Ilmu Technical Analysis: Teknik Trailing Stop

Pengurusan kewangan dalam pasaran saham bukannya bertujuan bagi mendapatkan keuntungan segera. Sebenarnya pengurusan kewangan dalam pelaburan ini bertujuan meneruskan kelangsugan hidup untuk jangka masa panjang dan meningkatkan modal pelaburan.

Oleh itu teknik trailing stop adalah salah satu cara membantu memastikan keupayaan pelabur meneruskan perjalanan agar tidak rugi setelah mencatatkan keuntungan. Elok-elok portfolio hijau, tiba-tiba bertukar merah tanpa adanya trailing stop ini.

Apa Itu Trailing Stop?

Trailing stop adalah teknik untuk menjaga keuntungan secara berterusan, selagi mana harga saham bergerak dalam arah yang memihak kepada keuntungan pelabur. Teknik ini mampu membantu memaksimakan nilai dan peratusan keuntungan dalam pelaburan.

Pada kebiasanya trailing stop ini diletakkan sebelum mula membeli, dengan kata mudah sama seperti target price. Walaubagaimanapun ianya boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan semasa. 

Trailing stop ini hanya bergerak dalam satu arah, kerana ianya dibentuk untuk mengunci harga keuntungan dan kadar kerugian. Apabila trailing stop ini bergerak ke atas, ianya tak boleh ditukarkan ke bawah.

Pelabur boleh menggunakan trailing stop ini dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, aset digital dan sebagainya.

Namun trailing stop adalah berbeza dengan target price. Target price adalah tempat menjangka harga jual di paras yang ditentukan, traling stop adalah melepaskan pegangan selepas saham membuat keuntungan yang berterusan. Biasanya ianya boleh menggunakan pengiraan harga yang tetap (fix amout) atau menggunakan indikator.

Apa Tujuan Trailing Stop?

  • Untuk mengelakkan dari tersangkut di lembah kerugian selepas mendapat keuntungan
  • Membantu meletakkan titik penjualan selepas stock naik dalam kawasan yang memihak kepada pelaburan kita
  • Paling penting, membantu mengurangkan permainan perasaan dan emosi dalam pelaburan – “aiikkk..dia rebound balik??”

Perbezaan Trailing Stop Dengan Cut Loss?

Perbezaan utama di antara cut loss dan trailing stop adalah daripada segi daya tarikan trend yang menuju ke atas atau ke bawah. Dan trailing stop ini dibentuk dengan lebih fleksibel berbanding stop loss, selagi mana harga masih berada dalam keadaan menguntungkan posisi trailing stop boleh berubah-rubah mengikut keadaan harga.

Cut loss pula adalah harga melepaskan pegangan selepas harga jatuh ke bawah daripada harga belian, yang mana cut loss ini tidak fleksibel berbanding trailing stop. Ini kerana cut loss akan membawa kepada kerugian yang lebih besar sekiranya tidak disiplin.

Namun bagi trailing stop ianya akan membawa kepada keuntungan yang berkurangan sekiranya tidak menjualnya pada paras trailing stop.

Sebagai contoh:

Menggabungkan teknik combo trailing stop dan cut loss mampu menjana keuntungan yang lebih besar dalam pelaburan.

Dengan kebolehan menjaga dua teknik mudah ini mampu membawa kepada matlamat mengurus kerugian dan meningkatkan keuntungan. Apa sahaja harga yang naik pada masa akan datang membantu meminimakan potensi kerugian.

Namun begitu bagi trader harian, sukar bagi mereka untuk meletakkan paras trailing stop, ini kerana sifat candlestick masih belum cukup sempurna. Walaupun begitu, bagi trader harian boleh menggunakan Target Price. 

Apakah teknik-teknik yang membantu dalam melakukan trailing stop?

1. Jual pada harga bawah harga rendah sebelumnya (previous low)

Seperti biasa, setiap yang naik pasti akan turun, begitu juga dengan saham yang terbang tinggi (bull), pasti akan membuat penurunan semula (retracement) sebelum meneruskan kenaikan.

