Covid-19 Jadikan Ahli Perniagaan China Bertambah Kaya Sebanyak USD1.5 Trilion

Tular bahawa China adalah negara yang sangat untung ketika pandemik Covid-19 berlaku. Hanya pada fasa permulaan sahaja ia menunjukkan kadar pengangguran yang agak tinggi. Namun, kini sangat jauh perbezaannya berbanding ketika wabak ini baru nak bermula pada awal tahun 2020 yang lalu.

Hartawan dari China telah dikatakan memperolehi keuntungan sebanyak USD1.5 trilion ketika pandemik Covid-19 ini. Siapakah mereka ini?

Individu Dengan Kekayaan Yang Meningkat

Didapati bahawa ada seramai 2,000 orang individu dengan nilai bersih lebih daripada 2 Bilion Yuan (USD300 juta) pada bulan Ogos lalu. Jack Ma, pengasas Alibaba, sekali lagi mendahului senarai apabila kekayaannya melonjak 45% menjadi USD58.8 bilion.

Diikuti oleh Pony Ma, bos permainan video dan pemilik WeChat. Tencent menjana keuntungan yang besar walaupun terdapat kebimbangan mengenai syarikatnya di Amerika Syarikat yang diancam dengan larangan untuk beroperasi di sana.

Zhong Shanshan yang terkenal dengan jenama air botol Nongfu pula menduduki tempat ketiga untuk pertama kalinya dengan kekayaan yang bernilai USD53.7 bilion selepas IPO syarikatnya di Hong Kong pada bulan September. Ramai yang tidak pernah melihat kekayaan sebanyak ini dihasilkan hanya dalam satu tahun.

Usahawan penjagaan kesihatan juga turut dikatakan telah mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Di antaranya adalah Jiang Rensheng, pengasas pembuat vaksin Zhifei, yang telah meraih keuntungan sekitar USD19.9 bilion.

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 pada tahun ini, kita telah melihat China telah membangun dengan sangat pesat sekali. Walaupun pada awal tahun yang lalu, dikatakan bahawa China akan mengalami pengangguran yang luar biasa. Ditambah lagi dengan perang perdagangan yang berlaku dengan Amerika Syarikat.

Namun, apa yang terjadi adalah sangat di luar jangkaan kita semua di mana kadar pengangguran telah menurun sebanyak 5.4%.

Kesimpulannya, walaupun kesan daripada virus ini telah memberikan impak yang besar kepada negara China pada awal tahun 2020, namun ianya tidak melunturkan semangat mereka untuk bangkit menaikkan ekonomi negara.

Kini, China telah membantu rakyatnya agar dapat berniaga secara kecil-kecilan bagi mengharungi cabaran pandemik Covid-19 ini.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA