Ilmu Technical Analysis: Double Bottom dan Double Top

Sebelum ini, kami telah berkongsi satu artikel mengenai contoh reversal pattern yang sering digunakan, iaitu saucer/rounding bottom dan cup and handle. Kalau anda terlepas, boleh rujuk Ilmu Technical Analysis : Reversal Chart Pattern.

Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi contoh reversal pattern yang ramai orang guna dan mudah juga untuk difahami iaitu double bottom dan double top.

Reversal pattern ini terjadi apabila berlakunya perubahan momentum yang dapat mengubah pergerakan harga saham.

Double Bottom

Double bottom terbentuk apabila harga saham yang sedang bergerak secara downtrend membuat price correction sebelum menyambung pergerakannya secara downtrend sehingga paras support.

Harga saham pada paras ini telah menarik minat para pedagang untuk membuat belian sehingga menyebabkan pergerakan harga saham berubah kepada uptrend.

Pergerakan harga saham bagi double bottom menyerupai bentuk ‘W’.

Gambar diatas merupakan contoh double bottom di mana harga saham bergerak secara downtrend sehingga titik A dan membuat price correction sehingga titik B. Harga saham kemudiannya menyambung pergerakannya secara downtrend sehingga paras support pada titik C.

Harga saham yang tidak dapat melepasi paras support telah menarik minat para pedagang dan menyebabkan peningkatan pada jumlah belian sehingga menyebabkan peningkatan pada harga saham.

Belian juga boleh dilakukan pada titik D (breakout point) apabila harga saham melepasi paras resistance dan meneruskan pergerakan uptrend.

Double Top

Double top pula terbentuk apabila harga saham yang sedang bergerak secara uptrend membuat price correction sebelum menyambung pergerakannya secara uptrend sehingga paras resistance.

Harga saham pada paras ini dianggap tinggi dan para pedagang lebih cenderung untuk membuat jualan sehingga menyebabkan pergerakan harga saham berubah kepada downtrend.

Pergerakan harga saham bagi double top menyerupai bentuk ‘M’

Gambar di atas merupakan contoh double top di mana harga saham bergerak secara uptrend sehingga titik A dan membuat price correction sehingga titik B.

Harga saham kemudiannya menyambung pergerakannya secara uptrend sehingga paras resistance pada titik C. Harga saham yang tidak dapat melepasi paras resistance telah menyebabkan para pedagang mula hilang minat tehadap saham ini dan berlaku peningkatan pada jumlah jualan sehingga menyebabkan penurunan pada harga saham.

Bagi pedagang yang merupakan pemegang saham ini, jualan boleh dilakukan pada titik D (breakout point) apabila harga saham melepasi paras support dan meneruskan pergerakan downtrend.

Harus diingatkan, reversal pattern lebih sesuai jika digunakan pada jangka masa sederhana dan panjang. Ini membolehkan pelabur dan pedagang menjangkakan pergerakan harga saham dengan lebih jelas, memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Mari lihat satu contoh di bawah iaitu Top Glove.

Sumber: Trading View

Sebuah saham yang menjadi kegilaan ramai iaitu Top Glove telah membuat Double Top dan gagal menembusi paras rintangan iaitu RM9.62. Bayangkan kita membaling bola ping pong dan terkena siling rumah anda, sudah tentu bola ping pong tersebut pantul semula ke lantai. Betul tak?

Hal yang sama terjadi pada saham Top Glove apabila saham tersebut menyentuh paras rintangan lalu ia melantun semula ke bawah. Kali ini harga saham Top Glove turun sehingga paras sokongan iaitu di sekitar RM6.43.

Para pembeli menyokong harga tersebut agar tidak jatuh ke paras yang lebih rendah. Corak atau pattern yang boleh dilihat di sini adalah pembetukan Double Bottom pula.

Double Bottom adalah corak candlestick di mana harga saham menyentuh paras sokongan sebanyak dua kali dan seterusnya melantun naik semula ke atas. Apabila harga saham menyentuh paras sokongan sebanyak dua kali ia akan cenderung membuat satu corak seperti huruf ‘W’.

Hala tuju Top Glove selepas ini dilihat sedang menuju ke arah paras rintangan semula. Paras rintangan adalah pada RM9.62 dan sekiranya ia berjaya menembusi harga tersebut Top Glove akan cenderung untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2026

Pasaran saham sentiasa bergerak dalam dua arah ada saham yang melonjak tinggi dan ada juga yang mengalami penurunan ketara. Walaupun bulan Mei 2026 menyaksikan beberapa kaunter patuh syariah mencatatkan prestasi cemerlang, terdapat juga beberapa saham yang berdepan tekanan jualan dan sentimen negatif sehingga menyebabkan harga saham mereka susut sepanjang bulan tersebut.

Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Mei 2026.

1. P.I.E. Industrial Berhad

P.I.E. Industrial Berhad muncul sebagai saham patuh Syariah paling rugi bagi bulan Mei 2026 dengan kejatuhan sebanyak 25.7%.

