Mohnish Pabrai: Mengapa Value Investor Bergerak Sendiri Tanpa Melibatkan Penganalisis Saham?

Memiliki mentor yang hebat di dalam mencari ilmu, merupakan satu rahmat yang luar biasa dalam kehidupan. Pelabur tersohor Warren Buffett juga mempunyai seorang mentor yang telah mencorakkan falsafah pelaburannya.

Seperti yang kita tahu, Benjamin Graham merupakan mentor utama di dalam hidup Warren Buffett selain bapanya sendiri. Beliau yang bekerja tanpa gaji untuk Benjamin Graham selama dua tahun, sebelum menubuhkan syarikat pelaburannya sendiri yang bernama Buffett Partnership. Selepas itu barulah beliau mengasaskan Berkshire Hathaway.

Pada artikel yang lepas, kita telah membaca kisah Mohnish Pabrai ,yang merupakan seorang value investor yang berjaya di India. Beliau merupakan peminat setia Warren Buffett.

Klik di sini untuk mengenali Mohnish Pabrai dengan lebih dekat.

Oleh kerana meminati Warren Buffett, pada tahun 1999 beliau telah menghantar sepucuk surat untuk bekerja denganya secara percuma. Ini adalah tindakan sama yang dilakukan oleh Warren Buffett ketika beliau masih muda untuk Benjamin Graham.

Pada kali pertama, Benjamin Graham telah menolak permintaan Warren Buffett kerana beliau bukan berketurunan Yahudi. Selang beberapa lama kemudian, Benjamin Graham telah memannggil kembali Warren Buffett untuk bekerja dengan beliau tanpa gaji.

Tetapi dalam kisah Mohnish Pabrai, Warren Buffett telah menolak permintaanya untuk bekerja denganya walaupun tanpa gaji.

Adakah Mohnish Pabrai kecewa dengan tindakan Warren Buffett? Ya beliau sememangnya kecewa dengan tindakan tersebut pada permulaanya, tetapi tidak pernah putus asa untuk menjadi seorang value investor.

Walaupun Warren Buffett menolak permintaanya, beliau telah berjaya meyakinkan sahabat terdekatnya untuk menjadi pelabur dan melabur ke dalam Pabrai Investment Funds. Dengan bermodalkan $1 juta dari kawan-kawanya, beliau memulakan pelaburan menggunakan teknik value investing seperti Warren Buffett.

Kini Mohnish Pabrah telah menjadi jutawan dengan nilai kekayaan sebanyak $100 juta. Walaupun tidak berjaya menjadi anak didik Warren Buffett, kini dia faham mengapa Warren Buffett tidak mengambilnya sebagai anak murid.

Menurutnya, sebagai seorang pelabur value investor sepertinya, mereka tidak memerlukan anak murid atau penganalisis untuk membuat analisis sesuatu saham untuk mereka.

Bagi pengamal teknik value investing, mereka hanya membeli saham syarikat yang menjalankan perniagaan yang simple dan mudah difahami. Teknik ini telah terbukti bekesan seperti yang dilakukan oleh Warren Buffett di dalam pemilihan saham.

Warren Buffett terkenal dengan melakukan analisis sendiri bagi mencari saham yang berpotensi dan tidak pernah melantik mana-mana penganalisis yang terkenal dari Wall Street untuk memilih saham bagi portfolio syarikatnya.

Menurut Mohnish Pabrai, kebanyakan value investor ini bergerak secara solo sama kerana tidak memerlukan khidmat nasihat penganalisis saham. Kebanyakan penganalisis saham ini diperlukan apabila melibatkan saham syarikat yang berteknologi tinggi yang sukar difahami.

Bagi Mohnish Pabrai, beliau pernah dinasihatkan oleh penganalisis saham untuk membuat pelaburan ke dalam saham Amazon dan Apple ketika harga saham tersebut masih lagi rendah.

Menurutnya, sekiranya beliau melabur ke dalam syarikat tersebut, pelaburannya hari ini akan menjadi 10 kali ganda lebih besar. Tetapi baginya, beliau lebih selesa berpegang dengan falsafah pelaburannya.

Itulah pentingnya kita mempunyai minda pelaburan value investor dan tidak terpengaruh dengan mana-mana kehendak pasaran. Walaupun rugi daripada segi peluang tetapi tidak rugi daripada segi kewangan.

Mohnish Pabrai hanya memegang 15-20 syarikat sahaja di dalam portfolio pelaburannya dalam satu-satu masa. Dalam tempoh 20 tahun, secara purata syarikatnya telah membuat keuntungan sebanyak 16% setiap tahun.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2026

Pasaran saham sentiasa bergerak dalam dua arah ada saham yang melonjak tinggi dan ada juga yang mengalami penurunan ketara. Walaupun bulan Mei 2026 menyaksikan beberapa kaunter patuh syariah mencatatkan prestasi cemerlang, terdapat juga beberapa saham yang berdepan tekanan jualan dan sentimen negatif sehingga menyebabkan harga saham mereka susut sepanjang bulan tersebut.

Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Mei 2026.

