleh mendapatkan laporan syarikat dengan menghubungi jabatan perhubungan pelabur (firm’s investor relations department) atau melawat laman web syarikat tersebut secara langsung.  Nama pelanggan utama, pesaing, dan pembekal syarikat boleh ditentukan menerusi penyelidikan yang kita jalankan.

Contohnya website www.galegroup.com menjual pangkalan data seperti Infotrac, yang boleh digunakan untuk penyelidikan syarikat dan eksekutif yang menjalankannya. Pangkalan data ini mengandungi ringkasan artikel semasa dan masa lalu daripada majalah perniagaan, akhbar, jurnal perdagangan industri, laporan pelaburan dan banyak lagi.

2. Menilai Maklumat Yang Telah Dikumpul

Bagi menilai sejauh mana syarikat tersebut menepati kriteria-kriteria yang Phil Fisher inginkan, berikut merupakan senarai soalan-soalan yang akan ditanya:

• Adakah syarikat tersebut mempunyai CEO yang cemerlang dan pasukan pengurusan yang kuat?

• Adakah eksekutif syarikat tersebut jujur dan telus, dalam melaporkan masalah serta berita perniagaan kepada para pemegang saham?

• Adakah eksekutif syarikat tersebut, mempunyai rekod pencapaian dalam dasar polisi syarikat dan produk yang inovatif?

• Adakah syarikat tersebut mempunyai komitmen jangka panjang, untuk menghasilkan produk yang bernilai tinggi kepada pelanggan?

• Adakah syarikat tersebut mengekalkan hubungan cemerlang antara pelanggan dan pekerja?

• Adakah syarikat tersebut mempunyai kelebihan daya saing dan keupayaan untuk menghadapi perubahan?

• Adakah perniagaan tersebut berjalan lancar dengan keuntungan yang mampan dan meningkatkan jualan dan pendapatan dari masa ke semasa?

• Adakah saham terjual pada harga yang berpatutan berbanding potensi pendapatan jangka panjang dan harga saham masa hadapan?

Berdasarkan kajian pada tahun 1997 yang dilakukan oleh Profesor Sarah Mavrinac dan Tony Siesfeld, berikut merupakan langkah-langkah yang penting dalam melakukan penilaian dan analisa sesebuah syarikat secara menyeluruh:

• Pelaksanaan strategi korporat.

• Kredibiliti dan pengalaman dalam pengurusan.

• Kejujuran pihak pengurusan.

• Inovasi.

• Keupayaan syarikat untuk menarik dan mengekalkan orang berbakat.

• Kualiti produk yang diterima baik oleh pelanggan.

• Kepuasan pelanggan.

• Imej jenama produk mereka.

• Kualiti ketahanan Produk mereka.

• Masa dan kecekapan pembangunan produk baru.

• Kekuatan pemasaran dan pengiklanan.

Percayakah anda, kajian menyeluruh mereka telah pun digunapakai terlebih dahulu oleh Phil Fisher sekitar 80 tahun sebelum kajian mereka dipamerkan?

Bagi Fisher, adalah sangat penting untuk sesebuah syarikat dipimpin oleh pengurus yang berkaliber tinggi dan mempunyai penggunaan teknologi yang sangat baik. Ini kerana produk boleh menjadi usang dan persaingan adalah tinggi, lebih baik mempertimbangkan faktor untuk produk tersebut boleh berkembang.

Risiko teknologi perniagaan yang digunapakai oleh sesebuah syarikat, selalu dibahaskan semasa pembentangan laporan syarikat tersebut. Di dalam teknologi terkandung masalah lain seperti masalah tarikh luput dan kesulitan masalah yang lain.

Syarikat juga mungkin mengalami masalah kesukaran menarik dan mengekalkan kakitangan teknikal pemasaran dan pengurusan syarikat, kerana persaingan dan penggunaan teknologi yang semakin meningkat. Inovasi sering dikaitkan dengan penghasilan produk atau perkhidmatan yang unik, dan dianggap mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada produk pesaing.

Syarikat perlu menitikberatkan dan melakukan penambahbaikan terhadap struktur organisasi, penggunaan teknologi baru untuk meluaskan produktiviti, dasar berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan, faedah pekerja atau latihan, dan usahasama.

Bagi memberi gambaran asal bagaimana cemerlangnya Phil Fisher dalam menganalisa sesebuah perniagaan syarikat, ini adalah kisah ringkas beliau ketika menjalankan aktiviti pelaburannya.

Phil Fisher telah membeli saham Texas Instruments pada harga $14 seunit sebanyak 1,749.6 unit. Kemudiannya beliau telah menjual saham tersebut ketika berada di paras harga $93 dan telah mendapat keuntungan sebanyak $162,712.

3. Mengambil Tindakan

Yang terakhir sekali, barulah kita membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk membeli atau menjual sesuatu saham tersebut.

Asyik kaji, kumpul maklumat dan menilai maklumat tersebut – tapi tak berani untuk membuat tindakan pun susah juga. Kalau dah yakin dengan kajian kita tetapi takdir tidak menyebelahi kita, anggaplah kita tiada rezeki.

Yang penting kita cuba lagi dan lagi, kejayaan pasti jadi milik kita juga satu hari nanti.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.