8 Golongan Asnaf Yang Layak Menerima Zakat

“Rasa macam tak percaya jer dengan pusat zakat tu. Kutip duit zakat berjuta-juta tapi golongan miskin masih berlambak. Gelandangan pun ramai, baik aku bayar zakat terus kepada asnaf!”

Biasa dengar dialog di atas?

Ya betul, bayaran zakat secara terus dibolehkan tetapi macam mana kita nak tahu golongan yang ingin dizakatkan tersebut merupakan golongan yang betul-betul layak menerima zakat? Sebab itulah kita ada Pusat Zakat atau Lembaga Zakat di negeri masing-masing.

Pusat zakat ini bertanggungjawab membuat kutipan dan mengagihkan kepada golongan yang layak menerima zakat. Tapi siapakah golongan yang layak untuk terima zakat ni?

Jom kita tengok 8 golongan yang layak menerima zakat:

1. Asnaf Fakir

Asnaf fakir adalah orang Islam yang tiada harta/pendapatan, atau ada harta/pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Had kifayah ditentukan oleh pusat zakat mengikut kecukupan golongan asnaf tersebut. Kalau nak tahu formula had kifayah ni, boleh rujuk pusat zakat.

2. Asnaf Miskin

Asnaf miskin adalah orang Islam yang mempunyai harta/pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi belum mencukupi had kifayah.

Jangan kita sewenang-wenangnya cakap orang ini atau orang itu tak layak menerima zakat sebab mempunyai pekerjaan, walhal dari segi hukumnya beliau memang layak kerana tergolong dalam golongan asnaf miskin.

3. Asnaf Amil

Asnaf amil adalah golongan yang bertanggungjawab menjalankan pengurusan zakat iaitu kutipan dan agihan zakat. Kalau masa bulan Ramadhan, perasan tak ada pihak yang membuat kutipan zakat di pasaraya atau di masjid bagi bayaran zakat fitrah?

Itulah dia golongan amil. Mereka juga merupakan di antara 8 golongan yang layak menerima zakat.

4. Asnaf Muallaf

Asnaf muallaf adalah golongan bukan Islam pada asalnya, tetapi terbuka hati untuk memeluk Islam.

Golongan ini perlu dibantu supaya mereka dapat merasi belas kasihan, kasih sayang dan pembelaan daripada saudara seagama yang dituntut oleh agama Islam.

5. Asnaf Riqab

Asnaf riqab adalah golongan yang terbelenggu dalam satu keadaan yang menghalangnya daripada menjadi seseorang yang lebih baik. Ingat tak dulu pernah viral berkenaan agihan zakat kepada golongan LGBT? Teruk jugak masa tu netizen kecam pusat zakat.

Sebenarnya kalau kita tengok zaman sekarang, mana ada dah golongan hamba. Jadi untuk memanfaatkan agihan zakat, pusat zakat meluaskan skop asnaf riqab kepada golongan yang kita perlu bantu supaya mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik.

Contoh asnaf riqab adalah seperti bekas penagih dadah, perempuan yang mengandung anak luar nikah, orang yang ingin bunuh diri, LGBT, gengsterisme dan orang yang berhasrat ingin menjadi murtad.

Orang-orang macam ni perlu dibantu agar mereka tahu ada pihak yang prihatin dengan masalah mereka dan semoga mereka menjadi orang yang lebih baik satu hari nanti.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

6. Asnaf Fisabilillah

Asnaf fisabilillah adalah golongan yang berjuang untuk menegakkan Agama Islam. Fisabilillah ni tak semestinya kita perlu angkat senjata dan berperang di jalan Allah, kita pergi belajar pon dikira sebagai fisabilillah.

Sebagai contoh, kalau kita menyambung pengajian ke peringkat Universiti dan tidak menerima apa-apa bantuan serta tidak mampu daripada segi kewangan, kita boleh memohon bantuan zakat dalam kategori Fisabilillah ini.

7. Asnaf Gharimin

Asnaf gharimin adalah golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan keluarga, tetapi tidak berupaya untuk membayarnya semula.

Di antara syarat bagi golongan ini adalah hutang sudah sampai tempoh, dan perlu dijelaskan agar dapat mengelak kemudaratan yang lebih besar daripada berlaku.

8. Asnaf Ibnu Sabil

Asnaf ibnu sabil adalah seseorang musafir yang menghadapi kesusahan ketika atau semasa perjalanan.

Dengan syarat perjalanan tersebut perlulah berlandaskan syara’ dan bukan untuk tujuan maksiat.

Jadi kalau nak bayar sendiri zakat tu, kita perlu pastikan golongan penerima zakat tergolong dalam 8 golongan di atas. Sebagai tambahan, pihak Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan ada menawarkan skim khas berupa wakalah agihan kepada para pembayar zakat membuat agihan sendiri kepada asnaf.

Maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak zakat. Ingatlah bahawa zakat adalah salah satu Rukun Islam dan tanggungjawab zakat itu masih belum terlepas, sekiranya agihan zakat diberi kepada golongan yang salah.

Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Jemput juga baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak