Mercedes Menguasai Pasaran Kenderaan Mewah Dunia Termasuk Di Malaysia Pada Tahun Lepas

Segmen kenderaan mewah merupakan segmen yang penting di dalam industi automotif terutamanya bagi pelanggan yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat.

Jenama yang tidak asing lagi bagi dunia automotif adalah jenama kenderaan dari Jerman yang terdiri daripada pengeluar kenderaan mewah yang menjadi pilihan orang ramai.

Tiga pemain utama jenama kenderaan dari Jerman adalah Mercedes-Benz, BMW dan juga Audi yang menguasai hampir 80% pasaran dunia. Di antara ketiga buah jenama tersebut, hanya BMW dan Mercedes-Benz sahaja yang terkedepan memegang pasaran segmen kenderaan mewah di dunia.

Kedua-dua syarikat ini merupakan pilihan orang ramai bagi segmen kenderaan mewah di dunia. Jika sebelum ini, syarikat BMW telah berjaya mendominasi pasaran segmen kenderaan mewah untuk sekian lama dan mengelarkan kenderaan keluaran mereka dengan jolokan Ultimate Driving Machine. Namun, kini BMW tidak lagi boleh mendabik dada dengan gelaran tersebut.

Syarikat Daimler melalui kenderaan Mercedes-Benz telah berjaya mengambil pasaran segmen kenderaan mewah daripada BMW sejak tahun 2016 lagi. Syarikat Daimler di bawah pengurusan Dr. Dieter Zetsche telah memberi saingan yang hebat kepada BMW dan segala strategi perancangan yang dilakukan oleh beliau telah membuahkan hasil.

Di anatara strategi yang digunapakai oleh Daimler adalah dengan mengeluarkan pelbagai jenis model baru yang mengikut citarasa seperti disasarkan kepada golongan muda. Daimler juga mempelbagaikan pilihan harga untuk model yang baru.

Selain itu juga,kepuasan pelanggan amat dititikberatkan bagi menjaga reputasi jenama Mercedes-Benz.

BMW di bawah pengurusan Harald Krueger pula dilihat hilang arah tujuan terhadap perkembangan Syarikat BMW. Beliau yang dilihat tidak membawa perubahan yang drastik terhadap perkembangan jualan kenderaan BMW dan hanya bahagian pengeluaran motosikal sahaja yang memberi keuntungan kepada syarikat.

Beliau yang mula menjawat jawatan sebagai CEO untuk BMW pada tahun 2015 dan bermulalah era kejatuhan BMW di dalam persaingan pasaran kenderaan mewah. Ketika Krueger memegang jawatan sebagai CEO Syarikat BMW, harga saham BMW didagangkan pada harga €102.50 untuk satu unit dan kini harga untuk saham syarikat tersebut adalah €66.84 (Ketika beliau meletak jawatan sebagai CEO)

Selain itu juga, BMW telah  didenda oleh makahamah di bawah undang–undang antitrust law yang membawa kerugian sebanyak €1.4 billion kepada BMW pada tahun lepas.

Persaingan dengan pengeluar kereta elektrik dari Tesla, BMW juga dilihat sukar untuk memecah dominasi dan ketinggalan jauh di belakang. Di bawah pengurusan Krueger, BMW dilihat tidak begitu agresif dalam menghasilkan kenderaan elektrik.

Syarikat Daimler pula yang dilihat semakin ke hadapan dalam menjaga segmen pelanggan mereka.

Dr. Dieter bermula sebagai seorang jurutera di syarikat tersebut pada tahun 1970-an dan mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang kejuruteraan dan membolehkannya memahami kehendak orang ramai mengenai kenderaan.

Beliau juga merupakan tiga tokoh besar didalam industri automotif dunia yang lama memagang jawatan sebagai CEO syarikat kenderaan selepas Carlos Ghosn yang menjadi CEO untuk Nissan dan Sergio Marchionne dari Fiat.

Apa yang unik mengenai tiga ikon automotif ini adalah hanya Dr. Dieter sahaja yang masih menonjol dan bersara pada tahun lepas sedangkan Carlos telah mengalami skandal pecah amanah yang menyelubungi dirinya manakala Sergio telah meninggal dunia pada tahun 2018.

Dengan kejayaan yang dibawa oleh Daimler di seluruh duniai, Malaysia juga tidak terkecuali menerima perkembangan positif pasaran kereta mewah. Syarikat tersebut berjaya mengusai pasaran kenderaan mewah pada tahun lepas meninggalkan pesaing mereka termasuk BMW.

Rakyat Malaysia yang gemar akan pembaharuan yang dibawa oleh syarikat tersebut dan menyumbang kepada peningkatan jualan kereta Mercedes-Benz di dalam segmen pasaran mewah. Adakah anda bakal menjadi penyumbang kepada jualan kereta Mercedes-Benz tahun ini?

Untuk bacaan yang menarik mengenai model turbo Mercedes-Benz, klik di sini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.