5 Persediaan Sebelum Nak Jadi Pelabur Saham

Semakin hari, semakin ramai yang celik dengan kepentingan untuk melabur. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga, semakin ramai yang terlibat dengan pasaran saham sebagai salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan.

Maklumlah, nak pergi kerja tak boleh, maka terpaksalah cipta peluang lain.

Walau apa pun keadaan kita semua, ini persediaan perlu ada sebelum nak terlibat dalam pasaran saham patuh syariah.

1. Berkenalan Dulu Dengan Produk di Bursa Malaysia

Pasaran saham adalah tempat di mana saham syarikat dibeli dan dijual. Ia memberikan syarikat akses untuk mendapatkan modal perniagaan dan memberikan pelabur peluang untuk memiliki saham syarikat dan menikmati keuntungan daripada prestasi syarikat di masa hadapan.

Anda hanya boleh membeli saham menerusi pasaran saham seperti Bursa Malaysia, di mana saham dibeli dan dijual mengikut peraturan dan garis panduan yang ketat. Ada lebih daripada 900 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan pelaburan kepada pelabur tempatan dan global.

Senang cerita, saham adalah sebahagian kecil pegangan dalam sesebuah syarikat. Turun naik harga saham adalah berdasarkan kepada minat belian atau jualan.

Lagi ramai orang berminat untuk membeli sesuatu saham, harga saham akan meningkat.

Kita ambil contoh mudah apabila berlakunya wabak Covid-19, permintaan terhadap sarung tangan getah melambung tinggi. Permintaan melebihi pengeluaran, sehingga orang sanggup bayar ‘mahal’ untuk mendapatkan glove tersebut.

Maka saham-saham syarikat yang terlibat dalam penghasilan sarung tangan getah mendapat permintaan yang tinggi, maka minat belian lebih tinggi daripada jualan – harga saham pun naik.

Baca: Saham-Saham Glove Terus Terbang, ada saham yang naik lebih daripada 200% dalam masa 2 bulan,

Sebaliknya jika lebih ramai orang berminat untuk menjual sesuatu saham, secara lumrahnya harga saham akan jatuh.

Ambil contoh wabak Covid-19 juga, orang ramai tak berani untuk pergi bercuti, orang ramai tak dibenarkan pergi ke negara lain, orang ramai diminta duduk di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maka permintaan terhadap industri perhotelan, percutian, penerbangan semua terjejas teruk. Saham-saham syarikat yang berkenaan jatuh merudum kerana kurangnya permintaan.

2. Tetapkan Objektif

Apa yang kita nak daripada pelaburan saham ini, adakah untuk topup duit masa pencen nanti? Jika ya, mampukah nak beli, simpan dan peram saham tu untuk jangka masa panjang? Peram untuk 5 tahun atau 10 tahun mungkin?

Maka kena pandai pilih saham syarikat yang kalis krisis dan boleh naik slow and steady. Contohnya saham syarikat F&B.

Atau mungkin kita nak pulangan setiap hujung tahun, sebab nak jadikan duit tambahan belanja sekolah anak-anak. Itu juga boleh. Tak ada betul salah pun.

Maka kena pandai pilih saham syarikat yang kebiasannya senang terkesan dengan catalyst. Contohnya saham syarikat minyak, teknologi dan pembinaan.

3. Tengok Kewangan Peribadi

Kalau nak melabur di pasaran saham Bursa Malaysia atau global, sudah semestinya memerlukan modal. Tak perlu modal RM10,000 mahupun RM100,000 pun. Apa yang penting, gunakan duit lebihan, dan jangan sesekali berhutang!

Kami nak ingatkan yang bila beli dan jual saham di Bursa Malaysia ni ada kos lain yang terlibat. Kita ada:

  • Brokerage Fee
  • Stamp Duty
  • SST
  • Clearing Fee

Jika dikira jumlahnya, boleh jadi RM10 sehingga RM35 bergantung kepada Broker. Sebenarnya kos ini sangat minimum, hanya memberi kesan jika modal yang kita gunakan tu rendah sangat.

Jadi adakah sesuai modal RM100 untuk beli saham? Atau perlu modal RM1,000? Atau modal RM10,000?

