Kenali Saham Sektor Perladangan Yang Sedang ‘Hot’

Samada kita perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini sektor perladangan kembali hangat. Ini berikutan harga komoditi terutamanya harga minyak kelapa sawit yang mencecah paras tertinggi sejak tiga tahun.

Tetapi tiada kaitan dengan kenaikan harga bawang di pasaran.

Sumber: Trading View

Indeks perladangan telah meningkat 14.47% tahun ini, naik mendadak sejak bulan Oktober yang lalu. Berbanding prestasi FBM KLCI yang telah merosot 3.55% sepanjang tahun 2019.

Syarikat Perladangan Yang Ada Di Bursa Malaysia

Rujukan: Trading Platform

Kalau diikutkan, terdapat 45 saham syarikat perladangan yang ada di Bursa Malaysia seperti di atas. Hanya 8 saham yang tak patuh Syariah, yang selebihnya halal untuk dijual-beli.

5 Saham Perladangan Patuh Syariah Yang Terbesar Di Malaysia

Bila disebut tentang yang terbesar, apa yang dimaksudkan adalah daripada segi Market Capitalisation. Ianya bersamaan dengan jumlah saham yang ada kali dengan harga saham semasa.

  1. Sime Darby Plantation
  2. IOI Corporation
  3. Kuala Lumpur Kepong
  4. Genting Plantation
  5. Batu Kawan

Nama pun besar, harga saham pun boleh tahan tinggi. Yang paling murah pun IOI Corporation pada harga RM4.72 seunit dan paling mahal adalah Kuala Lumpur Kepong pada harga RM25.00 seunit.

Mesti mampu pandang je kan harga tu? Ada yang harganya ‘murah’ sikit?

Kalau nak tahu, Fred Tam ada menyebut bahawa sektor perladangan merupakan salah satu daripada 5 sektor yang berpotensi bagi tahun 2020. Dan menurut beliau berikut merupakan 5 saham patuh syariah dalam sektor perladangan yang kita boleh perhatikan dan dimasukkan dalam watchlist.

5 Saham Perladangan Patuh Syariah Yang Hot:

  1. RSAWIT (Rimbunan Sawit)
  2. FGV (FGV Holdings)
  3. JTIASA (Jaya Tiasa Holdings)
  4. SOP (Sarawak Oil Palms)
  5. IJMPLNT (IJM Plantations)

Rimbunan Sawit

Sumber: Bursa Marketplace

Memang padu saham RSAWIT ni, harga saham naik 173% dalam masa setahun. Tapi awas, syarikat tengah rugi dan fundamental tak berapa nak kuat.

FGV Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

FGV pun mantap, naik 110% dalam masa setahun. Tapi syarikat mengalami kerugian yang agak besar, fundamental koyak.

Jaya Tiasa Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Lagi satu syarikat yang rugi, namun harga saham telah naik 115% dalam masa setahun.

Sarawak Oil Palms

Sumber: Bursa Marketplace

Akhirnya, ada juga syarikat yang untung dalam senarai. Harga saham SOP ini telah mencatatkan kenaikan sebanyak 97% dalam masa setahun.

IJM Plantations

Sumber: Bursa Marketplace

IJM Plantations pun syarikat yang untung, namun Earnings Per Share adalah negatif. Dalam masa setahun, harga saham telah naik sebanyak 68%.

Kalau nak trade short term, pastikan kita buat Technical Analysis sebelum beli. Kalau nak invest ke dalam syarikat untuk tempoh masa yang lebih panjang, buatlah Fundamenyal Analysis sebelum beli saham.

Kepada para pembaca yang baru follow kami dan nak belajar cara buat duit di pasaran saham, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berjaya Food Sekali Lagi Rugi, Kali Ini Sebanyak RM14.32 Juta

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd mencatatkan satu lagi kerugian pada suku yang baru berakhir apabila kos dan perbelanjaan terus melebihi pertumbuhan hasil yang kecil.

Kerugian bersih bagi pemegang francais rangkaian kopi Starbucks itu berjumlah RM14.32 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2026, suku ke-10 berturut-turut syarikat berada dalam kerugian.

Namun begitu, kerugian lebih rendah berbanding RM37.19 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025 hasil langkah kawalan kos dan penutupan kedai.

Hasil bagi suku dikaji meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM119.14 juta, sebahagian besarnya didorong oleh operasi luar negara.

Walau bagaimanapun, Berjaya Food Bhd kekal optimis terhadap prospeknya dengan menyatakan bahawa usaha-usaha terkini mula menunjukkan hasil.

“Kumpulan menjangkakan prestasi operasi dan kewangan akan terus kukuh, disokong oleh inisiatif pemasaran dan promosi yang berterusan, usaha rasionalisasi kedai yang sedang dijalankan, serta pendigitalan berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sama ada dalam talian mahupun di kedai,” katanya.

Berjaya Food kini giat mengembangkan operasi di luar negara sambil memperkukuh jenama lain dalam portfolionya termasuk Paris Baguette dan Krispy Kreme Doughnuts bagi mengekang kerugian berterusan.

Di pasaran tempatan pula, syarikat menutup cawangan Starbucks dan restoran Kenny Rogers Roasters yang tidak mencatatkan prestasi baik.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi kumpulan dan dijangka terus memberikan sumbangan positif pada suku akan datang, disokong oleh penambahbaikan lanjut dalam kecekapan operasi,” katanya.

— Berita Harian