Bagi teknik ini, pengangan saham masih boleh di simpan selagi mana harga stock berkenaan tidak mencecah atau melebihi paras rendah (previous low) sebelumnya.

2. Bawah garisan trend (Break trend line)

Antara asas dalam pelaburan saham adalah support resistant dan trendline turun naik. Garisan ini yang akan menetukan sama ada kenaikkan akan terus bertahan atau berlaku perubahan.

Bagi teknik ini, pegangan saham dilepaskan selepas harga melepasi atau memecah trendline yang dilukis ke arah menaik (bull).

3. Moving Average

Moving Average adalah petunjuk yang menunjukkan purata harga masa lalu dan berbentuk garis pada carta. Dengan menggunakan moving average, ianya mampu mengenalpasti bentuk trend dan mengasingkan “noise” dalam pasaran.

Antara cara mudah untuk mengenal pasti trailing stop menggunakan moving average adalah:

  1.  Tentukan jenis trend yang ingin anda naiki
  2.  Gunakan Purata Pergerakan yang sesuai
  3. Keluar apabila harga ditutup melebihi dari itu

Ini bermaksud jika anda ingin menaikkan trend jangka pendek, anda boleh mengekori kerugian anda dengan Moving Average 20 MA (MA-20) – dan keluar sekiranya harga ditutup melebihi paras ini.

Tips dari otai saham:

Pelabur boleh menggunakan MA-10 bagi trader short term, MA-50 bagi tempoh trend jangka sederhana dan MA-200 – bagi pelabur trend jangka panjang.

4. Moving Average Cross

Moving average cross hampir serupa tekniknya dengan trailing stop moving average. Cuma menambah satu lagi indicator untuk memberikan signal yang tepat. (untuk datangkan lebih keyakinan)

Bagi MA cross, signal-nya sedikit lambat berbanding MA bersendirian.

Kebiasaanya otai-otai lebih gemar menggunakan signal MA-20 cross MA-50, apabila garisan MA-20 melintasi MA-50 maka ini menunjukkan signal jual.

5. Trailing stop menggunakan peratusan

Tentukan peratusan stop loss di mana anda akan keluar dari perdagangan. Konsep ini hampir serupa dengan cutloss, Ia boleh menjadi 10%, 20%, atau apa sahaja peratusan yang ditentukan.

Sebagai contoh:

Sekiranya anda membeli saham ABC pada harga RM100 dan harga turun 10%. Ini bermaksud jika saham ABC turun 10% (dari yang tertinggi sebelumnya), pelabur akan melepaskan pengangan sahamnya.

Manakah Strategi Trailing Stop Yang Terbaik?

Secara jujurnya, tidak ada strategi trailing stop terbaik. Kerana ianya bergantung pada apa yang kita mahukan daripada pelaburan. Atau dengan kata lain adalah ‘Apakah matlamat pelaburan ini?’

Sebagai contoh :

  1. Bagi yang gemar melabur pada trend jangka pendek (short term), anda boleh mengikuti MA 20-tempoh, garisan trend atau trailing stop peratusan.
  1. Untuk trend jangka sederhana, anda boleh mengikuti garisan trend, MA 50, atau MA cross.
  1. Untuk trend jangka panjang, anda boleh mengikuti MA 200 tempoh, dan sebagainya.

Ini bermaksud soalan yang lebih penting untuk ditanyakan adalah ‘JENIS TREND YANG MANA YANG BERSESUAIAN DENGAN DIRI DAN TEKNIK ANDA’, Semuanya bergantung kepada step pertama sebelum masuk mendapatkan pegangan saham berkenaan.

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat risiko dalam penggunaan trailing stop, namun sekiranya digabungkan dengan cut loss, ianya mampu untuk meminimumkan kerugian dan meningkatkan keuntungan.

Sumber Rujukan:

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.