HUAWEI MateStation S, Desktop Pertama HUAWEI Kini Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM2,999

Sebagai peneraju inovasi, HUAWEI mempunyai impian untuk memberi pengguna cara yang lebih mudah, profesional dan pengalaman yang lebih cekap di mana saja anda berada. HUAWEI MateStation S yang serba baru ini kini boleh didapati dengan harga RM2,999.

Manakala HUAWEI AX3 Dual Core dengan WiFi-6 & jaring Wifi (mesh) bakal tiba tak lama lagi, dengan harga RM199 saja.

Terbaik, jom kita tengok 7 sebab kenapa anda perlu dapatkan HUAWEI MateStation S hari ini juga.

1. Papan Kekunci Pintar Yang Disesuaikan Hanya Untuk Anda

HUAWEI MateStation S didatangkan sekali dengan papan kekunci HUAWEI Butang Kuasa Dengan Pengesan Cap Jari.  Ianya merupakan desktop pertama yang membolehkan kita menghidupkan dan mengejutkan desktop hanya menggunakan cap jari.

Sungguh bergaya sekali, papan kekunci ini mempunyai kerangka logam nipis yang menyelebungi kekunci bagi membolehkan kita menaip dengan selesa. Di dalam setiap kekunci adalah mekanisme kunci gunting setebal 2.5mm yang menawarkan kepuasan bagi setiap tekanan, sungguh sedap bagi mereka yang sering terlibat dengan kerja-kerja penyuntingan. Sudah pasti ianya dapat meningkatkan lagi produktiviti, terutamanya bagi kita yang menghabiskan masa berjam-jam dengan desktop.

2. Pengalaman Pintar Yang Selesa

HUAWEI MateStation S kini menyokong Huawei Share yang telah ditambah baik. Fail-fail boleh dikongsi di antara dua peranti dengan mudah secara drag-and-drop atau satu klik, yang membolehkan kita melihat, mengubahsuai, dan berkongsi fail, imej, dan teks di antara kedua-duanya. Nak copy paste pun sangat mudah.

Boleh buka tiga tetingkap aplikasi mudah alih di desktop serentak, dengan satu tetingkap utama dengan dua tetingkap sekunder. Ini membolehkan kita menangani pelbagai tugas hanya dengan satu paparan, sekaligus meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

3. Pilihan Terbaik Untuk Menjimatkan Ruang

Kebanyakan desktop biasanya memiliki case yang besar dan memakan ruang. Jangan risau, kerana HUAWEI MateStation S dicipta dengan rekabentuk yang minimalis yang mengambil inspirasi daripada bintang di angkasa.

Ianya mempunyai kelebaran sebanyak sepanjang 9 sentimeter, dan setinggi 29 sentimeter dengan jumlah isi padu hanya 8.6 liter,[6]  hanya satu pertiga daripada saiz case desktop yang biasa ditemui.

4. Penglihatan Yang Memikat

Sukar untuk bekerja dan multitask dengan skrin kecil? Kita diberi pilihan untuk bundle sekali paparan 23.8 inci HD penuh bersama-sama dengan HUAWEI MateStation S ini.

Paparan ini menampilkan tiga bezel yang langsing dengan nisbah skrin-kepada-badan sebanyak 90%, bagi memastikan pengalaman yang mengasyikkan. Ianya juga lulus sijil ‘TÜV Rheinland Low Blue Light’ dan ‘Flicker Free’ bagi memberikan pengalaman visual yang sangat selesa dan tanpa gangguan.

5. Penyejukan Pintar Dan Senyap

HUAWEI MateStation S ini direkabentuk dengan sistem penyejukan yang canggih bagi membolehkannya kekal sejuk walaupun sedang membuat kerja-kerja berat. Pastinya prestasi juga akan maintain yang terbaik sepanjang masa.

Menampilkan bilah menegak, kipas ini berfungsi seiring dengan heatsink bionik berketumpatan tinggi bagi mengekalkan prestasi sejuk yang diinginkan. Kipasnya juga sangat senyap dengan bunyi 22dB dan setinggi 28dB apabila bekerja keras, ianya tidak akan mengganggu sesiapa walaupun mereka sedang tidur dengan nyenyak.

6. Nikmati Sambungan Lebih Pantas Dengan MIMO Wi-Fi dan Bluetooth 5.0

Di depan case HUAWEI MateStation S ini terdapat port USB-C yang membolehkan pengecas pantas telefon pintar 18W, maka kita boleh mengecas telefon sambil menggunakan desktop.

Di belakang pula ada port RJ45 Ethernet, USB-A, HDMI, VGA dan Serial bagi membantu kita dengan pelbagai tugasan. Ianya juga menampilkan 2×2 MIMO Wi-Fi dan Bluetooth 5.0 yang menawarkan sambungan tanpa wayar yang terbaik.

7. Prestasi Hebat Untuk Semua Keperluan

Dikuasai oleh Pemproses 7nm, Enam-Teras AMD Ryzen™ 5 4600G, semua kerja-kerja akan menjadi mudah dan pantas. Pemproses ini juga mempunyai kad grafik Radeon™ yang diintegrasikan bersama dengan prestasi yang lebih laju bagi menyokong kerja-kerja multimedia.

Dilengkapi pula pemacu solid-state drive (SSD) disambung dengan slot PCIe yang berkapasiti 4 laluan bagi menyokong jalur lebar setinggi 32 Gbps bagi membolehkan kita strim data kepada dan daripada pemacu tersebut dengan kelajuan yang luar biasa. Selain daripada itu, papan utama HUAWEI MateStation S turut disertakan dengan dua slot M.2 2280 dan dua slot SODIMM yang menyokong memori DDR4 dwi-saluran untuk sebarang penambahan storan SSD atau HDD dan memori di masa depan, selepas kita membuat pembelian.

Untuk pembelian, layari Huawei Online Store sekarang.

Anda juga berpeluang untuk mendapat hadiah menarik yang bernilai sehingga RM855* dengan setiap pembelian. Ayuh cepat, sebelum terlambat.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateStation S, klik sini.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.