Projek CSR Booster Hartanah Terbaru Di Kelantan

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui akan kewujudan sebuah projek infrastuktur mega yang bakal menghubungkan Bentong, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan dengan jarak 347 kilometer.

Projek yang dinamakan Lebuh Raya Utama Tengah atau Central Spine Road (CSR) ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Begitu juga dengan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) yang menelan belanja RM9.5 bilion.

Projek ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu:

  • Bentong, Pahang ke Kuala Krai
  • Kuala Krai ke Kota Bharu

Setakat 30 November 2020 yang lalu, projek CSR telah mencapai 21% siap dan boleh digunakan orang ramai. Ianya meliputi jalan sepanjang 62 km dari Merapoh hingga ke Kampung Seberang Jelai di Pahang.

Baca : Harga Jualan Rumah Di Kelantan Bagi Suku Pertama (Q1) 2020

Manakala Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang telah mencapai 20% siap dan telah boleh digunakan pula adalah dari Pasir Hor ke Ketereh di Kelantan melibatkan laluan sepanjang 13.85 km.

Selepas begitu lama menunggu, akhirnya rakyat negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang bakal mempunyai alternatif untuk mengatasi masalah kesesakan terutamanya ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan.

Ada pakar yang melihat, selain daripada mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di kawasan berkenaan, projek ini juga dilihat sebagai punca kepada kerancakan sosio ekonomi di Kelantan kelak.

Dalam istilah pelaburan hartanah, projek CSR dan KBKK ini merupakan booster hartanah yang bakal meningkatkan nilai hartanah di sesebuah kawasan.

Projek CSR Booster Hartanah Terbaru Di Kelantan

Buat pengetahuan anda, booster hartanah merupakan elemen terpenting yang menaikkan nilai hartanah dalam masa yang singkat.

Kita bercakap tentang kebolehan nilai sesebuah hartanah meningkat dalam masa 1-3 tahun.

Baca : 7 Tips Berniaga ‘Style’ Orang Kelantan

Kadar kenaikan nilai hartanah yang biasanya memakan masa 10 tahun atau lebih kini boleh disingkatkan dengan adanya booster hartanah.

Sebenarnya, terdapat banyak jenis booster hartanah, tetapi asas kepada kewujudan semua booster hartanah dan peningkatan nilai hartanah adalah infrastuktur.

Ini dia senarai booster hartanah.

  • Infrastruktur – Merangkumi entrance & exit lebuhraya, pengangkutan awam dan kemudahan bas henti-henti dalam jarak 1 kilometer.
  • Pusat Membeli-Belah – Direktori berpusat yang mempunyai pasaraya, medan selera, restoran, panggung wayang dan zon kanak – kanak untuk kehidupan berkeluarga yang selesa.
  • Pusat Pengajian – Ribuan pelajar yang belajar dan pensyarah yang mengajar memerlukan kediaman yang dekat dengan universiti mereka.
  • Kawasan Perindustrian – Peluang pekerjaan yang wujud menyebabkan golongan ekspatriat dan perantau datang.
  • Hospital – Unit kediaman yang mempunyai fasiliti hotel swasta lebih tinggi permintaannya.
  • Pusat Hiburan – Hartanah bersifat vacation home / homestay sesuai untuk di kawasan yang berdekatan pusat hiburan.
  • Projek Mega – Wujud peluang pekerjaan, infrastruktur dan pusat beli belah menyebabkan ramai orang akan tertumpu di kawasan ini.
  •  TOD – Projek bersifat campuran: kediaman, pejabat dan kedai yang berdekatan dengan LRT,MRT ini banyak di pusat bandar.

Di Malaysia khususnya Lembah Klang, memang banyak projek hartanah dan kawasan yang menerima impak positif kesan daripada booster hartanah.

Antara paling ikonik adalah:

  • Taman Maluri – Mempunyai stesen LRT & MRT, 3 pusat beli belah, pusat pengajian, kawasan perindustrian dan kediaman.
  • Bangsar South – Lubuk peluang pekerjaan, stesen LRT, pusat beli belah dan kediaman mewah.
  • Setia Alam – Pusat membeli-belah, pusat pengajian, kawasan perindustrian dan kediaman.

Sebenarnya, terdapat banyak booster hartanah yang mungkin anda perasan di kawasan kediaman anda sekarang.

Baca : Gaji RM6,000 Di Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dikira B40

Tetapi, bukan semua itu boleh menjadi pemangkin peningkatan nilai hartanah dalam masa yang singkat.

Booster hartanah mengikut jenis:

  1. Infrastruktur – Meningkatkan aksesabiliti yang menyebabkan berlaku pertumbuhan nilai hartanah.
  1. Komersial – Peningkatan aktiviti ekonomi yang menyebabkan kawasan itu menjadi lebih premium.
  1. Populasi – Faktor yang menyebabkan peningkatan populasi secara dinamik di sesebuah kawasan.

Untuk projek CSR, kita dapat menjangkakan hartanah di sepanjang jajaran dalam radius 1 kilometer bermula Simpang Pelangai, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan Kuala Krai yang merangkumi entrance dan exit CSR bakal mendapat manfaat dengan kewujudan pelbagai booster hartanah seperti yang dinyatakan di atas.

Apa yang pasti, lebih banyak infrastruktur, fasiliti, projek perumahan, pusat komersial dan mungkin juga projek mega akan dibuka bermula tahun 2025.

Baca : Ini Kuota Pemilikan Hartanah Bumiputera Di Setiap Negeri

Sukalah untuk penulis akhirnya mengatakan yang projek hartanah mendatang dan harga rumah di Kelantan kelak akan menjadi lebih kompetitif.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.