Panduan Lengkap Untuk Buat e-Filing Cukai Pendapatan

Pada tarikh 27 Februari 2020, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi 2020. Di antara kandungan pakej tersebut adalah penundaan ansuran bulanan cukai pendapatan bagi perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan akibat penularan COVID-19.

Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik. Selain itu, rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, kereta api, dan penginapan di hotel berlesen.

Pengumuman berkaitan cukai tersebut hadir tepat pada masanya kerana bulan Mac menandakan bermulanya tempoh taksiran cukai pendapatan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Sedania-As-Sidq-Banner.jpg

Perlukan duit tambahan sepanjang bulan Ramadhan ini? Klik sini sekarang!

Siapa perlu bayar cukai pendapatan?

Anda layak dikenakan cukai pendapatan sekiranya anda termasuk dalam kategori berikut:

  • Individu bujang dengan pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin (dengan pasangan tidak berkerja) dengan pendapatan tahunan melebihi RM46,000 (selepas potongan KWSP)
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun mengalami kerugian)
  • Pekerja baru yang dikenakan PCB (Potongan Cukai Berjadual)
  • Individu yang mempunyai pendapatan bercukai
  • Individu yang berjual-beli hartanah

Bagi individu yang TIDAK menjalankan perniagaan, tarikh akhir hantar borang cukai pendapatan telah dilanjutkan 30 Jun. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, tarikh akhir adalah 31 Ogos.

Sumber: Facebook LHDN

Apa itu e-Filing?

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayaran cukai untuk melengkap, mengira, dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN di pautan www.hasil.gov.my.

This image has an empty alt attribute; its file name is Sedania-As-Sidq-Banner.jpg

Perlukan duit tambahan sepanjang bulan Ramadhan ini? Klik sini sekarang!

Cara daftar e-Filing

Bagi pengguna kali pertama, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari http://edaftar.hasil.gov.my/ untuk mendaftar kali pertama. Pilih pendaftaran individu dan klik pada borang pendaftaran online. Anda akan diberi satu nombor pendaftaran untuk digunakan ketika menyemak status pendaftaran
  • Muat naik salinan dokumen yang berkaitan
  • Selepas beberapa hari, anda boleh semak status permohonan anda di sini: http://edaftar.hasil.gov.my/info.php. Anda akan diberikan nombor PIN jika permohonan disahkan. Nombor ini akan digunakan semasa mengisi e-Filing nanti

Cara isi e-Filing

Sesudah selesai pendaftaran (bagi pengguna kali pertama), proses e-Filing boleh dijalankan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pada bahagian ‘Log Masuk’, sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik ‘Hantar’. Bagi yang baru pertama kali, perlu klik pada Login Kali Pertama, isikan nombor PIN yang telah diberikan dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.
  • Sila klik pada ‘e-Borang’, dan anda akan dipaparkan dengan senarai borang-borang cukai pendapatan. Pastikan anda pilih eBorang yang betul. Bagi individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE
  • Paparan pertama pada borang adalah ‘Maklumat Diri’. Sila semak semua maklumat yang dinyatakan dan pastikan betul. Jika anda ingin pastikan lebihan bayaran cukai dimasukkan terus ke akaun bank anda, sila isi nama bank dan nombor akaun. Lebihan bayaran akan diberikan secara baucar sekiranya tiada nombor akaun bank.
  • Pada ruangan kedua, anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran yang berkenaan. Ini termasuklah pendapatan penggajian, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.
  • Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk anda, boleh semak di ruangan ini; pastikan betul sepertimana dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.
  • Pada ruangan ketiga, anda boleh mengisi perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai. Bagi senarai lengkap pelepasan yang boleh dipohon, anda boleh rujuk kepada artikel khas kami di blog ini. Pastikan semua resit atau bukti pembayaran disimpan dengan baik.
  • Selepas semua maklumat diisi, pada ruangan ‘Rumusan’, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.
  • Sekiranya jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut. Sekiranya jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda.
  • Di halaman ‘Akuan’, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’.
  • Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi

Selesai pendaftaran dan pengisian e-Filing. Sekiranya perlukan panduan yang lebih lanjut, anda boleh muat turun panduan di sini.

Kredit: Sedania Assidq

Sumber: Laman Web LHDN

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.