6 Khairat Kematian atau Bantuan Pengurusan Jenazah Yang Boleh Kita Tuntut

Biasa kan kita dengar khairat kematian? Rasa-rasa macam selalu dengar tapi kurang pasti fungsinya. Khairat kematian ni fungsinya seakan-akan macam takaful tetapi pelaksanaannya adalah berbeza.

Fokus khairat kematian adalah untuk membantu proses dan kos pengurusan jenazah berbanding takaful yang fokusnya adalah bagi rawatan perubatan dan pampasan kematian.

Khairat kematian adalah penting kerana pada waktu tersebut kita memerlukan wang segera dan bayangkan jika kita tidak mempunyai simpanan?

Sebagai contoh, kos pengurusan jenazah adalah seperti di bawah:

Kos peralatan dan upah mandian: RM150
Kos peralatan dan upah kafan: RM180
Kos pengangkutan: RM180
Kos gali kubur: RM300
Bayaran Ihsan Talqin: RM100
Jumlah: RM910

RM910 mungkin nilai yang kecil bagi sesetengah orang, tetapi nilai tersebut mungkin besar bagi mereka yang susah.

Selain daripada khairat kematian masjid, terdapat juga khairat atau bantuan pengurusan jenazah yang jarang kita tahu.

Berikut disenaraikan 6 jenis khairat, faedah, atau bantuan pengurusan jenazah yang jarang kita ambil tahu:

1. Khairat Kematian SSPN i-Plus

Bagi yang tak tahu, SSPN atau nama panjangnya Skim Simpanan Pendidikan Nasional bertujuan menggalakkan ibu bapa menabung bagi menampung kos pendidikan anak-anak di masa hadapan. Apa pulak i-Plus?

SSPN i-Plus ni adalah kesinambungan daripada SSPN tetapi dibuat dalam bentuk komitmen di mana pendeposit perlu membayar sejumlah amaun mengikut pakej yang ditawarkan. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM30 sebulan.

Konsepnya adalah bersandarkan takaful dan simpanan. Sebagai contoh, bayaran RM30 sebulan akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu RM20 bagi simpanan dan RM10 bagi caruman takaful. Itulah perbezaan SSPN dengan SSPN i-Plus dimana SSPN tiada komitmen, manakala SSPN i-Plus berbentuk komitmen.

Bagi komitmen serendah RM30, khairat kematian yang layak dituntut adalah sebanyak RM2,500 bagi kematian pasangan dan pendeposit.

Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.sspn.online/

2. Khairat Kematian Takaful

Amaun yang boleh dituntut adalah bergantung kepada pelan yang diambil. Beban keluarga boleh diringankan melalui pembayaran Khairat / Ehsan Kematian semasa orang dilindungi meninggal dunia.

Kebiasaannya, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan sekurang-kurangnya permit pengebumian dan dokumen yang mengesahkan hubungan kekeluargaan. Maklumat lanjut boleh hubungi ejen atau layari laman web produk takaful yang kita carum.

Jangan lupa maklumkan kepada waris jika ada mencarum dengan sebarang jenis produk takaful supaya proses tuntutan menjadi mudah dan cepat.

3. Faedah Kematian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pembayaran sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris. Permohonan perlu dibuat dalam masa 6 bulan selepas kematian. Di antara syarat untuk mendapat faedah ini adalah simati perlu berusia bawah 60 tahun dan masih mempunyai simpanan dengan KWSP.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.kwsp.gov.my

4. Faedah Pengurusan Mayat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang yang layak seperti yang dinyatakan dalam Akta, sekiranya pekerja meninggal dunia akibat sebarang sebab.

Jika tiada orang sedemikian, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian itu. Bayaran adalah sebanyak RM2,000 tertakluk kepada perbelanjaan sebenar pengurusan jenazah, mengikut mana yang lebih rendah.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.perkeso.gov.my

5. Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup (BSH)

Jangan tak tahu, BSH ada menyediakan khairat kematian sebanyak RM 1,000 yang akan dibayar kepada waris. Di antara dokumen yang diperlukan semasa proses tuntutan adalah seperti sijil kematian, kad pengenalan waris, dan dokumen pembuktian pertalian antara penerima BSH dan waris.

Maklumat lanjut boleh layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/

6. Khairat Kematian Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Khairat ini dinamakan Skim Kafalah Muzakki iaitu satu bentuk bantuan PPZ-MAIWP kepada pembayar zakat. Bayaran adalah sebanyak RM3,000.

Di antara kriteria untuk mendapat skim ini adalah pembayar zakat di PPZ-MAIWP, pembayaran zakat bermula tahun 2019, bayar zakat minimum RM50 setahun, dan tuntutan perlu dibuat 6 bulan selepas kematian.

Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.zakat.com.my/

Semoga dengan artikel ini dapat membantu pembaca membuat tuntutan selaku waris apabila berlaku sebarang kematian kelak. Kadang-kadang benda memang dah ada depan mata, tapi sebab kurang kesedaran, faedah yang boleh dinikmati terlepas begitu sahaja.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.