Itu kena tanya diri sendiri, yang penting modal adalah duit yang sanggup kita rugi sepenuhnya. Kalau rasa mampu nak rugi sebanyak RM5,000 terlebih dahulu, maka jadikan RM5,000 tersebut sebagai modal permulaan.

4. Cuba Olok-Olok Dulu

Sebelum nak buka akaun CDS, cuba olok-olok jual beli atas kertas atau platform yang disediakan BursaMKTPlc.

Baca Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace

Walaupun baru balik bertapa sebulan dari Seminar Saham, jangan terus guna duit betul. Ramai newbie yang tak sabar akan terus guna duit betul dan bila rugi, automatik sifu saham tadi akan disalahkan.

Kalau dengan duit olok-olok pun tak boleh untung, ingat pakai duit betul boleh buat duit ke?

5. Cari Broker Dan Trading Platform Yang Sesuai

Broker adalah ‘orang tengah’ di antara Bursa Malaysia dan para pelabur. Trading platform pula adalah aplikasi di mana kita guna untuk beli dan jual saham.

Carilah broker yang patuh syariah, mereka akan sediakan:

  • Trading platform
  • Mobile apps
  • Laporan penyelidikan
  • Remisier / dealer yang mesra alam
  • Kos rendah (brokerage fee yang rendah)

Trading platform yang ada di Malaysia ni sekali pandang nampak sama, walaupun ada platform yang hebat sikit seperti boleh setting stop loss dan ada robot sendiri.

6. Bonus – Gunalah Screener Untuk Cari Saham-Saham Berpotensi

Kelebihan SpeedSaham ni, kita trade ikut masa kita.

Ada orang free pagi, trade pagi.
Ada orang free petang, trade petang.
Bila kita sibuk dengan urusan harian, boleh duduk tepi minum kopi dulu.

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

Maaf, nak cakap awal-awal ni, SpeedSaham ni memang bukan untuk newbie.

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Berapa Harga SpeedSaham?

  • Buat masa ini RM400 untuk langganan SpeedSaham selama setahun. (Kalau rasa dah power dan tak perlu sesi previu, boleh pilih yang ini)
  • RM799 pula untuk langganan SpeedSaham selama setahun + BONUS sesi separuh hari bersama founder SpeedSaham untuk dapatkan teknik penggunaan dan pengalaman peribadi beliau.

Ada Trial Tak?

Alhamdulillah ada, jemput datang ke sesi previu kami, dan trial 7 hari akan diberikan. InshaAllah semoga lebih ramai dapat menjana pulangan yang baik di pasaran saham patuh shariah.

Berminat Nak Langgan SpeedSaham?

Klik  untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham. Sesi previu adalah sangat limited, jadi daftar sekarang supaya dapat datang sesi awal.

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. interesting info bro. Sekarang ni pon baru nak menjinakkan diri dengan saham. Baru je lagi ni sebab ada duit lebihan. Emas dah beli. Nak cuba benda baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pinduoduo: Ancaman Baharu kepada Shopee dan MR DIY?

Selama ini, pengguna Malaysia sudah terbiasa membeli barangan murah melalui Shopee. Untuk barangan rumah, aksesori, perkakasan dan keperluan harian pula, MR DIY menjadi antara pilihan utama pengguna yang mementingkan harga berpatutan.

Tetapi kini, muncul satu lagi pemain yang berpotensi mengubah landskap persaingan tersebut: Pinduoduo.

Platform e-dagang dari China ini mula menjalankan kempen khusus untuk pengguna Malaysia pada Disember 2025. Menjelang Mac dan April 2026, aplikasinya semakin mendapat perhatian apabila pengguna berkongsi penemuan produk yang dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran tempatan.

Menurut laporan The Edge Malaysia pada September 2026, seorang pengguna membeli krim pada harga RM8 berbanding lebih RM24 di pasaran tempatan. Seorang lagi membeli 30 gulung tisu tandas pada harga RM20.

Malah, laporan yang sama membandingkan harga selipar di kedai fizikal, sekitar RM16 dengan produk serupa di Pinduoduo pada harga RM3.50. Perbezaan harganya kira-kira 78%!

Ini bukan lagi sekadar persaingan antara dua aplikasi membeli-belah. Ia membuka persoalan lebih besar tentang bagaimana produk dihasilkan, diedarkan dan dijual kepada pengguna.

