Elon Musk Guna Strategi Jeneral Sun Tzu Dengan Membuka Kilang Tesla Di China

Syarikat Tesla meneruskan penguasaan segmen kenderaan elektrik di dunia dengan membuka kilang untuk pengeluaran Tesla Model 3 dan Model Y. Model 3 adalah merupakan kenderaan eletrik yang paling laris didunia pada tahun lepas berbanding dengan kenderaan elektrik dari syarikat yang lain.

Dengan kejayaan yang dimiliki oleh Model 3, Elon Musk telah meluaskan lagi pasaran kereta ini dengan membuka kilang terbaru untuk syarikat tersebut di Shanghai, China.

Tesla Model 3 merupakan kenderaan elektrik paling laris di dunia

China merupakan negara terbesar dalam menghasilkan kenderaan dunia, termasuklah kenderaan berkuasa enjin petrol dan juga kenderaan elektrik. Kebanyakan kenderaan yang dihasikan oleh China adalah berasal dari negara barat yang melakukan kerjasama dengan syarikat tempatan di China.

Di antara syarikat luar yang barat yang membuka kilang pengeluaran di China adalah syarikat General Motors dan Ford dari Amerika Syarikat. Negara Eropah yang bekerjasama dengan syarikat tempatan China adalah Volkswagen dari Jerman bagi menjimatkan kos pengeluaran syarikat mereka.

Tesla tidak terkecuali membuka kilang di Negara di atas faktor kos dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan China terhadap kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik merupakan kenderaaan masa hadapan dan kos untuk memiliki kenderaan tersebut adalah tinggi jika dibandingkan dengan kenderaan yang menggunakan minyak.

Kebanyakan orang tidak mampu untuk memiliki kenderaan elektrik disebabkan kos yang tinggi dan juga penyelengaraannya yang rumit memandangkan kenderaan ini masih lagi dikategorikan sebagai teknologi baru.

Selain itu juga, tempat pengecas untuk kenderaan elektik ini sangat kurang jika dibandingkan dengan jumlah stesen minyak yang ada di atas jalan raya.

Dengan pembukaan kilang Tesla di China, kos untuk menghasilkan kenderaan elektrik akan jadi semakin rendah .Kerajaan China turut membantu Tesla dengan mengurangkan kadar cukai bagi membolehkan rakyat negara terbabit mampu untuk memiliki kenderaan elekrtik ini.

Setiap pembeli dari China yang membeli kenderaan buatan Tesla, mereka layak untuk mendapat subsidi kerajaan sebanyak $3,500.

Langkah untuk membuka kilang Tesla di China itu diibaratkan seperti salah satu strategi terkenal yang digunapakai oleh jeneral perang China, Sun Tzu.

Menurut Paul Holland yang merupakan seorang pelabur terkenal, Elon Musk telah menggunakan prinsip Jeneral Sun Tzu yang terkenal pada abad 500 sebelum masihi dalam mengembangkan penguasaan pasaran kereta elektrik di China dengan membina kekuatan dari tempat pesaing sendiri.

Dalam hal ini Tesla bersaing dengan pelbagai syarikat kenderaan dari China bagi menghasilkan kenderaan elektrik sendiri. China dipercayai mempunyai 400 buah syarikat yang berdaftar untuk menghasilkan kenderaan elektrik.

China yang merupakan pasaran terbesar di dunia dalam penjualan kenderaan elektrik ini, menjadi destinasi terbaik untuk Tesla menakluki pasaran kenderaan elektrik.

Kenderaan elektrik keluaran Tesla merupakan kenderaan yang diklasiifikasi sebagai kenderaan mewah kerana harga permulaan adalah sebanyak $64,300 berbanding dengan harga kenderaan yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat tempatan seperti Geely atau BYD yang berharga $20,756 sahaja.

Kita boleh katakan persaingan kereta elektrik ini sangat sengit di China.

