Bagaimana Nak Kenalpasti ‘The Next McDonald’s, Starbucks Dan Walmart’ Sebelum Harga Saham Mereka Terbang?

Hampir semua orang sedar dan tahu perkara asas dalam pelaburan iaitu “Buy Low dan Sell High”, malangnya tidak ramai yang benar-benar memahami dan mengenalpasti serta bertindak untuk mengecapi peluang keemasan ini.

Pernahkah kita terfikir sekiranya kita memiliki saham McDonald’s, Starbucks dan Walmart dengan modal permulaan $1,000 USD pada hari pertama ia di senaraikan. Berapakah keuntungan yang telah dijana sehingga ke hari ini?

*Sehingga 26/10/2016. Sumber Yahoo Finance Dan Google

Namun apakan daya, kita pun baru nak mengenali dunia pelaburan saham. Memang bonus kalau dapat mengenal pasti saham yang hampir seakan-akan McDonald’s, Starbucks dan Walmart ini kan?

Itulis yang ditulis oleh Mark Tier dalam buku “ How to Spot the Next Starbucks, Whole Foods, Walmart, or McDonald’s BEFORE Its Shares Explode”. Menurut beliau, setiap syarikat yang bagus mempunyai faktor perkembangan yang hampir serupa di antara satu sama lain.

Kredit Gambar: Amazon

Ada dia 5 faktor tersebut?

1. Mereka Tiru Orang Lain (Copycat)

Copycat ialah seseorang yang meniru gaya, corak atau idea daripada mereka yang sudah buat sebelum ini.

Inilah apa yang terjadi kepada Ray Kroc apabila melihat potensi tinggi yang ada pada McDonald’s. Beliau yang merupakan seorang jurujual yang asalnya menjual mesin milkshake dan mencadangkan untuk difranchisekan semula idea asal McDonald’s Brothers (Richard dan Maurice MacDonald) ke seluruh negara.

Baca: Ray Kroc – Orang Yang Bertanggungjawab Membangunkan McDonald’s Bukanlah Pengasasnya

Begitu juga pada Starbucks yang mendapat ilham dan idea dari Itali, serta Walmart yang menginspirasikannya semula dari Whole Foods.

2. Mereka Mengubah Tabiat Manusia

McDonald’s berjaya mengubah gaya pemakanan masyarakat agar gemarkan fast food, daripada terpaksa menunggu lama kepada dapat makanan dengan kadar segera.

Walmart pula mengubah corak dan cara orang ramai berbelanja di kedai runcit, begitulah juga dengan Starbucks yang mengubah rutin manusia agar melepak lebih lama di kedai kopi.

3. Kejayaan Mereka Disahkan Oleh Pesaing

Bagi mengesahkan kejayaan mereka, terdapat ribuan Starbucks, McDonalds, dan Walmart ‘tiruan’ yang dibuka hampir setiap hari di seluruh dunia. Persaingan ini membuktikan bahawa konsep dan idea terhadap potensi besar yang luar biasa pada pasaran sedia ada dan masa hadapan.

Sekiranya sesebuah syarikat tidak mempunyai persaingan dan tidak memberikan inspirasi dalam sektor mereka, ini adalah tanda syarikat tersebut mempunyai peminat yang kurang, pembeli dan sasaran yang kecil.

4. Syarikat Dipacu Oleh Visi Dan Misi Pengasas

Apabila pengasas syarikat tidak mampu mendatangkan inspirasi kepada pekerjanya, maka inspirasi ini tidak akan datang kepada pelanggan.

Sebagai contoh pengasas Starbucks (Howard Schultz), Walmart (Sam Walton) dan McDonald’s (Ray Kroc), mereka semuanya berjaya menzahirkan kesungguhan dan keghairahan mereka melalui gerak kerja syarikat, dan diterjemahkan dalam pengalaman yang unik buat pelanggan.

Setiap pekerja terkena tempiasnya dan pelanggan pun dapat merasai perbezaannya.

5. Tahap Keusahawanan Yang Luar Biasa

Beribu-ribu perniagaan yang hebat mempunyai empat ciri pertama yang dikongsikan di atas, tetapi tanpa pengalaman keusahawan dan kemahiran pengurusan yang luar biasa; mereka ini mungkin ditakdirkan hanya menjadi jenama kecil saja.

Faktor kelima ini sangat penting bagi mencari syarikat yang berpotensi untuk berkembang dengan lebih jauh. Dengar nama pengasas saja dah tahu kehebatan yang ada padanya.

Bill Gates dengan Microsoft? Jack Ma dengan Alibaba? Elon Musk dengan Tesla?

Tetapi kita harus faham, semua faktor unik ini tidak semestinya ada pada setiap syarikat yang baru nak meningkat naik. Namun, bila mana kelima-lima faktor ini wujud dalam sesebuah syarikat, pelabur akan bertambah yakin bahawa syarikat ini akan menjadi sebuah syarikat yang hebat dan harga saham mampu naik tinggi pada masa akan datang.

