Top 10 Dana Unit Trust Dengan Prestasi Terbaik Untuk Tempoh Setahun

Kalau nak tahu, konsep unit trust ini duit-duit pelabur akan dikumpulkan ke dalam satu tabung, kemudian tabung ini akan dilaburkan oleh pengurus dana.

Walaupun tahun 2020 menyaksikan kebanyakan perniagaan terpaksa gulung tikar dan orang ramai terjejas daripada segi pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, namun itu tidak bermakna pelaburan dalam unit trust tidak mampu memberikan pulangan yang tinggi.

Jom kita tengok top 10 dana unit trust dengan prestasi terbaik untuk tempoh setahun seperti berikut:

1. AmFunds Global Dividend Fund MYR Hedged Class

Sumber: AmInvest

Jarang kita dengan mengenai AmFunds Management dan AmInvest ni. Tapi memang power kalau boleh menduduki senarai di tempat pertama. Pulangan 349% dalam setahun, tak tahu nak cakap apa.

2. Areca Dynamic Growth Fund 2.0

Sumber: Areca Capital

Nama Areca Capital pun rasanya ramai yang tak pernah dengar. Tapi Dynamic Growth Fund 2.0 memang terbaik.

3. RHB Global Artificial Intelligence Fund USD

Sumber: RHB Group

Nak invest dalam duit US Dolar dan ke dalam sektor teknologi, boleh sangat survey RHB Global Artificial Intelligence Fund USD ini.

4. United Global Technology Fund SGD Hedged Class

Sumber: UOB Asset Management

Nak melabur ke dalam saham-saham di Singapore Exchange Securities (SGX), boleh melabur ke dalam United Global Technology Fund SGD Hedged Class.

5. RHB Global Artificial Intelligence Fund MYR Hedged

Sumber: RHB Group

Kalau di tempat #3, kita melabur di dalam wang US Dolar, di sini kita melabur ke dalam dana yang sana tetapi di dalam wang Ringgit Malaysia.

6. InterPac Dana Safi

Sumber: Inter-Pacific Asset Management

Baru-baru ini, memang popular InterPac Dana Safi yang dikendalikan oleh Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) ini. Return memang padu, minima pelaburan adalah RM50,000 wang tunai melalui private mandate DDNK ni.

Pulangan lebih daripada 80% dalam masa setahun, mana nak dapat?

7. Kenanga Global Multi Asset Fund Class USD

Sumber: Kenanga Investors

Mungkin ada yang mempunyai akaun CDS dengan Kenanga, tetapi rasanya tak ramai yang melabur ke dalam Global Multi Asset Fund Class USD.

8. AmChina A-Shares MYR Hedged

Sumber: AmInvest

Nak melabur ke syarikat-syarikat di China, AmChina A-Shares MYR Hedged ini mampu memberikan pulangan yang mantap juga.

9. Kenanga Global Multi Asset Fund Class MYR

Sumber: Kenanga Investors

Sekiranya #7 kita melabur ke dalam dana Global Multi Asset Fund Class di dalam US Dolar, sekiranya kita melabur menggunakan Ringgit Malaysia pun terbaik juga.

10. AmChina A-Shares

This image has an empty alt attribute; its file name is AmChina-A-Shares-MYR-Hedged.jpg
Sumber: AmInvest

#10 dalam senarai adalah dana yang berada di AmFunds Management dan AmInvest ni. 71% dalam setahun memang power.

Sumber: Morningstar

*Senarai di atas ada yang patuh syariah dan ada yang tak patuh syariah. Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kerugian wang yang anda laburkan dan prestasi lalu tidak menjamin prestasi masa akan datang. Sejarah pulangan, pulangan dijangka dan unjuran kebarangkalian disediakan untuk tujuan maklumat dan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan prestasi masa akan datang yang sebenar.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.