Kepentingan Memahami Catalyst Pasaran

Apa Itu Sentimen Pasaran?

Sentimen pasaran ialah di mana pasaran saham dipengaruhi oleh sesuatu perkara yang terjadi atau khabar berita yang boleh menyebabkan pergerakan pasaran menaik atau menurun.

Pemangkin bagi sesuatu keadaan tersebut boleh memberikan sifat positif atau memberikan kesan negatif.

Apa Berlaku Sekiranya Catalyst Bersifat Positif?

Sekiranya pemangkin tersebut bersifat positif, ianya merangsang satu pergerakan yang sihat di mana saham akan menaik. Ia adalah satu keadaaan yang sangat baik kepada pelabur dan juga pedagang saham untuk memasuki pasaran secara sihat.

Dengan ini, keuntungan lebih mudah dijana kerana ramai orang melabur atau pam masuk duit mereka.

Apa Pula Berlaku Sekiranya Catalyst Negatif?

Sekiranya pemangkin tersebut bersifat negatif, ia bakal menyaksikan orang ramai menjual pegangan saham mereka. Dan apabila penjualan mengatasi minat pembelian, harga saham akan jatuh. Kebanyakan pelabur saham bakal berdepan dengan kerugian apabila harga saham jatuh.

Kesan Catalyst Ada Yang Sekejap, Ada Berpanjangan

Dan catalyst ini juga ada yang memberikan kesan jangka pendek, dan ada juga memberikan kesan jangka masa panjang.

Sebagai contoh, apabila harga minyak dunia turun – harga saham syarikat-syarikat Oil & Gas akan turun. Dan sebaliknya berlaku apabila harga minyak dunit naik, harga saham-saham tadi akan naik.

Begitu juga halnya apabila Ringgit Malaysia turun berbanding US Dolar, saham-saham yang banyak mengeksport barangan mereka ke luar negara pasti akan melihat harga saham mereka meningkat. Ini kerana keuntungan yang mereka perolehi turut meningkat.

Pilihan Raya Umum Lagi Dahsyat Kesannya

Sumber gambar : buasirotak.blogspot.com

Baru-baru ini kita dapat lihat bagaimana PRU-14 banyak memberi kesan kepada harga saham-saham di Bursa Malaysia.

Bagi syarikat-syarikat yang ada kena-mengena dengan Pakatan Harapan, banyak betul Saham-saham Yang Naik Ke Bulan Sehari Selepas PRU-14 seperti OPCOM*, Thriven* dan EWEIN

(*saham syarikat milik anak pemimpin Pakatan Harapan melonjak naik).

Manakala sebaliknya yang berlaku kepada saham-saham yang ada kaitan dengan Barisan Nasional, kita dapat lihat Saham-saham Yang Jatuh Teruk Sehari Lepas PRU-14 seperti MyEG, George Kent dan Excel Force MSC.

Peka Dengan Catalyst

Memang kita kena rajin membaca, dengar news dan beri perhatian kepada catalyst ni. Sebab ia cukup memberi kesan yang besar kepada pergerakan harga saham.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.