Perang Mulut Di Antara Amerika Syarikat Dan China Berkenaan Isu Covid-19 Mengeruhkan Lagi Keadaan

Selain kesan kesan buruk terhadap ekonomi dunia yang semakin terjejas akibat daripada COVID-19 ini, hubungan dua hala gergasi ekonomi dunia juga dilihat semakin renggang. Ini disebabkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap kementerian luar Negara China yang mendakwa virus ini berasal dari Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat dan dihantar ke China melalui Daerah Wuhan.

China yang mendakwa virus ini dibawa oleh tentera Amerika Syarikat sewaktu pertandingan sukan di antara tentera yang melibatkan kedua buah negara. Pertandingan tersebut telah diadakan di China pada bulan Oktober tahun lepas di Daerah Wuhan yang dipercayai merupakan tempat pertama COVID-19 ini ditemui. Amerika Syarikat telah menghantar seramai 17 buah pasukan yang bertanding dengan seramai 280 orang peserta.

Tuduhan ini dizahirkan melalui Kementerian Luar China yang mendakwa Amerika Syarikat sepatutnya bertanggungjawab di atas semua yang berlaku ini. Zhao Lijian (Jurucakap Kementerian Luar China) yang mendakwa ketika virus itu telah tersebar ke merata dunia, Amerika Syarikat belum lagi menghadapi masalah itu.

Beliau turut memetik kata-kata Robert Redfield, Pengarah Center for Disease Control and Prevention yang mengatakan terdapat kes di Amerika Syarikat yang seakan-akan COVID-19, tetapi masalah itu tidak tersebar dengan meluas seperti di Wuhan.

Selain itu juga, China telah memberi kata putus untuk menghalau 13 orang wartawan Amerika Syarikat yang berpangkalan di negara itu dari akhbar The Wall Street Journal, The Washington Post dan The New York Times berkitan dengan isu ini. Mereka diberi tempoh seminggu untuk kembali ke Amerika Syarikat. Tindakan yang dibuat oleh negara itu dilihat sebagai tindak balas yang dikenakan terhadap wartawan China yang dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat.

Donald Trump yang bertindak balas dengan menggelar COVID-19 sebagai “The Chinese Virus”. Beliau menafikan semua tuduhan oleh China terhadap pihak tentera Amerika Syarikat. Tindakan Donald Trump telah menimbulkan pelbagai reaksi di seluruh dunia dan ada yang berpendapat ianya satu tindakan yang rasis.

Walaubagaimanapun, Donald Trump kekal dengan pendiriannya itu kerana mendakwa China telah menuduh Amerika Syarikat dengan tuduhan yang tidak berasas dan tanpa bukti yang jelas.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo yang turut menghantar bantahan kepada diplomat China, Yang Jiechi berkenaan dengan isu ini. Beliau menyatakan waktu sekarang adalah bukan masa yang sesuai untuk menuduh pihak lain. Kerajaan Amerika Syarikat turut menuduh Kerajaan China lambat bertindak dengan penyebaran virus yang kini sedang berleluasa di seluruh dunia.

Dengan perang perdangangan yang telah berlaku di antara kedua kuasa besar ekonomi pada tahun lalu yang memberi kesan kepada ekonomi dunia, ditambah pula dengan COVID-19 yang telah menyebabkan pasaran memasuki ‘bear market’; tindakan Amerika Syarikat dan China yang saling menuding jari di antara satu sama lain ini akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.