Menariknya, saham ini pernah berada dalam senarai saham paling untung pada bulan sebelumnya. Situasi ini membuktikan bahawa sentimen pasaran boleh berubah dengan pantas, terutamanya bagi saham yang mengalami kenaikan atau penurunan besar dalam tempoh singkat.

2. UEM Sunrise Berhad

Di tempat kedua ialah UEM Sunrise Berhad yang mencatatkan penurunan sebanyak 17.5%.

Sektor hartanah sering dipengaruhi oleh sentimen ekonomi, kadar faedah dan keyakinan pembeli. Sebarang perubahan terhadap faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada pergerakan harga saham syarikat dalam sektor tersebut.

3. Ann Joo Resources Berhad

Ann Joo Resources Berhad berada di kedudukan ketiga dengan kejatuhan sebanyak 17.2%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam industri keluli dan bahan binaan, prestasinya sering berkait rapat dengan harga komoditi, aktiviti pembinaan dan permintaan industri.

4. KJTS Group Berhad

Di tempat keempat ialah KJTS Group Berhad dengan penurunan sebanyak 16.8%.

Saham ini pernah tersenarai sebagai antara saham paling rugi pada awal tahun 2026. Kejatuhan berterusan menunjukkan bahawa sentimen pelabur terhadap kaunter ini masih belum pulih sepenuhnya.

5. TSH Resources Berhad

TSH Resources Berhad mencatatkan penurunan sebanyak 14.9%.

Sektor perladangan lazimnya dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah (CPO), kos operasi dan permintaan global. Sebarang kelemahan dalam faktor-faktor ini boleh memberi tekanan kepada harga saham.

6. CTOS Digital Berhad

Di kedudukan keenam ialah CTOS Digital Berhad dengan kejatuhan sebanyak 14.5%.

Sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan data dan penilaian kredit, saham CTOS sering menjadi perhatian pelabur institusi dan runcit. Namun, sentimen pasaran semasa turut memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan harganya.

7. Dialog Group Berhad

Dialog Group Berhad merekodkan penurunan sebanyak 14.2%.

Menariknya, Dialog pernah berada dalam senarai saham paling untung bagi Mac 2026. Perubahan ini sekali lagi menunjukkan bahawa prestasi saham boleh berubah dalam tempoh yang singkat bergantung kepada sentimen dan faktor pasaran semasa.

8. Supercomnet Technologies Berhad

Supercomnet Technologies Berhad berada di tempat kelapan selepas mencatatkan penurunan sebanyak 13.3%.

Syarikat dalam sektor teknologi lazimnya mempunyai tahap volatiliti yang lebih tinggi berbanding sektor defensif, menyebabkan harga saham boleh bergerak dengan lebih agresif.

9. Oriental Kopi Holdings Berhad

Di tempat kesembilan ialah Oriental Kopi Holdings Berhad dengan kejatuhan sebanyak 13.1%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam sektor pengguna dan makanan & minuman, prestasi sahamnya banyak dipengaruhi oleh pertumbuhan perniagaan, margin keuntungan dan sentimen pengguna.

10. Insights Analytics Berhad

Melengkapkan senarai ialah Insights Analytics Berhad dengan penurunan sebanyak 13.0%.

Syarikat yang beroperasi dalam sektor teknologi dan analitik data ini sebelum ini pernah mencatatkan prestasi memberangsangkan, namun turut tidak terlepas daripada tekanan jualan pasaran.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Daripada senarai bulan Mei 2026 ini, beberapa perkara penting boleh diperhatikan:

1. Saham yang pernah untung besar juga boleh jatuh

P.I.E. Industrial, UEM Sunrise dan beberapa saham lain pernah mencatatkan prestasi yang baik sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa keuntungan besar tidak menjamin momentum akan berterusan.

2. Kepelbagaian sektor dalam senarai

Senarai kali ini melibatkan pelbagai sektor termasuk teknologi, hartanah, perladangan, industri dan pengguna. Ini menunjukkan bahawa risiko pasaran boleh berlaku kepada mana-mana sektor.

3. Volatiliti adalah sebahagian daripada pelaburan

Pergerakan naik dan turun harga saham adalah perkara biasa dalam pasaran. Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai strategi pengurusan risiko yang jelas dan tidak membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata.

Kesimpulan

Bulan Mei 2026 membuktikan bahawa pasaran saham bukan hanya mengenai mencari saham yang paling untung, tetapi juga memahami risiko yang datang bersama setiap pelaburan.

Senarai saham patuh syariah paling rugi ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memahami perubahan sentimen pasaran dan mengenal pasti kaunter yang sedang berdepan tekanan jualan.

Namun begitu, pelabur perlu sentiasa mengingati bahawa:

✅ Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan
✅ Penurunan harga tidak semestinya bermaksud syarikat mempunyai fundamental yang lemah
✅ Kajian dan analisis sendiri tetap penting sebelum membuat keputusan pelaburan