Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini, kadar pinjaman hartanah tidak berbayar atau lebih dikenali sebagai Non Performing Loan (NPL) menunjukkan peningkatan yang dinamik.

Hartanah tidak berbayar atau NPL ini merupakan jumlah wang yang dipinjam di mana penghutang tidak membuat pembayaran berjadual untuk tempoh tertentu.

Walaupun unsur-unsur yang tepat dari status tidak berformat berbeza-beza, bergantung pada syarat pinjaman spesifik, “tidak ada pembayaran” biasanya ditakrifkan sebagai pembayaran sifar sama ada pokok atau bunga.

Tempoh yang ditentukan juga berbeza dan bergantung kepada industri dan jenis pinjaman. Walau bagaimanapun, pada amnya tempoh tersebut adalah 90 hari atau 180 hari.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Pada tahun 2011, purata pinjaman hartanah tidak berbayar di Malaysia adalah pada kadar RM6.87 bilion. Angka ini menurun kepada RM5.95 bilion pada 2012 dan menurun lagi kepada RM5.43 bilion pada tahun 2013.

Menjelang tahun 2014, angka NPL adalah pada angka RM5.08 bilion dan menurun kepada RM5.07 bilion pada 2015 dan meningkat kepada RM5.22 bilion pada tahun 2016.

Angka ini terus meningkat kepada RM5.57 bilion pada tahun 2017, RM5.99 bilion pada tahun 2018 dan akhirnya mencatatkan angka tertinggi pada suku ketiga 2019 dengan angka RM6.52 bilion. 

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Sungguhpun nilai NPL di Malaysia semakin meningkat, portfolio hartanah pada tahun 2011 adalah pada angka RM240 bilion. Manakala pada tahun 2019, angkanya meningkat kepada RM600 bilion

2 Punca Non Performing Loan Di Malaysia

Terdapat pelbagai faktor makro dan mikro yang menjadi punca kepada NPL di Malaysia. Dalam industri hartanah, terdapat sekurang-kurangnya dua punca kepada isu ini.

1. Dasar Pengembangan Monetari

Dasar pengembangan monetari adalah apabila bank pusat menggunakan pendekatan merangsang ekonomi.

Kesannya, bekalan wang akan bertambah, kadar faedah akan menurun dan meningkatkan permintaan pinjaman.

2. Pinjaman Perumahan Yang Mudah

Seiring dengan kempen Kerajaan yang menggalakkan peningkatan pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia, akses pinjaman perumahan dari bank juga telah dilonggarkan.

Kesannya, akan terdapat penghutang yang gagal membayar semula pinjaman mengikut tempoh dan sekaligus meningkatkan kadar pinjaman NPL.

4 Penentu Non Performing Loan Di Malaysia

1. Keluaran Dalam Negara Kasar

Kadar peningkatan tahap pertumbuhan KDNK sangat mempengaruhi kadar NPL. Dalam situasi pembiayaan hartanah, kapasiti pembayaran balik peminjam akan meningkat apabila kadar pertumbuhan KDNK meningkat.

Baca : Apa Itu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Dan apabila berlaku kejatuhan ekonomi yang mengurangkan menyebabkan pertumbuhan negatif KDNK, penghutang tidak mampu membayar hutang mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

2. Inflasi

Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kadar NPL dan tahap inflasi sebuah negara.

Tahap inflasi sebenarnya mempengaruhi peratus kadar faedah pinjaman hartanah. Apabila sebuah negara menghadapi tahap inflasi yang tinggi, peminjam berdepan kesukaran untuk membuat bayaran balik pinjaman haranah kerana peningkatan kos modal dalam pembiayaan mereka.

Akan tetapi, apabila inflasi mencapai satu tahap tertentu, nilai hutang dan kuantiti pinjaman hartanah akan berkurang menyebabkan akses pinjaman menjadi lebih mudah.

3. Kadar Pinjaman

Antara sebab lain kadar pinjaman hartanah tidak berbayar (NPL) meningkat adalah apabila kadar pinjaman dinaikkan.

Baca : Pembiayaan Perumahan Dilanjutkan Sehingga 40 Tahun. Bagus Ke Tak?

Apabila institusi kewangan meningkatkan kadar pinjaman, mereka secara tidak langsung telah meningkatkan komitmen peminjam dan mengurangkan keupayaan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman.

Begitu juga sebaliknya apabila kadar pinjaman bank dikurangkan.

4. Pendapatan Isi Rumah

Kesan daripada penurunan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan isi rumah menyebabkan kualiti pinjaman dan pinjaman tidak mampu dibayar mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Apabila pendapatan isi rumah mencapai satu jumlah pendapatan yang sesuai, maka kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman adalah lebih tinggi.

Baca : Harga Dan Transaksi Hartanah Malaysia 2008-2018

Kadar Non Performing Loan harus dikekalkan ke paras yang lebih stabil bagi mengelakkan pelbagai isu ekonomi di Malaysia.

Untuk itu, institusi kewangan perlu mengambil langkah proaktif dengan mengelakkan dasar pengembangan monetari dan akses pinjaman yang lebih mudah.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah kadar NPL mampu turun dalam masa terdekat. Apa yang pasti, keadaan ekonomi yang perlahan ini berkemungkinan besar akan berlanjutan untuk beberapa tahun lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman