Bazar Menerima ShopeePay

ShopeePay telah mengaktifkan dompet mudah alihnya untuk para peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri sebagai komitmennya untuk mendigitalisasikan perniagaan mikro. Usaha ini telah menyaksikan hampir 300 orang peniaga bazar dari Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bazar Ramadan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras menggunakan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran.

Penerimaan dan sambutan yang amat menggalakkan ini adalah hasil usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah membina asas yang kukuh bagi mendorong agenda tanpa tunai. Pada bulan Oktober tahun lalu, DBKL menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang mengalihkan pembayaran caj tempat letak kereta di bahu jalan ke aplikasi mudah alih dan e-dompet.

Ketua ShopeePay Malaysia Alain Yee berkata, “Peniaga luar talian terutamanya peniaga mikro dan bazar, merupakan antara golongan yang paling teruk terjejas oleh wabak Covid-19. Setelah setahun dihentikan, bazar Ramadan dan Aidilfitri kini kembali.”

This image has an empty alt attribute; its file name is Bazar-menerima-ShopeePay2-700x466.jpg

Beliau menambah bahawa ShopeePay mengambil peluang ini untuk menghulurkan bantuan kepada para usahawan mikro ini dengan memperkenalkan mereka kepada dompet mudah alihnya sambil menawarkan insentif khusus untuk membantu para peniaga bazar mencapai jumlah jualan yang lebih lumayan pada bulan Ramadan ini.

Kempen Tawaran Bazar Ramadan juga menawarkan para pengguna pulangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM8 di gerai-gerai peniaga yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Untuk menikmati pulangan wang tunai ini, para pembeli perlu membeli Baucar Bazar ShopeePay terlebih dahulu yang berharga 5 sen setiap satu melalui fungsi “Deals Near Me” yang dilancarkan baru-baru ini atau melalui laman http://shopee.com.my/bazar. Kemudiannya, mereka boleh mengimbas kod QR ShopeePay para peniaga dan pilih Baucar Bazar tersebut untuk bayar dan dapatkan pulangan tunai RM4 itu.

Baucar Bazar ShopeePay Lorong TAR dan Bandar Sri Permaisuri akan dijual pada harga 1 sen sahaja pada 5 Mei, bersempena Pesta Jualan Raya Shopee semasa kempen Raya Bersama Shopee yang kini berlangsung hingga 14 Mei.

Deals Near Me merupakan ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk memudahkan para pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh para peniaga berhampiran termasuk gerai bazar, kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Bazar-menerima-ShopeePay3-700x512.jpg

Pada masa yang sama, pengguna ShopeePay juga dapat menikmati pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 sekali sehari.

Pembayaran tanpa tunai digalakkan untuk mengelak daripada orang ramai meluangkan masa yang lama di luar dengan keadaan pandemik yang sedang berlaku. Selain itu, pembayaran menggunakan wang tunai secara fizikal juga didapati menimbulkan risiko penularan Covid-19.

Dengan itu, bagi meningkatkan sokongan kepada peniaga bazar dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara, ShopeePay juga mengetepikan kadar diskaun peniaga (MDR) untuk sepanjang tempoh kempen tersebut. Ini bermakna para peniaga dapat menggunakan dompet mudah alih ini sepenuhnya secara percuma.

Yee menambah, “Dengan mengetepikan caj MDR, ia umpama menggunakan wang tunai kerana para peniaga akan mendapat 100% daripada nilai jumlah jualan. Lebih-lebih lagi, semua transaksi direkodkan secara digital dan ini menjadikan pembukuan dan rekonsiliasi jualan lebih mudah. Kami berharap dengan ini, para peniaga akan lebih mesra terhadap digitalisasi. Apabila lebih banyak peniaga mendigitalisasikan perniagaan mereka, secara semula jadi ia akan mendorong penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan para pengguna.”

Para pengunjung bazar diingatkan bahawa akses ke kawasan bazar adalah dikawal rapi dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak Covid-19. Oleh itu, para pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pihak ShopeePay juga telah menyediakan pembersih tangan di semua pintu masuk kedua-dua bazar ini.

Promosi adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous ArticleNext Article

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.