Pelaburan Milik Kerajaan Rugi Lebih RM55 Bilion Untuk Tiga Bulan Pertama 2020

“Malang tak berbau”, itulah ungkapan yang sering kita dengar. Namun kini ianya berada betul-betul di depan mata kita.

Kalau tahun lepas kita berdepan dengan perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, tahun 2020 pula kita berdepan dengan wabak Covid-19 yang semakin menular, kejatuhan harga minyak sehingga mencecah paras $20 setong, dan pasaran saham yang telah memasuki ‘bear market’.

Semua ini adalah tanda-tanda bahawa kegawatan ekonomi telah tiba. Kali terakhir ianya berlaku adalah pada tahun 1998 dan 2008.

Dana Milik Kerajaan Rugi Teruk

Kredit: The Edge dan Bloomberg

Merujuk kepada data ini, kita dapat simpulkan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Yayasan Pelaburan Bumiputra dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) semuanya mengalami kerugian yang besar.

Bagi mereka yang tak tahu, kebanyakan daripada institusi-institusi ini melabur ke dalam pasaran saham Malaysia. Mereka inilah yang menjadi pemegang terbesar saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Apabila pasaran saham naik, pelaburan mereka juga naik, dan kita sebagai rakyat marhaen dapat merasa nikmat pulangan dalam bentuk dividen.

Memandangkan tahun 2019 pasaran saham Malaysia mencatatkan penurunan dengan indeks FBM KLCI menurun sebanyak 6%, maka pelaburan dana milik kerajaan ini turut terjejas.

Dan bagi tahun 2020, ianya telah menyusut sebanyak 20% menandakan bahawa pasaran saham di Malaysia juga telah memasuki ‘bear market’.

Sebab itu kita dapat lihat kerugian yang dialami pelaburan dana milik KWSP, Khazanah, ASB, KWAP dan yang lain-lain lebih teruk dalam masa 3 bulan pertama 2020; berbanding sepanjang tahun 2019 yang lalu.

  • KWSP rugi RM24.70 bilion bagi tiga bulan pertama 2020 vs RM23.89 bilion bagi tahun 2019
  • Khazanah rugi RM11.97 bilion bagi tiga bulan pertama 2020 vs RM10.31 bilion bagi tahun 2019
  • ASB rugi RM16.52 bilion bagi tiga bulan pertama 2020 vs RM15.36 bilion bagi tahun 2019
  • Yayasan Pelaburan Bumiputra rugi RM1.32 bilion bagi tiga bulan pertama 2020 vs RM1.67 bilion bagi tahun 2019
  • KWAP rugi RM1.15 bilion bagi tiga bulan pertama 2020 vs RM0.97 bilion bagi tahun 2019

Jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan bagi tiga bulan pertama 2020 adalah RM55.66 bilion berbanding RM52.2 bilion yang dicatatkan untuk sepanjang tahun 2019.

Bagaimana Nasib Pelaburan Lagi Baki 9 Bulan?

Kegawatan ekonomi baru bermula. Sekiranya penularan wabak Covid-19 tak dapat dibendung, selagi penawar bagi Covid-19 belum dijumpai, selagi harga minyak mentah dunia tidak kembali ke paras $50-$60 setong, selagi Amerika Syarikat dan China tak berdamai; maka selagi itulah pasaran saham tak nampak tanda-tanda nak pulih.

Dikhuatiri keadaan akan lebih meruncing lagi, maka bersiap-sedialah. Tingkatkan simpanan dan gandakan lagi ilmu.

Jangkakan Dividen Berkurang Bagi Tahun 2020

Kita sebagai pelabur pun terpaksa berdepan dengan realiti. Dividen yang diharapkan oleh KWSP, ASB, Tabung Haji dan yang seangkatan dengannya akan berkurangan.

Moga Allah merahmati kita semua. Kita hanya mampu berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala. Jika dilihat kepada sejarah kegawatan ekonomi sebelum ini pun, ia mengambil masa 1-2 tahun untuk kembali pulih.

Baca juga :

  1. 6 Krisis Kewangan Yang Perlu Kita Tahu (Yang Terkini Covid-19)
  2. Covid-19: Sesuai Ke Nak Melabur Saham Di Bursa Malaysia Sekarang?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.