1. Apa sebenarnya kelebihan Pinduoduo?

Pinduoduo diasaskan di China pada 2015 dan syarikat induknya, PDD Holdings, disenaraikan di Nasdaq pada 2018.

Model perniagaannya menggabungkan beberapa pendekatan yang menarik.

Pertama, platform ini menghubungkan pengguna dengan rangkaian pengeluar dan penjual, termasuk pengeluar yang mampu membekalkan barangan pada kos rendah.

Kedua, Pinduoduo membangunkan model social commerce, termasuk pembelian berkumpulan atau team purchase. Pengguna boleh berkongsi tawaran dengan orang lain bagi mendapatkan harga yang lebih menarik.

Ketiga, platform ini memanfaatkan skala permintaan. Apabila ramai pengguna membeli produk yang sama, penjual mempunyai peluang untuk meningkatkan jumlah jualan dan mengoptimumkan kos pengeluaran serta pengedaran.

Walau bagaimanapun, harga murah bukan bermaksud semua produk semestinya lebih berkualiti rendah atau setiap produk pasti lebih murah daripada Shopee. Pengguna masih perlu membandingkan spesifikasi, kualiti, kos penghantaran dan syarat pembelian.

2. Berapa murah produk Pinduoduo berbanding pasaran tempatan?

Laporan The Edge Malaysia memberikan beberapa contoh yang menunjukkan jurang harga yang ketara.

ProdukHarga di PinduoduoHarga perbandingan tempatan
KrimRM8Lebih RM24
30 gulung tisu tandasRM20Dilaporkan 30%–40% lebih murah berbanding kedai runcit tempatan
SeliparRM3.50Sekitar RM16 di kedai fizikal

Sumber: The Edge Malaysia, September 2026. Harga ialah contoh yang dilaporkan, bukan purata harga pasaran atau perbandingan bagi semua produk.

Bagi selipar, perbezaan RM12.50 bersamaan kira-kira 78.1% daripada harga runcit RM16.

Namun, perbandingan ini perlu dilihat secara berhati-hati. Produk yang kelihatan serupa mungkin berbeza dari segi bahan, ketahanan, spesifikasi, jaminan dan kos selepas jualan.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan bahawa penghantaran percuma melalui laluan laut boleh mengambil masa sekitar 15 hingga 30 hari untuk transit, tidak termasuk keseluruhan proses pemenuhan pesanan.

Maka, pengguna sebenarnya membuat pertukaran antara harga dengan masa menunggu dan kemudahan mendapatkan produk.

3. Adakah Shopee berada dalam bahaya?

Shopee bukan pemain kecil yang mudah diketepikan.

Shopee dikendalikan oleh Sea Limited, syarikat teknologi yang turut mempunyai perniagaan permainan digital Garena serta perkhidmatan kewangan digital Monee.

Berdasarkan keputusan kewangan tahun penuh 2025, Sea Limited mencatatkan:

  • Hasil kumpulan sebanyak US$22.9 bilion, meningkat 36.4% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak US$1.6 bilion, berbanding US$447.8 juta pada 2024.
  • Shopee merekodkan nilai barangan kasar atau GMV sebanyak US$127.4 bilion, meningkat 26.8%.
  • Hasil Shopee mencapai US$16.6 bilion, meningkat 33.4%.
  • Shopee mempunyai kira-kira 400 juta pembeli aktif dan 20 juta penjual sepanjang 2025.

Angka ini menunjukkan bahawa Shopee masih mempunyai skala operasi yang besar.
Sumber: Sea Limited, keputusan kewangan 2025.

Tetapi skala besar tidak bermaksud tiada tekanan persaingan.

Shopee perlu mengekalkan keseimbangan antara harga yang menarik, kos penghantaran, subsidi promosi, komisen penjual dan keuntungan platform.

Jika pengguna mula membandingkan setiap produk dengan harga terus dari China, penjual yang bergantung kepada produk generik mungkin berdepan tekanan margin keuntungan.

Sebahagian penjual juga mungkin perlu mengurangkan harga, mencari pembekal lebih kompetitif atau menawarkan produk yang mempunyai nilai tambah.

Dalam jangka panjang, persaingan bukan hanya tentang siapa yang mempunyai aplikasi paling popular, tetapi siapa yang mampu menawarkan gabungan harga, kualiti, penghantaran dan pengalaman pelanggan yang paling menarik.