Harga saham Tesla naik dengan begitu mendadak sejak bulan 10 tahun lepas

Selain itu juga, sejak akhir-akhir ini saham Tesla telah melonjak dengan begitu ketara sekali dan memberi pulangan yang memberangsangkan kepada para pelabur.

Saham Tesla melonjak dengan begitu tinggi disebabkan beberapa faktor yang dan salah satu faktornya adalah dengan pembukaan kilang Tesla di China.

Dengan pembukaan kilang ini, Tesla dapat memperbanyakkan lagi jumlah pengeluaran kenderaan model yang paling laris dengan harga yang lebih rendah untuk pasaran China dan antarabangsa.

Dengan adanya kilang ini, Tesla dijangka akan mengeluarkan sebanyak 500,000 unit kenderaan untuk setahun.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jual Air Teh Pun Boleh Jadi Jutawan 

Kalau anda fikir untuk menjadi jutawan perlu mencipta aplikasi seperti Mark Zuckerberg atau membina kereta terbang seperti Elon Musk, mungkin anda patut kenal dengan nama-nama ini terlebih dahulu: Zhang Hongchao dan Zhang Junjie.

Kedua-dua mereka bukan saintis, bukan jurutera teknologi. Tetapi mereka berjaya menjadi jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun. Bukan kerana menjual tanah atau minyak. Sebaliknya hanya kerana menjual air teh. Ya, serius.

Chagee – Teh Premium dengan Sentuhan Moden

Chagee, yang kini semakin dikenali di Malaysia, berasal dari Yunnan, China. Diasaskan oleh Zhang Junjie pada tahun 2017, Chagee membawa konsep “teaspresso” iaitu gabungan kualiti teh tradisional dengan penyediaan bergaya kopi barista.

Pada 17 April 2025, Chagee berjaya melangkah ke pasaran antarabangsa apabila disenaraikan di Nasdaq. Melalui IPO tersebut, syarikat ini mengumpul AS$411 juta, dengan penilaian mencecah AS$6.2 bilion. Sahamnya melonjak 21% pada hari pertama dagangan.

Zhang Junjie, yang memiliki hampir 20% saham syarikat, kini bergelar bilionair pada usia 30 tahun. Ini membuktikan bahawa secawan teh boleh membawa seseorang ke tahap luar biasa.

Mixue – Strategi Bajet, Capaian Global

Berbeza dengan Chagee yang premium, Mixue memilih jalan berbeza: menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di Zhengzhou, China, Mixue bermula dengan gerai kecil menjual ais krim dan minuman teh.

Kini, Mixue mengendalikan lebih daripada 45,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada 3 Mac 2025, Mixue disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, berjaya mengumpul sekitar AS$444 juta dalam IPO. Sahamnya melonjak 43% pada hari pertama, dan nilai pasaran syarikat kini menghampiri AS$10 bilion.

Kejayaan Mixue membuktikan bahawa dengan strategi harga yang tepat dan kualiti produk yang konsisten, pasaran global boleh dicapai walaupun bermula dari perniagaan kecil.

Malaysia: Siapa Bakal Mengikut Jejak?

Industri teh moden di Malaysia semakin berkembang. Jenama seperti Tealive, Chatime, Chagee, Daboba dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat tempatan.

Namun, sehingga kini belum ada satu pun jenama teh Malaysia yang melangkah ke pentas IPO atau berjaya menembusi pasaran global secara agresif.

Potensi itu ada. Pasaran pengguna sudah wujud. Yang diperlukan hanyalah keberanian untuk berkembang, strategi perniagaan yang betul, dan kemampuan untuk membina jenama bertaraf dunia.

Adakah Seorang Juatawan Sedang Bancuh Teh Ketika Ini? 

Adakah Malaysia akan terus menjadi sekadar pasaran pengguna untuk jenama luar, atau sudah tiba masanya seorang usahawan tempatan bangkit dan membawa jenama teh Malaysia ke peringkat antarabangsa?

Mungkin, jutawan teh tempatan seterusnya sedang membancuh secawan pertama mereka hari ini.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!