MYDIN, Pasar Raya Besar Pertama Di Malaysia Yang Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay

Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.

Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.

Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN berkata, “Dengan trend semasa di mana lebih daripada ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan kami, memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran akan membantu mempercepatkan proses apabila dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesilapan manusia.”

“Kami sedang melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19. Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk mengurangkan sentuhan dan melindungi kakitangan serta pelanggan kami di cawangan MYDIN.”

Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.

Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat  kali pertama akan menerima baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.

Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, “Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang berusaha untuk melakukan segalanya demi memelihara keselamatan, dan ini termasuk bagi pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada masa ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay, sebagai langkah dalam meminimumkan risiko.”

“Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa tunai.”

Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa “Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!” berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.

Mengenai MYDIN

MYDIN merupakan rangkaian peruncit tempatan yang beroperasi sejak 1957. MYDIN terus menjadi pengerak utama Industri Peruncitan HALAL Malaysia yang membekalkan pelbagai pilihan produk yang pada masa sama berorientasikan polisi harga borong sepanjang tahun. Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN menawarkan harga yang berpatutan tanpa berkompromi aspek kualiti barangan. MYDIN mempunyai 68 cawangan seluruh negara, melibatkan 7 format perniagaan. Cawangan-cawangan ini termasuk 27 Hypermarket, 17 Emporium, 3 Bazar, 8 Supermarket,  8 MyMart, 3 cawangan francais (Mydin Mart) dan 2 SAM’S Groceria.

Mengenai ShopeePay

ShopeePay ialah dompet mudah alih bersepadu yang menawarkan pengguna akses mudah kepada perkhidmatan pembayaran digital. Dilancarkan pada tahun 2015, ShopeePay memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan wang, dan membuat pembayaran di luar talian di beribu-ribu lokasi perniagaan.

ShopeePay memudahkan pengguna untuk berbelanja dan menjalankan perniagaan. Ia memberi pengguna pilihan pembayaran yang mudah, selamat dan dilengkapi ganjaran; ia memperkasakan perniagaan dan membantu mereka untuk merebut peluang baharu.

ShopeePay adalah sebahagian daripada SeaMoney, bahagian perkhidmatan kewangan digital Sea Group. Sebagai penyedia pembayaran dan perkhidmatan kewangan digital terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan di rantau ini dengan perkhidmatan kewangan menerusi teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay dan SeaMoney, layari https://www.seamoney.com.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.