Laporan Aktiviti Agihan Zakat MAIWP 2020 Dan Statitistik Kutipan Dan Agihan Zakat MAIWP 2019

Masih ramai yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pusat zakat, kononnya mereka kutip zakat berjuta-juta setiap tahun tapi masih ramai lagi orang susah yang memerlukan bantuan.

Sehinggakan ada yang membuat keputusan untuk menyalurkan zakat yang wajib terus kepada asnaf tanpa melalui Pusat Zakat atau Lembaga Zakat di negeri masing-masing.

Baca: 3 Kepentingan Zakat Yang Perlu Kita Tahu

Jadi apa kata kita lihat sendiri laporan aktiviti agihan zakat MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) 2020 dan Statitistik Kutipan dan Agihan Zakat MAIWP 2019 seperti yang disiarkan di akhbar Berita Harian pada hari Ahad, 27 Disember 2020, halaman 23 hingga 26.

MAIWP telah membahagikan agihan zakat bagi tahun 2020 kepada 6 kategori.

1. Dakwah dan Pembangunan Ummah: RM142.94 juta kepada 515 institusi atau secara purata RM277 ribu bagi setiap institusi

2. Kebajikan: RM113.24 juta kepada 124,603 penerima atau secara purata RM908 bagi setiap penerima

3. Pendidikan: RM52.56 juta kepada 56,068 penerima atau secara purata RM937 bagi setiap penerima

4. Perubatan: RM21.39 juta kepada 3,854 penerima atau secara purata RM5,550 bagi setiap penerima

5. Perlindungan: RM9.28 juta kepada 4,350 penerima atau secara purata RM2,133 bagi setiap penerima

6. Ekonomi: RM1.51 juta kepada 520 penerima atau secara purata RM2,903 bagi setiap penerima

Nampak tak berapa banyak wang yang dibelanjakan pihak MAIWP bagi membantu golongan yang memerlukan?

Baca: 8 Golongan Asnaf Yang Layak Menerima Zakat

Nak tahu tak berapa pula kutipan dan perbelanjaan MAIWP bagi tahun 2019 pula?

Kita tengok dulu jumlah kutipan zakat yang berjumlah RM688.41 juta, dari mana ianya datang?

1. Zakat Pendapatan: RM472.06 juta

2. Zakat Perniagaan: RM114.09 juta

3. Zakat Simpanan: RM52.25 juta

4. Zakat Harta: RM37.55 juta

5. Zakat Fitrah: RM9.81 juta

6. Zakat Emas dan Perak: RM1.79 juta

7. Zakat Tanaman: RM5 ribu

8. Zakat Binatang Ternakan: RM453

9. Lain-lain zakat: RM824 ribu

Zakat pendapatan merupakan kutipan zakat yang tertinggi, tahniah kepada semua yang mengeluarkan zakat ini. Zakat fitrah yang dibayar pada bulan Ramadhan pun tinggi juga iaitu sebanyak RM9.81 juta.

Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran untuk membayar zakat adalah tinggi.

Sama seperti tahun 2020, MAIWP telah membahagikan agihan zakat bagi tahun 2019 ini kepada 6 kategori juga.

1. Kebajikan: RM131.74 juta kepada 62,661 penerima atau secara purata RM2,102 bagi setiap penerima

2. Dakwah dan Pembangunan Ummah: RM104.12 juta kepada 710 institusi atau secara purata RM146 ribu bagi setiap institusi

3. Pendidikan: RM73.9 juta kepada 56,665 penerima atau secara purata RM1,304 bagi setiap penerima

4. Perubatan: RM26.02 juta kepada 4,000 penerima atau secara purata RM6,505 bagi setiap penerima

5. Perlindungan: RM9.51 juta kepada 3,822 penerima atau secara purata RM2,488 bagi setiap penerima

6. Ekonomi: RM2.8 juta kepada 370 penerima atau secara purata RM7,567 bagi setiap penerima

Sumber: Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah agar dapat mengeluarkan zakat yang banyak bagi membantu mereka yang susah.

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).