4. Bagaimana pula dengan MR DIY?

Bagi MR DIY, ancamannya berbeza daripada Shopee.

MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal dan menawarkan pelbagai barangan perkakasan, aksesori rumah, produk dapur, alat tulis serta keperluan harian.

Pengguna boleh datang ke kedai, melihat barangan dan membawanya pulang pada hari yang sama. Kelebihan ini tidak mudah digantikan oleh penghantaran rentas sempadan yang mengambil masa lebih lama.

Namun, terdapat kategori produk yang lebih mudah dibandingkan dari segi harga, seperti bekas penyimpanan, aksesori dapur, barangan plastik, hiasan rumah dan peralatan kecil.

Jika produk serupa boleh diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah melalui platform luar negara, sebahagian pengguna mungkin mengubah tabiat membeli-belah mereka.

Prestasi kewangan MR DIY masih menunjukkan pertumbuhan

Bagi tahun kewangan 2025, MR DIY mencatatkan:

  • Hasil sebanyak RM4.95 bilion, berbanding RM4.65 bilion pada 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RM632.69 juta, berbanding RM568.94 juta pada 2024.
  • Rangkaian sebanyak 1,556 cawangan, meningkat 8.4% berbanding tahun sebelumnya.
  • Jumlah transaksi sebanyak 197.8 juta, meningkat 8.2%.
  • Purata nilai setiap bakul pembelian menurun 1.6%.

Angka tersebut dilaporkan oleh Bernama berdasarkan keputusan kewangan MR DIY.
Sumber: BernamaBiz, Februari 2026.

Data ini penting kerana ia menunjukkan bahawa MR DIY masih berkembang ketika persaingan e-dagang semakin sengit.

Penurunan purata nilai bakul pembelian pula tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Pinduoduo. Ia hanya satu petunjuk yang wajar diperhatikan bersama faktor lain seperti strategi harga, campuran produk dan keadaan pengguna.

Bagi MR DIY, cabarannya ialah memastikan pengguna masih mempunyai sebab untuk membeli di kedai fizikal walaupun terdapat alternatif lebih murah dalam talian.

5. Berapa harga saham PDD Holdings, Sea Limited dan MR DIY?

Jika mahu melihat isu ini daripada perspektif pelaburan, tiga saham yang boleh diperhatikan ialah PDD Holdings di Nasdaq, Sea Limited di New York Stock Exchange dan MR DIY di Bursa Malaysia.

Berikut ialah harga penutupan pada 23 Oktober 2026.

SyarikatKod sahamHarga penutupanPasaran
PDD HoldingsNASDAQ: PDDUS$79.04Amerika Syarikat
Sea LimitedNYSE: SEUS$74.63Amerika Syarikat
MR DIY GroupBursa: 5296RM1.15Malaysia

Sumber: StockAnalysis, Sea Limited Investor Relations dan The Star Market Watch. Harga dalam mata wang asal dan bukan harga masa nyata.

Saham PDD Holdings, syarikat induk kepada Pinduoduo dan Temu, pernah mencecah paras tertinggi 52 minggu pada US$139.41 pada 29 Oktober 2025. Namun, pada 23 Oktober 2026, sahamnya ditutup pada US$79.04, iaitu penurunan sekitar 43.3% daripada paras tertinggi tersebut. Berdasarkan semakan terkini pada Oktober 2026, saham PDD Holdings diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah oleh beberapa platform saringan saham Islam seperti Musaffa dan HalalScreener.

Ini bermakna harga penutupannya kira-kira 43.3% di bawah paras tertinggi 52 minggu yang dipaparkan. Walau bagaimanapun, pergerakan tersebut tidak boleh dianggap berpunca daripada persaingan di Malaysia kerana PDD Holdings mempunyai operasi besar di China dan turut mengendalikan Temu.

Bagi Sea Limited, harga penutupannya ialah US$74.63. Sea turut mempunyai pendedahan kepada permainan digital dan perkhidmatan kewangan, jadi prestasi sahamnya tidak mencerminkan Shopee sahaja.

Sementara itu, saham MR DIY ditutup pada RM1.15, penurunan 25.81% sejak awal tahun (YTD), bersamaan susut RM0.40 sesaham daripada RM1.55 pada awal tahun.

