AXA Telah Memenangi 4 Anugerah Sumber Manusia Terkemuka

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) memulakan tahun ini dengan kemenangan berturut-turut untuk budaya dan amalan Sumber Manusia yang memacu perubahan.

  • Kongres Dunia HRD: Anugerah Majikan Terbaik Malaysia Tahun 2020 (tahun ke-5 berturut-turut)
  • Kongres Dunia HRD: Anugerah Pemimpin Sumber Manusia Paling Berpengaruh Tahun 2020
  • Anugerah Syarikat Paling Mengambil Berat WeCare HR Asia Tahun 2020
  • Anugerah Majikan Terbaik Untuk Bekerja Di Asia Tahun 2020 daripada HR Asia – Malaysia (tahun ke-4 berturut-turut)

Pencapaian hebat ini telah mengukuhkan lagi reputasi AXA sebagai salah satu syarikat yang paling memberi inspirasi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia dan di peringkat global. Menyedari bahawa pengalaman pekerja yang positif memainkan peranan dalam mencapai matlamat dan komitmen syarikat kepada pelanggan, AXA terus memupuk budaya tangkas, inovatif dan memberi fokus kepada pekerja di dalam syarikat, serta mendorong perkembangan peribadi dan profesional di tempat kerja yang terbuka dan inklusif.

“Landskap tempat kerja sentiasa berubah maka penting bagi kami untuk mendorong Pekerja kami agar menjadi perubahan yang mereka ingin lihat untuk kekal relevan dan berdaya saing. AXA ialah tempat yang bagus untuk bekerja kerana kami meletakkan agenda Pekerja sebagai faktor dalam semua usaha kami. Kami memberi perhatian untuk melindungi perkara yang penting bagi Pekerja kami dalam semua aspek dengan memberi mereka peluang dan platform untuk memanfaatkan potensi mereka. Kami amat yakin, untuk menang di dalam pasaran, kami perlu menang di tempat kerja terlebih dahulu. Para Pekerja kami ialah kelebihan daya saing kami yang akan terus mendorong dan menghasilkan nilai positif kepada semua pihak berkepentingan kami,” kata Safinas Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA, yang juga memenangi Anugerah Pemimpin HR Paling Berpengaruh 2020.

Kelayakan AXA dalam memenangi Anugerah Syarikat Paling Mengambil Berat WeCare HR Asia Tahun 2020 ditentukan sepenuhnya berdasarkan penilaian pekerja yang dijalankan melalui kaedah tinjauan Model Penilaian Keterlibatan Menyeluruh (Total Engagement Assessment Model [TEAM]) yang melibatkan 3 kayu ukur utama, iaitu Teras, Diri, dan Kumpulan. Anugerah ini memberi tumpuan kepada peranan Syarikat dalam menjaga dan bertindak untuk pekerja dan keluarga mereka bagi membantu dalam saat kesukaran.

Sejak bermulanya wabak ini, AXA telah memainkan peranan proaktif dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan mental pekerjanya. Syarikat ini telah mengambil langkah pencegahan yang ketat dengan melakukan pembersihan secara berkala, menyediakan topeng muka dan peralatan keselamatan diri, melaksanakan inisiatif kerja dari rumah, membahagikan pasukan bekerja dan protokol lain yang melindungi pekerjanya daripada risiko jangkitan.

Dalam menerapkan peralihan ke arah bekerja dari jarak jauh, AXA juga memacu ekosistem dalamannya untuk sentiasa berhubung dengan pekerja dan meningkatkan kesihatan mental mereka – semuanya untuk memastikan mereka dapat terus belajar dan berkembang dalam norma baharu ini. Melalui pelancaran Program Bantuan Pekerja Digital, pekerja boleh mendapatkan sokongan yang relevan dengan mudah dari jarak jauh untuk kesejahteraan mental mereka melalui talian bantuan 24/7, aplikasi mudah alih, portal web, sesi terapi dalam talian dan webinar. Selain itu, sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membangunkan kemampuan dan meningkatkan kompetensi tenaga kerjanya, AXA juga telah melancarkan cara pembelajaran dalam norma baharu ini melalui pelbagai platform teknologi dan pendidikan dalam talian. Ini selari dengan strategi AXA untuk mempersiapkan tenaga kerja menghadapi masa depan dan memacu penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek perniagaannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.