1. P.I.E. Industrial Berhad

P.I.E. Industrial Berhad muncul sebagai saham patuh Syariah paling rugi bagi bulan Mei 2026 dengan kejatuhan sebanyak 25.7%.

Menariknya, saham ini pernah berada dalam senarai saham paling untung pada bulan sebelumnya. Situasi ini membuktikan bahawa sentimen pasaran boleh berubah dengan pantas, terutamanya bagi saham yang mengalami kenaikan atau penurunan besar dalam tempoh singkat.

2. UEM Sunrise Berhad

Di tempat kedua ialah UEM Sunrise Berhad yang mencatatkan penurunan sebanyak 17.5%.

Sektor hartanah sering dipengaruhi oleh sentimen ekonomi, kadar faedah dan keyakinan pembeli. Sebarang perubahan terhadap faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada pergerakan harga saham syarikat dalam sektor tersebut.

3. Ann Joo Resources Berhad

Ann Joo Resources Berhad berada di kedudukan ketiga dengan kejatuhan sebanyak 17.2%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam industri keluli dan bahan binaan, prestasinya sering berkait rapat dengan harga komoditi, aktiviti pembinaan dan permintaan industri.

4. KJTS Group Berhad

Di tempat keempat ialah KJTS Group Berhad dengan penurunan sebanyak 16.8%.

Saham ini pernah tersenarai sebagai antara saham paling rugi pada awal tahun 2026. Kejatuhan berterusan menunjukkan bahawa sentimen pelabur terhadap kaunter ini masih belum pulih sepenuhnya.

5. TSH Resources Berhad

TSH Resources Berhad mencatatkan penurunan sebanyak 14.9%.

Sektor perladangan lazimnya dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah (CPO), kos operasi dan permintaan global. Sebarang kelemahan dalam faktor-faktor ini boleh memberi tekanan kepada harga saham.

6. CTOS Digital Berhad

Di kedudukan keenam ialah CTOS Digital Berhad dengan kejatuhan sebanyak 14.5%.

Sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan data dan penilaian kredit, saham CTOS sering menjadi perhatian pelabur institusi dan runcit. Namun, sentimen pasaran semasa turut memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan harganya.

7. Dialog Group Berhad

Dialog Group Berhad merekodkan penurunan sebanyak 14.2%.

Menariknya, Dialog pernah berada dalam senarai saham paling untung bagi Mac 2026. Perubahan ini sekali lagi menunjukkan bahawa prestasi saham boleh berubah dalam tempoh yang singkat bergantung kepada sentimen dan faktor pasaran semasa.

8. Supercomnet Technologies Berhad

Supercomnet Technologies Berhad berada di tempat kelapan selepas mencatatkan penurunan sebanyak 13.3%.

Syarikat dalam sektor teknologi lazimnya mempunyai tahap volatiliti yang lebih tinggi berbanding sektor defensif, menyebabkan harga saham boleh bergerak dengan lebih agresif.

9. Oriental Kopi Holdings Berhad

Di tempat kesembilan ialah Oriental Kopi Holdings Berhad dengan kejatuhan sebanyak 13.1%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam sektor pengguna dan makanan & minuman, prestasi sahamnya banyak dipengaruhi oleh pertumbuhan perniagaan, margin keuntungan dan sentimen pengguna.

10. Insights Analytics Berhad

Melengkapkan senarai ialah Insights Analytics Berhad dengan penurunan sebanyak 13.0%.

Syarikat yang beroperasi dalam sektor teknologi dan analitik data ini sebelum ini pernah mencatatkan prestasi memberangsangkan, namun turut tidak terlepas daripada tekanan jualan pasaran.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Daripada senarai bulan Mei 2026 ini, beberapa perkara penting boleh diperhatikan:

1. Saham yang pernah untung besar juga boleh jatuh

P.I.E. Industrial, UEM Sunrise dan beberapa saham lain pernah mencatatkan prestasi yang baik sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa keuntungan besar tidak menjamin momentum akan berterusan.

2. Kepelbagaian sektor dalam senarai

Senarai kali ini melibatkan pelbagai sektor termasuk teknologi, hartanah, perladangan, industri dan pengguna. Ini menunjukkan bahawa risiko pasaran boleh berlaku kepada mana-mana sektor.

3. Volatiliti adalah sebahagian daripada pelaburan

Pergerakan naik dan turun harga saham adalah perkara biasa dalam pasaran. Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai strategi pengurusan risiko yang jelas dan tidak membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata.

Kesimpulan

Bulan Mei 2026 membuktikan bahawa pasaran saham bukan hanya mengenai mencari saham yang paling untung, tetapi juga memahami risiko yang datang bersama setiap pelaburan.

Senarai saham patuh syariah paling rugi ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memahami perubahan sentimen pasaran dan mengenal pasti kaunter yang sedang berdepan tekanan jualan.

Namun begitu, pelabur perlu sentiasa mengingati bahawa:

✅ Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan
✅ Penurunan harga tidak semestinya bermaksud syarikat mempunyai fundamental yang lemah
✅ Kajian dan analisis sendiri tetap penting sebelum membuat keputusan pelaburan