Nota: Ketiga-tiga saham ini tidak boleh dibandingkan secara terus berdasarkan harga seunit. Jumlah saham diterbitkan, struktur modal, mata wang, pertumbuhan keuntungan dan penilaian pasaran mereka berbeza. Harga saham yang menurun juga tidak membuktikan bahawa Pinduoduo telah menjejaskan prestasi kewangan pesaingnya.

6. PDD Holdings sendiri mencatatkan hasil lebih RMB400 bilion

Saiz perniagaan syarikat induk Pinduoduo turut menjelaskan mengapa model perniagaannya wajar diberi perhatian.

Bagi tahun kewangan 2025, PDD Holdings melaporkan:

  • Hasil sebanyak RMB431.85 bilion, meningkat kira-kira 9.7% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RMB97.84 bilion, menurun daripada RMB112.43 bilion pada 2024.

Angka ini merangkumi perniagaan kumpulan PDD Holdings, termasuk Pinduoduo dan Temu, bukannya prestasi Pinduoduo di Malaysia sahaja. Sumber: Laporan tahunan PDD Holdings 2025 kepada SEC.

Hasil yang besar memberikan gambaran tentang skala operasi kumpulan tersebut. Namun, penurunan keuntungan bersih pada 2025 menunjukkan bahawa pertumbuhan hasil tidak semestinya membawa kepada pertumbuhan keuntungan pada kadar yang sama.

Bagi pelabur, perkara yang lebih penting ialah sama ada syarikat dapat mengekalkan pertumbuhan, mengurus kos, mempertahankan margin dan memenuhi keperluan kawal selia di pasaran yang diceburinya.

7. Isu lebih besar: Adakah semua pemain bersaing di padang yang sama?

Persaingan harga bukan semata-mata isu antara platform e-dagang.

Peniaga tempatan perlu menanggung pelbagai kos, termasuk sewa premis, gaji pekerja, caruman berkanun, pergudangan, pengedaran dan pematuhan peraturan yang berkaitan.

Penjual yang menghantar barangan terus dari luar negara mungkin mempunyai struktur kos yang berbeza. Perbezaan ini boleh memberi kesan kepada harga yang mampu ditawarkan kepada pengguna.

Dalam laporan September 2026, The Edge Malaysia mengetengahkan kebimbangan pemain industri tentang kesamarataan syarat persaingan, termasuk isu pematuhan dan struktur kos.

Pada masa yang sama, pengguna mendapat manfaat daripada pilihan yang lebih banyak dan harga yang lebih kompetitif.

Cabaran kepada pihak berkuasa ialah memastikan peraturan dilaksanakan secara adil tanpa menafikan manfaat e-dagang rentas sempadan kepada pengguna.

Bagi peniaga Malaysia, jawapannya juga bukan sekadar meminta perlindungan daripada pesaing luar. Mereka perlu meningkatkan produktiviti, memperkukuh jenama, memperbaiki pengalaman pelanggan dan membangunkan produk yang tidak mudah digantikan oleh barangan generik.

Kesimpulan: Persaingan baharu bukan lagi sekadar siapa menjual paling murah

Kehadiran Pinduoduo memberi isyarat bahawa persaingan runcit semakin merentas sempadan.

Shopee mempunyai skala pembeli dan penjual yang besar. MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal serta kemudahan pembelian segera. Pinduoduo pula membawa pendekatan yang menekankan harga rendah dan hubungan terus antara pengguna dengan penjual.

Ketiga-tiganya mempunyai kekuatan dan cabaran yang berbeza.

Bagi pengguna, perkembangan ini membuka lebih banyak pilihan. Bagi peniaga dan pelabur, ia menimbulkan persoalan tentang kemampuan mengekalkan margin keuntungan apabila pengguna semakin mudah membandingkan harga di seluruh dunia.

Akhirnya, syarikat yang mampu menggabungkan harga kompetitif, kualiti, kemudahan, kepercayaan dan keuntungan yang mampan akan mempunyai kedudukan lebih baik dalam persaingan jangka panjang.

Persoalannya, adakah peniaga tempatan mampu menyesuaikan diri dengan era harga terus dari China, atau mereka akan terus bersaing menggunakan model perniagaan yang sama?

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.