Lima Perkara Penting Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Minggu Ini (16–20 Mac 2020)

Pasaran saham Wall Street melonjak tinggi pada hari Jumaat lepas (13 Mac 2020) sehari selepas menjunam pada Khamis (12 Mac). Tiga indeks utama di Bursa Saham New York (NYSE) yang terdiri daripada Dow Jones Industrial Average (DJIA), S&P 500, dan indeks komposit Nasdaq menokok lebih daripada 9%.

Walaubagaimanapun, prestasi NYSE sepanjang minggu lalu kekal negatif walaupun terdapat lonjakan pada saat akhir. Sekurang-kurangnya ia memberi nafas lega kepada pasaran dunia apabila Trump mengumumkan darurat di Amerika Syarikat (AS) sekaligus memudahkan beliau selaku Presiden AS mendapatkan dana kerajaan persekutuan bagi menanggani penularan virus Covid-19 di negara itu.

Apa yang menyebabkan kejatuhan pasaran sejak beberapa minggu ini adalah kebimbangan terhadap penularan koronavirus yang telah diisytiharkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sebagai pandemik baru-baru ini. Oleh itu, bagi menstabilkan semula pasaran, langkah drastik perlu diambil oleh kerajaan bagi menghalang virus ini dari terus menular.

Dalam hal ini, Presiden Trump bersedia untuk menyuntik dana sebanyak US$50 billion bagi mendepani masalah virus tersebut.

Dow Jones merekodkan junaman paling besar dalam sehari sejak tahun 1987 pada sesi dagangan Khamis (12 Mac) walaupun bank pusat (Federal Reserve) telah menyuntik sejumlah US$1.5 bilion kecairan ke dalam pasaran.

Walaubagaimanapun, pasaran dunia dijangka akan terus bergerak tidak menentu dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan kelemahan ekonomi global.

Ia sebenarnya bermula daripada kemerosotan permintaan dan penawaran oleh China berikutan serangan koronavirus sejak akhir tahun lalu. Penganalisa pasaran di JP Morgan, Bruce Kasman berpendapat, pertumbuhan ekonomi negatif akan direkodkan oleh kebanyakan negara sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Minggu ini tema pasaran masih berkisar dengan koronavirus dan usaha mengekangnya.

Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Federal Reserve Potong Kadar Lagi

Pemotongan kadar faedah tidak akan menyembuhkan koronavirus yang semakin menular tetapi para pelabur masih berharap Federal Reserve (The Fed) menggunakan mandatnya untuk menstabilkan pasaran.

Tidak sampai tiga minggu The Fed memotong kadar faedah, bank pusat itu sekali lagi menurunkan Fed Fund Rate secara mengejut pada pagi Isnin. Kadar diturunkan sehingga hampir kepada nilai sifar bagi memastika kecairan benar-benar mencukupi di Amerika Syarikat.

Bank pusat ini sepatutnya dijadualkan bermesyuarat pada pagi Khamis waktu Malaysia dan dijangka menurunkan kadar ketika itu. Tetapi jangkaan meleset, apabila pengerusinya Jerome Powell dengan mengejut menurunkan kadar faedah pada pagi tadi yang menunjukkan pandemic koronavirus benar-benar merisaukan The Fed.

Selain pemotongan kadar faedah, The Fed juga dijangka mengumumkan tindakan yang akan diambil untuk memastikan kecairan mencukupi di dalam pasaran. Ia juga berkemungkinan mengumumkan pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) yang pernah digunakan dalam tempoh krisis kewangan 2008 pada minggu ini.

Minggu lepas, The Fed cawangan New York berkata akan menyuntik kecairan sebanyak US$1.5 trillion ke dalam pasaran dan akan memulakan pembelian bon yang telah matang dalam usaha memastikan kecairan kekal mencukupi.

2. Bank Pusat Tiada Pilihan Lain

Selain Federal Reserve, minggu ini beberapa bank pusat utama dijadualkan bermesyuarat termasuk bank pusat Jepun dan Switzerland. Seperti yang semua maklum, The Fed dijangka akan menurunkan kadar faedahnya, manakala Jepun dan Switzerland akan terus menyokong kecairan dalam pasaran kewangan masing-masing.

Bank pusat China pada minggu lalu telah menurunkan Reserve Requirement Ratio (RRR) iaitu satu jumlah dana yang perlu disimpan di bank pusat mengikut kadar yang ditetapkan. Ini bermakna 550 bllion Yuan akan membanjiri sistem perbankan China bagi menyokong ekonomi sekaligus melonggarkan syarat pinjaman wang di negara itu bagi menggalakkan aktiviti pelaburan baru.

Sebelum ini, Rizab Bank Australia juga telah memutuskan penambahan AS$8.8 bilion ke dalam pasaran iaitu dua kali ganda daripada amaun yang biasanya dilepaskan ke dalam pasaran setiap hari. Minggu lalu juga menyaksikan bank pusat Kanada sekali lagi menurunkan kadar faedahnya secara mengejut walaupun telah menurunkannya pada mesyuarat 4 Mac 2020.

Selain daripada bank-bank pusat utama ini, penganalisa di Barclays juga meramalkan Indonesia, Filipina dan Taiwan akan mengikut jejak langkah pelonggaran dasar monetari pada minggu ini.

3. Eropah Pusat Penyebaran Koronavirus

Eropah kini menjadi pusat penyebaran gelombang kedua Covid-19 apabila kes semakin meningkat saban hari terutamanya di Itali. Amerika Syarikat juga telah menggantung penerbangan dari dan ke Eropah yang bakal memberi tekanan kepada operator-operator penerbangan.

