Para Penjual Tempatan Di Shopee Mencatat Jumlah Jualan RM200 Juta Dalam Bulan Pertama Shop Malaysia Online PENJANA

Pembiayaan baucar secara bersama oleh Shopee dan pihak Kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk inisiatif Shop Malaysia Online Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah menjana jumlah jualan lebih daripada RM200 juta oleh para penjual dan peniaga tempatan di platform e-dagang tersebut setakat 31 Ogos.

Dalam sebuah ulasan pertengahan kempen yang telah berlangsung hari ini dan pelancaran acara membeli-belah tahunan khas 9.9 Super Shopping Day, Shopee memaklumkan bahawa baucar-baucar tersebut dinikmati oleh hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkan penjimatan dan pulangan tunai bagi peralatan rumah, produk kesihatan dan kecantikan, mainan, barangan runcit, automotif dan gajet.

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, platform e-dagang ini memberikan nafas baharu  kepada inisiatif Shop Malaysia Online tersebut dengan tema baharu setiap minggu bagi memastikan ia kekal menarik untuk para pengguna. “Dengan berbuat demikian, kami juga memastikan bahawa sokongan yang sama rata diberikan kepada para penjual dari pelbagai sektor.”

Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengenal pasti penjual tempatan, Shopee telah mencipta tag “Local Seller” yang tertera di bawah semua produk yang dijual oleh perniagaan tempatan yang layak untuk menyertai Shop Malaysia Online.

“Banyak yang telah diusahakan demi melaksanakan inisiatif e-dagang PENJANA ini supaya orang ramai akan terus kembali untuk menyokong penjual tempatan kita. Sebagai contoh, kami memperkenalkan baucar pulangan tunai yang memberi ganjaran kepada pengguna apabila mereka membeli daripada penjual tempatan,  seterusnya menggalakkan pembelian berulang yang akan mendorong pertumbuhan berterusan untuk penjual kami. Begitulah caranya kami memastikan ekonomi terus maju dan ini amat bermanfaat bagi penjual tempatan,” tambah Ho.

Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd berpendapat bahawa PENJANA relevan dan tepat pada masanya kerana Covid-19 telah membawakan impak negatif kepada hampir seluruh sektor peruncitan termasuk peralatan sukan. “Wabak ini telah memberi cabaran kepada perniagaan untuk mencari peluang agar dapat berkembang di luar model tradisional. Sebenarnya, kami telah membuat keputusan perniagaan untuk beralih dari luar ke atas talian sepenuhnya sehingga PKP ditamatkan. Ini termasuk mengalihkan semua pelaburan pemasaran, operasi dan pengaktifan media sosial kami ke platform e-dagang kami. Usaha kami menyaksikan transaksi harian meningkat sebanyak 20 kali ganda dalam tempoh masa tersebut. Sehingga hari ini, perniagaan e-dagang kami terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh kerana e-dagang telah membuka segmen pengguna baharu untuk kami. Oleh itu, mendirikan Kedai Rasmi Al-Ikhsan di Shopee Mall adalah sebuah perkembangan yang wajar dilaksanakan ketika kami memperluas usaha e-dagang kami. Perkara tersebut, dan penyertaan kami dalam Shop Malaysia Online akan memberi kami dorongan hebat. Saya percaya hubungan antara peruncit sukan pelbagai jenama no.1 dan platform e-dagang no.1 di Malaysia ini adalah usahasama antara dua pihak yang setanding dan merupakan tonggak utama dalam strategi kami untuk mendapatkan e-dagang untuk menyumbang 10% kepada keseluruhan perniagaan kami menjelang akhir tahun 2021.”

Shop Malaysia Online mengikuti langkah satu lagi kolaborasi yang berjaya – kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS (MSME) PENJANA yang merupakan inisiatif e-dagang PENJANA Kerajaan yang dilaksanakan oleh MDEC dan Shopee yang memberikan manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500 kepada setiap MSME Malaysia yang baharu kepada Shopee. Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih daripada 38,000 penjual, dengan MSME yang mengambil bahagian mencatatkan purata peningkatan sebanyak 162% dalam jualan harian mereka setelah menyertai kempen ini.

