Pernah Dengar High Frequency Trading (HFT)?

Tachyon atau pun zarah Tachyonic merupakan sesuatu zarah yang bergerak lebih pantas dari cahaya. Para ahli Fizik dan Sains sebulat suara mempercayai bahawa zarah-zarah tersebut bergerak lebih pantas berbanding cahaya.

Namun, ia masih berada di peringkat hipotesis kerana zarah tersebut tidak dapat wujud dan tidak konsisten mengikut undang-undang fizik. Semakin laju Tachyon, semakin berkurangan sumber tenaga yang dimiliki oleh zarah tersebut; begitu juga sebaliknya.

Zarah Tachyon paling lambat pernah dilihat masih mampu mengatasi kelajuan cahaya. Jika diukur nilai kelajuan zarah Tachyon, ia akan mampu bergerak mengelilingi bumi 7 kali dalam sesaat.

Jom kita tengok pula kepantasan yang wujud dalam dunia kewangan. Sebelum itu, jemput layan video ini sebagai pembuka kata.

Sebelum sempat kita nak kelip mata, terdapat jutaan transaksi jual beli saham dan pasaran lain yang berlaku serentak.

Apakah High Frequency Trading (HFT)?

Dalam pasaran, HFT boleh dikelaskan sebagai jenis algorithmic trading yang bercirikan kepantasan yang sangat tinggi. Kesemua HFT dibina berdasarkan formula matematik yang kompleks dan penggunaan super komputer serta peralatan elektronik berkuasa tinggi.

Semakin hampir lokasi firma HFT dibina berdekatan dengan sesuatu bursa pertukaran, semakin pantas kelajuan perdagangan HFT.

Modal HFT bukannya sesuatu yang baharu dalam pasaran. Katanya ianya sudah wujud sejak tahun 1930 lagi.

Para pedagang dan pelabur yang maju ketika itu sudah menggunakan telegraph yang berkuasa tinggi untuk mengakses maklumat pada bursa pertukaran. Sekaligus mereka mengetahui maklumat dan mengambil tindakan lebih pantas berbanding orang lain.

HFT berasaskan penggunaan super komputer berkembang secara perlahan pada tahun 1983, selepas NASDAQ memperkenalkan perdagangan elektronik. Pada era 90-an, HFT telah mampu melakukan perdagangan jual beli dalam masa beberapa saat berbanding kemampuan manusia biasa.

Kini kepantasan HFT mampu mencapai jutaan transaksi dalam skala masa mili-saat, dan juga mampu mencapai mikro-saat. Tidak menghairankan jika satu hari nanti, HFT mungkin mampu mencapai skala masa nano-saat yang merupakan di luar kemampuan dan keupayaan manusia.

Dunia Digital Mempengaruhi Kemajuan HFT

Ianya pesat berkembang secara sejak tahun 1983 selepas NASDAQ memperkenalkan bentuk perdagangan elektronik semata-mata. Pada abad ke-21 pula, perdagangan HFT mempunyai masa pelaksanaan hanya beberapa saat. Dan pada tahun 2010, ianya telah berkurang sehingga mikrosaat.

Namun begitu, kewujudan HFT dikatakan lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Kehadiran HFT dikatakan tidak adil bagi pelabur-pelabur lain yang tidak mempunyai keupayaan untuk menyamai kelajuan mereka.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan HFT hanya menyumbang kepada liquidity sewaktu pasaran stabil dan tidak membantu ketika pasaran teruk.

Pada tahun 2013, Itali merupakan negara pertama yang mengenakan cukai ke atas HFT. Sebanyak 0.02% cukai akan dikenakan bagi setiap perubahan atau pun pembatalan order yang dilakukan di bawah 0.5 saat.

Hal ini dilakukan untuk mengelakkan pengguna platform HFT memanipulasi harga dengan meletakkan fake order bagi menarik minat pedagang dan pelabur lain.

Di Amerika Syarikat, US Securities Exchange Commission (SEC) meluluskan Investors Exchange (IEX) pada tahun 2016. IEX mengutamakan keadilan dan ketelusan dengan meletakkan speed bump (penangguhan masa) pada setiap order bagi mengurangkan kelebihan HFT.

Kebelakangan ini, transaksi yang dilakukan menggunakan platform HFT dilaporkan semakin berkurangan. Ini disebabkan peningkatan kos operasi seperti penyelenggaraan dan cukai bagi HFT, yang tidak mampu ditampung dengan keuntungan yang berkurangan di pasaran saham.

Syarikat HFT kini mula mencari peluang di pasaran yang kurang dikawal selia oleh pihak berkuasa, seperti pasaran mata wang kripto.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.