Selepas Itali, Spanyol kini merupakan negara paling banyak merekodkan peningkatan kes di Eropah dengan tambahan 1,100 kes sehari. Liga-liga bola sepak telah digantung, tetapi penerbangan di kebanyakan negara Eropah kekal beroperasi walaupun permintaan telah jatuh mendadak.

Koronavirus juga telah menular lebih pantas di negara-negara Scandinavian dan Switzerland. Dalam beberapa minggu akan datang industri pengangkutan merentas Eropah bakal menerima dampak daripada virus Covid-19.

4. Volatility Pasaran Berterusan

Selepas merekodkan kejatuhan terbesar sejak 1987 pada Khamis lepas (12 Mac 2020) Wall Street melonjak semula pada hari berikutnya. Inilah yang kita gelarkan sebagai pergerakan yang tidak menentu dalam pasaran (volatility).

Bursa saham New York menggantung sesi dagangan sebanyak dua kali pada minggu lalu, iaitu pada Isnin dan Khamis di mana tercetusnya ‘circuit breaker’. Dagangan digantung dalam satu tempoh selepas S&P 500 jatuh sebanyak 7% pada hari yang sama.

Pasaran minyak mentah juga mengalami kejatuhan besar dan kini berada di paras yang rendah apabila Arab Saudi mengejutkan pasaran dengan tambahan pengeluaran minyak mentah pada Isnin (9 Mac). Ini adalah antara penyebab kejatuhan pasaran saham minggu lalu dengan permintaan yang merosot dari China disebabkan virus.

5. Rangsangan Fiskal Menentang Covid-19

Bank-bank pusat dunia majoritinya telah melonggarkan dasar masing-masing, tetapi ia tidak cukup untuk menggerakkan ekonomi dalam situasi sekarang. Isunya adalah kesihatan, di mana orang ramai bimbang dengan koronavirus yang memaksa mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Bagaimana ekonomi terus berjalan jika orang ramai takut untuk melakukan aktiviti di luar rumah?

Di sinilah pentingnya peranan kerajaan untuk memerangi koronavirus habis-habisan untuk menyekat penularannya. Usaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi ketika ini dengan rangsangan fiskal tidak guna sama sekali jika isu utama penularan virus tidak dikekang terlebih dahulu.

Oleh itu, kerajaan perlu mengeluarkan dana untuk merangsang usaha memerangi penularan Covid-19 agar keyakinan orang ramai dapat dipulihkan di samping memastikan mereka terus dapat bertahan dari segi komitmen kewangan. Beberapa negara di dunia telah mengumumkan dana khas bagi menentang virus ini dari merebak dan dapat dilihat tanda positif kepada pasaran pada Jumaat lepas apabila AS mengumumkan sejumlah US$50 bilion bagi memerangi penularan virus ini.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Saham Mana Yang Boleh Diperhatikan?

“Untunglah penjawat awam dapat naik gaji, kita kerja swasta dapat apa?”

Tidak lama lagi sahabat-sahabat kita yang bertugas di sektor awam akan menerima kenaikan gaji. Alhamdulillah rezeki mereka setelah sekian lama tiada penyelarasan gaji dibuat.

Kita yang bekerja di sektor swasta jangan pula dengki, apa kata kita cari peluang disebalik kenaikan gaji mereka. Mereka dapat naik gaji, kita dapat peluang.

“Peluang? Macam mana tu?”

Sumber: Berita Harian


Menurut penganalisis pasaran, kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan kesan positif kepada sektor automotif di Malaysia ini. Jadi kita nak buat apa lagi? Kajilah saham-saham sektor automotif yang ada. Jom kita lihat saham-saham sektor automotif di Malaysia.

1. Sime Darby Berhad

Sumber: Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad, satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Mungkin kita lebih kenal jenama ini dengan perniagaan berkaitan hartanah dan kelapa sawit, tetapi sebenarnya syarikat ini juga salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan mewah di Malaysia. 

Antara jenama yang ada adalah seperti BMW, Jaguar dan juga Hyundai. Jika kita perasan, jenama-jenama ini bukan hanya membekalkan kenderaan petrol, tetpi sudah mula rancak membekalkan kenderaan elektrik. Tidak lama lagi mungkin keluar kenderaan hidrogen pula!

“Orang kerajaan mana ada duit nak beli kereta BMW!”

Jangan risau, Sime Darby ini juga memiliki 38% saham syarikat Perodua. 

2. DRB-Hicom Berhad

Syarikat kedua pula, syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu yang sangat disegani. DRH-Hicom yang merupakan pemilik utama syarikat kenderaan sulung jenama Malaysia, Proton

Bukan itu sahaja, DRB-Hicom ini adalah pengedar rasmi jenama kegemaran bakal mertua kerja kerajaan, Honda!

Selain jenama Honda, jenama Mitsubishi dan Volkswagen juga memberikan kepercayaan kepada DRB-Hicom untuk mengedarkan kenderaan mereka di Malaysia.  

MBM-Resources Berhad

Syarikat MBM Resources Berhad mungkin satu jenama yang jarang kita dengar. Tetapi syarikat ini memiliki 20% saham syarikat kenderaan paling laku di Malaysia, Perodua

Selain itu, syarikat ini juga pengedar rasmi untuk kenderaan jenama Volvo dan beberapa jenama lain. 

Kebanyakan Jenama Kenderaan Diatas Juga Membekalkan Kenderaan Elektrik

Bila lagi nak tengok orang kerajaan menggunakan kenderaan lestari kan. Mungkin lepas ini kita nampak banyak kenderaan elektrik di Putrajaya?

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!