Setelah menyertai kedua-kedua inisiatif e-dagang PENJANA, penjual tempatan Gadget Velocity yang baru menyertai Shopee pada bulan Jun 2020 berjaya mencapai jumlah jualan hampir setengah juta Ringgit pada bulan Ogos 2020 sahaja. Gan Poe Yee, Pengurus Atas Talian, Gadget Velocity mengaitkan kenaikan jualan mereka dengan baucar kedai, Pulangan Tunai dan Program Penghantaran Percuma yang menarik pelanggan ke kedai mereka. “Kami bertuah kerana kami layak mendapat faedah e-dagang PENJANA yang membantu meningkatkan jumlah pesanan kami. Tetapi kami tahu bahawa kami tidak boleh hanya bergantung pada bantuan one-off sahaja- kami juga harus memainkan peranan kami dengan menawarkan tahap perkhidmatan pelanggan yang baik melalui respons yang pantas dan servis selepas jualan. Gabungan kesemua usaha ini telah membantu kami mencapai peningkatan jualan sebanyak lima kali ganda berbanding dengan ketika kami baru memulakan perniagaan di Shopee.”

Bercakap pada sesi panel yang dianjurkan oleh Shopee sempena 9.9 Super Shopping Day, Prasad Babu, Ketua Pemboleh & Permintaan, Bahagian E-dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia mengatakan inisiatif e-dagang PENJANA telah membolehkan penjual tempatan untuk mengkaji semula pendekatan mereka terhadap e-dagang perdagangan dan tentunya dalam perjalanan untuk menjadi perniagaan berasaskan digital. “MSME telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tawaran dan promosi mereka sendiri. Kini, mereka lebih reseptif terhadap penerokaan penyelesaian digital lain seperti pengiklanan Google dan Facebook untuk meningkatkan trafik ke kedai e-dagang mereka. Oleh itu, kesan dan hasil inisiatif e-dagang PENJANA bukan hanya mengenai angka jualan atau jumlah penjual atas talian baharu yang telah dijana setakat ini, tetapi bagaimana ia mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital yang terbukti menjadi kemenangan besar untuk kita sebagai sebuah negara. Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, MDEC akan meneruskan usaha untuk mempercepatkan lonjakan digital untuk semua perniagaan di Malaysia dan menyokong mereka untuk bersaing dengan jenama global terkemuka dalam dan luar sempadan negara kita.”

Kini, ketika Shop Malaysia Online inisiatif memasuki fasa terakhirnya, Shopee meningkatkan usahanya dalam menggalakkan pengguna untuk memainkan peranan mereka dan menyokong perniagaan tempatan untuk pemulihan ekonomi. Ini termasuk pengambilalihan platform oleh PENJANA pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia. Platform e-dagang tersebut juga mengambil langkah yang lebih lagi untuk membantu penjual tempatan dalam inisiatif Shop Malaysia Online melalui 9.9 juta baucar PENJANA yang juga menawarkan lebih banyak penjimatan kepada pengguna Shopee.

Ho menjelaskan bahawa ini selaras dengan salah satu daripada tiga komitmen utama Shopee untuk 9.9 Super Shopping Day. Selain mempercepatkan pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, Shopee juga akan mengukuhkan ekosistemnya bagi menjadikan urusan jual beli atas talian lebih mudah sambil menawarkan pengalaman membeli-belah yang unggul dengan membawakan koleksi hiburan dan tawaran terbesar kepada para pengguna. Mulai hari ini hingga 9 September, Shopee akan memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna dengan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9, menawarkan baucar 50% dan tawaran RM9 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Rakyat Malaysia juga berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM99,000 melalui Shopee Games, termasuk 9 unit Samsung Galaxy Note20 apabila mereka bermain Shopee Farm.

Untuk countdown yang tidak dapat dilupakan pada 9.9, jangan terlepas menyaksikan Shopee 9.9 Super Show yang menampilkan permainan, persembahan dan aksi oleh barisan bintang termasuk Ernie Zakri, Dato’ Aaron Aziz, Ayda Jebat, Alif Satar, Wany Hasrita dan ramai lagi. Tonton, main dan menangi hadiah pada 8 September, dari jam 9 malam di Shopee Live, YouTube, Astro Prima dan Hello. Shopee 9.9 Super Show dibawakan kepada anda oleh Drypers, Dettol, P&G, Friso, PediaSure, Nescafé dan L’Oréal.

Untuk melayari kempen Shop Malaysia Online, kunjungi – https://shopee.com.my/m/shop-malaysia-online dan untuk maklumat lebih lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day, layari https://shopee.com.my/m/99

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.