Cuba perhatikan ciri-ciri syarikat yang menjadi pilihan Warren Buffett dalam pelaburan beliau. Cuba tengok syarikat Apple, Coca-Cola, Gillette dan Amazon. Kesemua syarikat ini mempunyai kelima-lima faktor yang hampir serupa di atas.

Sumber Rujukan:

  • GuruFocus
  • Buku ‘How to Spot the Next Starbucks, Whole Foods, Walmart, or McDonald’s BEFORE Its Shares Explode’ oleh Mark Tier

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengangkutan: Keputusan Menepati Jangkaan, Tekanan Kos Bahan Api Mereda

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Westports

Daripada tiga saham pengangkutan dan logistik yang kami kaji, Westports dan FM Global Logistics (FM) melaporkan keputusan kewangan yang menepati jangkaan, sedangkan perolehan teras FY26 (Mac) oleh TASCO gagal mencapai jangkaan kami. Melihat ke masa hadapan, kami meramalkan Westports untuk muncul sebagai penerima manfaat utama sekiranya genjatan senjatan di Asia Barat masih berlangsung, memandangkan harga-harga bunker dan diesel yang lebih rendah akan merendahkan kos-kos operasi. Dalam keadaan sebaliknya, kesan terhadap pengendali pengangkutan barangan secara amnya neutral kerana surcaj bahan api selalunya dialihkan kepada pengguna

Keputusan 1Q26 oleh Westports menepati jangkaan

Pertumbuhan YoY berpunca daripada kenaikan tarif secara berturutan. Walaupun impak penuh daripada peningkatan kos bahan api diramalkan dirasai pada 2Q26, kami percaya kesannya akan dapat dikawal kerana kenaikan tarif lebih daripada cukup untuk menampung kos-kos bahan api yang lebih tinggi.

FM menepati jangkaan namun TASCO tersasar

Untung teras sepanjang 9MFY26 (Jun) yang dicatatkan oleh FM mencapai jangkaan kami tetapi sedikit melepasi ramalan konsensus akibat GPM lebih kukuh dan kadar cukai berkesan (ETR) lebih rendah. Perolehan teras FY26 oleh TASCO sebaliknya gagal mencapai ramalan kami ekoran sumbangan perniagaan rantaian bekalan sejuk (CSC) yang lebih rendah daripada yang dijangkakan, selepas penarikan diri pelanggan-pelanggan F&B

Prospek

Keadaan konflik Asia Barat yang semakin mereda sepatutnya dapat menstabilkan harga minyak dan bahan api bunker, sekali gus mengurangkan kos operasi Westports yang mendapatkan diesel pada harga bukan bersubsidi untuk kegunaan kapal tunda, lori, dan kren kontenanya. Tambahan itu, tahap penggunaan bahan apinya dijangka akan menurun sekitar 10% pada 4Q25 susulan pengerahan 60 buah lori elektrik menjelang 3Q26. Sementara itu, syarikat ini dikecualikan daripada mekanisme Pelarasan Bahan Api Secara Automatik (AFA), lantas menghalangnya daripada terkena sebarang tempias kenaikan kos elektrik susulan konflik Asia Barat.

Kesesakan pelabuhan yang berlaku pada Jan 2026 sudahpun selesai sepenuhnya, dengan daya pemprosesan bagi Apr 2026 meningkat 3% YoY dan kadar penggunaan kawasan simpanan kontena baik pada kira-kira 70-80%. Sehubungan dengan itu, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan daya pemprosesan pada 4.5% YoY yang menepati unjuran pihak pengurusan yang sama pada angka berdigit tunggal rendah.

Saham Pilihan Utama sektor

Kami bertindak mengekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor ini, selaras dengan saranan BELI yang diberikan kepada saham terbesar sektor. Westports masih menjadi Saham Pilihan Utama sektor kami. Kami terus menyukai saham ini disebabkan oleh

i) kenaikan berturutan dalam kadar tarif yang mengatasi kenaikan kos bahan api

ii) kadar kepadatan kawasan simpanan kontena yang baik yang berlegar kira-kira 70-80

iii) pertumbuhan jumlah pengangkutan yang bertahan, disokong oleh aliran perdagangan intra-Asia.

Oleh itu, kami menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini semasa harga rendah kerana kami percaya risiko-risiko konflik sudah dimasukkan dalam penilaian. Westports diniagakan pada P/E kira-kira 16x untuk FY27F, dan kami masih menjangkakan adanya potensi untuk kenaikan sekiranya Kerajaan melaksanakan mekanisme pengalihan kos bahan api walaupun garis masa untuk pelaksanaan ini masih tidak jelas buat masa sekarang

Risiko-risiko utama

Jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan dan kos-kos operasi lebih tinggi daripada yang diramalkan.

Penganalisis
John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.