TERBARU : Bekerja Sendiri Perlu Tahu Tentang Skim MATRIX Dari PERKESO

Saya tahu isu COVID-19 merunsingkan semua pihak ketika ini. Oleh itu, ketika kita sedang berada di rumah, manfaatkan masa terluang dengan membaca dan melakukan perkara yang bermanfaat.

Sebagai seorang perancang kewangan profesional,

Memaksimakan manfaat dan meminimumkan komitmen adalah kepakaran saya demi mengoptimumkan wang dalam perancangan kewangan peribadi.

Mari saya kongsikan manfaat PERKESO yang ramai masih tidak tahu kerana skim ini baru dilancarkan pada 1 Januari 2020.

Skim ini meliputi 19 sektor tidak formal iaitu perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan, pertanian, pengambilan hasil hutan, perikanan, penyediaan dan penjualan makanan, aktiviti pengilangan produk, kerja pembinaan, menjaja atau berniaga.

This image has an empty alt attribute; its file name is Orang-Bekerja-Sendiri-Perlu-Tahu-Tentang-Skim-MATRIX-Dari-PERKESO-Ini1-700x699.jpg

Selain kita perlu mempunyai perlindungan takaful sendiri,

Ini sebab kenapa kita masih perlu mencarum kepada skim ini:

This image has an empty alt attribute; its file name is Orang-Bekerja-Sendiri-Perlu-Tahu-Tentang-Skim-MATRIX-Dari-PERKESO-Ini2-700x416.jpg

1. KADAR CARUMAN : RM13.10 – RM49.40 sebulan sahaja
Kadar SANGAT MAMPU MILIK !

2. TARIKH PERLINDUNGAN
Kuatkuasa dari tarikh bayaran caruman !

3. SKOP PERLINDUNGAN
Penyakit pekerjaan & Kemalangan semasa melakukan aktiviti pekerjaan bagi individu yang Bekerja Sendiri.

4. CARA BAYARAN
Online pun boleh. Layari matrix.perkeso.gov.my

5. FAEDAH
Tunai & Bukan Tunai

This image has an empty alt attribute; its file name is Orang-Bekerja-Sendiri-Perlu-Tahu-Tentang-Skim-MATRIX-Dari-PERKESO-Ini4-700x391.jpg

5 FAEDAH SEMASA HIDUP

1. FAEDAH PERUBATAN:
Rawatan percuma di Klinik Panel PERKESO
Tuntutan ganti belanja kos rawatan perubatan

2. FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA
Minimum 4hari termasuk hari kemalangan (ada surat MC)
Kadar bayaran : RM30-RM105.33 sehari (penggantian pendapatan ini penting untuk orang yang bekerja sendiri)

3. FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL
Bayaran Pampasan pukal sehingga RM200,000

4. ELAUN PENJAGAAN
RM 500 Sebulan jika memerlukan penjagaan khas

5. FAEDAH PEMULIHAN JASMANI & VOKASIONAL
Jasmani : Fisioterapi, reconstructive surgery, aggota tiruan, haemodialysis, kerusi roda, dan lain-lain
Vokasional : latihan elektrikal, jahitan, baiki radio, dan lain-lain.

3 FAEDAH SELEPAS KEMATIAN / TPD

1. FAEDAH PENGURUSAN MAYAT
RM 2,000 dibayar kepada waris

2. FAEDAH ORANG TANGGUNGAN
90% dari pendapatan yang diinsuranskan (sehingga RM 3,555 sebulan)

This image has an empty alt attribute; its file name is Orang-Bekerja-Sendiri-Perlu-Tahu-Tentang-Skim-MATRIX-Dari-PERKESO-Ini3-700x482.jpg

3. FAEDAH PENDIDIKAN
Pinjaman / biasiswa kepada anak-anak selepas kematian atau TPD

Bantu sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, kawan-kawan, ejen takaful / unit trust yang bekerja sendiri sepenuh masa demi manfaat semua.

Nota:

Saya tidak dibayar atau mendapat apa-apa bayaran dari PERKESO dengan berkongsi maklumat ini.

Sila like, and klik butang SHARE (Dilarang copy & paste)

Ditulis oleh:

INAZ HASHIM
MB BCH BAO, FAR, FPR, ShRFP
Perancang Kewangan Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia.
www.inazhashim.com

Untuk maklumat lanjut, layari https://matrix.perkeso.gov.my/

Banyak Lagi Skim PERKESO Yang Ramai Tak Tahu

Mesti terkejut kan adanya skim perlindungan seperti ini oleh pihak kerajaan? Sebenarnya ada lagi beberapa benda yang mungkin kita terlepas pandang, jemput baca:

Semoga kita dijauhi daripada perkara yang tidak diingini. Namun, sekiranya ditakdirkan berlaku juga kepada kita atau ahli keluarga; ketahuilah bahawa dengan adanya skim-skim seperti ini, dapat juga ianya meringankan beban sedikit sebanyak.

Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. Saya pemandu hailing, Sekarang in,i I sakit Bahagian pinggang Sakit.bolekeh saya apply bantuan perkeso??

  2. salam tuan.. saya sudah mempunyai takaful peribadi.

    cuma saya nak tanya pendapat tuan.. adakah berbaloi saya melanggan kedua2 nya.. perkeso dan takaful peribadi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).