Perbezaan Di Antara Pelabur Runcit Dari China Dan Amerika Syarikat

Apabila menyebut tentang ekonomi dunia, kita tidak boleh pisahkan dua kuasa besar ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China. Kedua-dua negara ini memainkan peranan yang sangat penting didalam penentuan arah ekonomi di seluruh dunia.

Buktinya, perang perdagangan di antara kedua kuasa besar dunia ini telah menyebabkan negara lain di dunia turut terkena tempias daripada segi ekonomi.

Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan daripada segi kekuatan ekonomi, adakah para pelabur mereka mempunyai pandangan yang sama terhadap pasaran saham?

Artikel kali ini akan mengulas bagaimana pelabur saham terutamanya pelabur runcit di antara kedua negara kuasa ekonomi dunia. Jika dilihat secara statistik, pelabur dari Amerika Syarikat merupakan pelabur yang lebih advanced berbanding pelabur dari China.

Ramai rakyat Amerika Syarikat berjaya menjana keuntungan yang besar di dalam pasaran saham berbanding dengan China. Amerika Syarikat juga mempunyai banyak institusi kewangan seperti hedge fund dan mutual fund yang boleh membantu rakyat mereka melabur dengan betul.

Selain itu juga, negara Amerika Syarikat mempunyai pasaran saham terbesar di dunia yang terletak di Wall Street. Pelabur Amerika Syarikat juga lebih celik saham berbanding dengan pelabur China, memandangkan negara tersebut telah mangamalkan dasar ekonomi kapitalis lebih awal berbanding China yang mengamalkan komunisme.

Statistik juga menunjukan hampir separuh penduduk di Amerika Syarikat pernah melabur di dalam pasaran saham berbanding dengan penduduk China yang hanya berjumlah 7%. Faktor ini disebabkan pasaran saham di Amerika Syarikat adalah lebih matang.

Penduduk China hanya mula melabur di dalam pasaran saham secara aktif selepas kerajaan China megubah dasar ekonomi mereka kepada pelabur luar dan membuka kembali bursa saham Shanghai pada tahun 1990.

Walaupun pelabur China tidak seramai pelabur Amerika Syarikat di dalam menceburi bidang pelaburan saham, ada sesuatu yang istimewa yang tidak terdapat pada pelabur Amerika Syarikat iaitu pelabur China lebih suka melakukan trading yang luar biasa.

Tindakan ini boleh diibaratkan seperti melakukan perjudian di dalam pasaran saham. Pepatah popular yang dipegang oleh masyarakat China mengenai judi adalah “Jika kamu tidak berjudi dalam hidup, kamu tidak akan tahu nasib kamu”.

Disebabkan ketagihan judi yang tinggi di sana, Kerajaan China telah mengharamkan mana-mana pusat judi beroperasi di kawasan tanah besar China kecuali di Macau. Oleh kerana tidak mempunyai tempat judi yang diluluskan oleh kerajaan, kebanyakan penduduk China menjadikan pasaran saham sebagai tempat perjudian mereka.

Pelabur terkenal iaitu Charlie Munger turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati di dalam memilih saham di China kerana dikhuatiri  saham yang dibeli itu terlibat dalam kancah perjudian.

Hal ini juga terbukti dengan data yang diperolehi menunjukan pelabur runcit China kerap melakukan trading di dalam pasaran saham melebihi mana-mana pelabur lain, termasuklah pelabur Amerika Syarikat dalam tempoh satu bulan.

Dengan tidak mempunyai matlamat yang jelas selain untuk mendapatkan keuntungan dalam tempoh yang singkat, aktiviti perjudian di dalam saham menjadi popular di China.

Sangat berbeza dengan matlamat pelaburan untuk kebanyakan pelabur di Amerika Sarikat. Pemilikan saham oleh pelabur runcit Amerika Syarikat adalah lebih kepada jangka masa panjang, untuk rancangan persaraan mereka di waktu mereka tua.

Begitulah perbezaan yang dimiliki oleh kedua rakyat negara kuasa ekonomi terhadap pasaran saham. Untuk menjadi seorang pelabur yang bijak, kita wajib belajar selok-belok pelaburan dengan betul untuk mengelakkan diri kita terjebak  dalam kancah perjudian dalam pasaran saham.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.